16 Mar 2012

Pizza- Doh Jamie Oliver


 Assalammualaikum dan salam hari jumaat buat semua.
Pizza ni buat bila pun dah lupala... baru teringat nak share kat sini.  Kekadang buat pizza yang sama jer malas nak masuk n3.Pizza ni kalau nak sedap kena mkn masa panas-panas lagi. Cuaca sejuk ni kalau biarkan makanan terdedah lama cepat jer la sejuknya.So..nak ambik gambar pun kena cepatla main snap jer mana yang sempat.

Saja jer mencuba resepi lain pula utk doh pizza ni...kali ni saya gunakan resepi chef terkenal iaitu Jamie Oliver yang telah dikongsikan resepinya oleh Kak Noor Masri. Sedap juga pizza ni.Terima kasih pada kak Noor kerana berkongsi resepi ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Resepi:  Jamie Oliver. 
Doh Pizza
Bahan-bahan:
500 g tepung roti/high protein

1/2 sudu kecil garam
7g yis kering segera
1/2 sudu besar gula caster
2 sudu besar extra virgin olive oil - akak guna minyak jagung je
325 ml air suam - akak guna 315 ml aje

Cara membuat:

Gaulkan tepung bersama yis di dalam mangkuk adunan.

Larutkan garam dan gula dalam air.
Tuangkan air dan minyak ke dlm mangkuk, gaul adunan sekata.(Nieza gunakah bread maker jer utk menguli)
Uli adunan diatas tempat permukaan yang ditabur dengan sedikit tepung sehingga licin dan tidak melekat.
Bulatkan doh tersebut, simpan di dalam mangkuk adunan yang dilenser dgn sket minyak dan ditutup dgn cling film.Biarkan ianya mengembang 2 kali ganda atau selama 1 jam.
Uli aduan semula untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kpd 3.
Canaikan adunan menjadi leper mengikut saiz yg dikehendaki.
Letakkan kedlm dulang pembakar yg dah disapu dgn sikit mentega
Biarkan selama 20 minit supaya adunan naik semula.
Cucukkkan sedikit dgn garpu utk mengelakkan ianya menggelembung bila dibakar nanti.
Bakar didlm oven pd suhu 200'C selama 5-8 minit keluarkan.
Sapu sos kemudian taburkan 1/3 campuran keju diikuti bahan inti diakhiri 2/3 campuran keju.
Bakar semula sehingga keju cair dan keperangan ditepi2 nya.


Sos Pizza
Saya gunakan sos cili lingham jer..:D
Bahan-bahan:
1 tin sos spagheti cendawan Prego
1 labu bawang Holland -potong dadu(saya dah abis stok saya guna bawang merah yg besar jer.)
1 mangkuk daging cincang
sikit cili flakes
sikit Oregano
minyak utk menumis
Cara membuat:
Tumiskan bawang sehingga layu, masukkan daging cincang.
Kemudian masukkan sos Prego.
Kacau sebati sehingga masak.
Masukkan garam, cili flakes dan oregano.
Siap utk digunakan.
bayangkan mcm ala-ala pizza hut jugala kan walaupun tak sama:D

32 comments:

  1. assalam nieza..walaupun teringin nak mencuba buat tapi belum sempat jugak..acik simpan resipi ye nieza..terima kasih sudi berkongsi disini

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam acik, tak apa acik..nanti free bolehlah cuba yer..sama-sama kita berkongsi resepi ya:)

      Delete
  2. Nieza, lapor pepagi tengok cheese meleleh2 tu....kalau dekat mau bawak piring nak join makan sekali! he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh-boleh kak Rose jom join sama..hehe

      Delete
  3. adoiii...terseksanya tekak ni melihatnya...saya balun semua pizza...tak kira apa brand hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah mcm saya juga kak semua belasah jer..hehe

      Delete
  4. Salam kak nieza! kita lama dah tak buar pizza sendirik malas betul sbb ada kat kedai ehehe... tp sesekali nak buat jugak sbb nak buat topping sesuka hati :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam Ika, ya la kan kalau buat sendiri boleh suka hati jer nk bubuh banyak mana pun kat topping tu..memang lagi sedap dr kedai la:)

      Delete
  5. waa...lama tak makan pizza..bahan ada keju ajer tak de..tu yang selalu bantut ajer nak buat...nnti nak try resipi nih

    ReplyDelete
  6. keset2 mata .. betul ke tang pemotong tu tulis jamie oliver. hahaha.. memang kan nieza, kalau pizza ni tak leh posing lama2 sangat. kalau posing lawa sangat orang nenngok pun rasa cam pizza sejuk je. hehehe.. namapak best betul la piza tu nieza.. haiiyaaa mau makan pizaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu Izah..saja jer nk menayang nama abg Jamie Oliver tu.hehe ya betul Izah..dah keluar oven tu tunggu masa nk ngap jer kalau biarkan dia berposing sejuk dah tak sedap...cubalah nanti:)

      Delete
  7. sedapnya piza tu....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang sedap jemarisuri..cubalah buat nanti yer:)

      Delete
  8. ohhhoooo.. rasa nk korek pizza tu kat screen pc ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ler boleh saya pun nk kasi kat akak rasa ni..hehe

      Delete
  9. alahai ada pizza pulak kat sini..ghajennya adik akak sorang ni...lama akak tak wat sendiri sejak balik Msia ni..kalau nak makan skrng lebih suka pergi pizza hut/domino pizza jek...he3 mood malas nak wat coz harga cheese kat sini mahal sangat....so beli je pizza yg dah siap tinggal makan jeeeeee...he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada rajin sgt pun kak..kalau nk mkn baru la rajin tu pun sebab tak ada jual pizza yg halal kat sini jer. kalau ada jual sure saya dh tak rajin dah nanti kan...hehe

      Delete
  10. Nieza... enaknya! Terasa dah masuk tekak pulah nih... adeeeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar kak, nanti akak cuba buatkan yer..sure lagi enak:)

      Delete
  11. wah wah.. doh jamie oliver, pizza cutter pun jamie oliver jugak ye.. mesti abg jamie bangga tgk ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan sure dia bangga ni kan tun...hehe

      Delete
  12. Assalamualaikum Nieza

    teliur teman..

    kadang2 saya buat gunakan roti nan...malas nak uli tepung...he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam atuk, menarik juga yer guna roti nan tu..saya lum pernah cuba lagi.

      Delete
  13. Salam Nieza :)
    Terliuq mama tgk pizza :P
    Lama betul tak mkn homemade pizza..will try out this recipe

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam mama, kalau terliuq mama kena cuba la nanti..selamat mencuba ya:)

      Delete
  14. wahhh bukan pizza jer resipi jamie oliver, pizza cutter pun jamie oliver gak ya.. hehe.. pizza regular size satu! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak nor baru lah kena ngan doh pizza ni..hehe bolehx2 kan nanti saya pos laju kat akak yer pizza ni:)

      Delete
  15. Kena cuba jgak respi niezza ni nanti, tp anak akk tu kalau isinya pelik2....dia tgk je...ibu n ayah ler kena abiskan...

    ReplyDelete
  16. Aslmlkum Nieza.
    Wah!..Pagi2 dah ada pizza..Lama juga tak makan pizza ni. Order satu ya..
    Pastt!!..x kan kak nor ja boleh order..sue nak order jg..hihihihihihi

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers