Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Nak cerita aktiviti hujung minggu kami pada hari sabtu 13 Januari yang lepas jer ni. Bila masa musim sejuk ni tak ada apa aktiviti yang menarik selain daripada aktiviti bermain salji, sledge dan bermain ski. Hari ni cuaca agak cerah tapi sedikit berangin dengan suhu -7degree C tapi saya rasa sejuk sgt sebab angin tu yang membuatkan terasa sejuk. Muka dan bibir sampai terasa kebas dengan tiupan angin.
Kali ni kami ke Peuramaa ski pula iaitu dalam 40km dari bandar Helsinki. Sampai disana dalam jam 10.30pagi dan terus bermain sledge.Boleh tahan juga ketinggian bukit untuk bermain sledge ni...terasa jugalah gayatnya tu.Tapi enjoyla main walaupun terasa sedikit takut dan gayat..:D Kat tempat ni tak ada cross country ski cuma ada downhill ski saja.So..saya tak biasa nak main yang downhill ski ni.Cuma tgk org main sajalah.
Actually tempat ni adalah pertama kali juga kami ke sini..sebelum ni hanya pergi ke kawasan yang hampir dengan rumah saja dlm 3-4km dari rumah tapi saja jer mencuba tempat lain pula. Kat Finland ni banyak tempat untuk main ski dan sledge ni ..insyaAllah kalau ada kesempatan lagi bolehlah mencuba tempat lain pula nanti. Sementara masih ada disini bolehlah mengambil kesempatan untuk bermain sledge ni.
ni la dia tempat org main downhill ski
cafe
*
*
*
*
*
dah abis main sledge kat Peuramaa ski tu kawan-kawan lain nak ke Paloheina pula untuk main sledge kat sana. Kebetulan Paloheina dekat ngan area umah saya jer so...saya pun ajaklah kawan-kawan singgah umah makan-makan coz diorang semua pun tak mkn lagi tapi saya ckp lambat sikitla coz saya baru nak masak masa tu dan barang pun baru mr.hubby nak pi beli.
Tapi bila diorang datang saya belum siap masak dan diorang pun tolongla saya masak sama. Seronok pula bila kami riuh rendah ala master chef didapur.Tapi bila dah tolong menolong terasa sekejap jer dah siap. Walaupun aktiviti makan-makan ni tak dirancang pun pada mulanya tapi alhamdulillah semua berjalan lancar dan menjadi satu kenangan buat saya disini.
Antara menu yang sempat kami masak pisang goreng, nasi putih, ayam masak kari, ayam goreng, acar mentah timun nenas, kerabu perut lembu dan buah-buahan. Alhamdulillah walaupun menu simple saja yang dapat saya hidangkan tapi semua kekenyangan. Terima kasih pada semua kawan-kawan yang datang dan sudi meriahkan dapur saya hari ni.
antara ladies yang datang....dan meriahkan dapur saya..thanks semua:D
tak sempat nak snap banyak gambar pun coz masing-masing dah sibuk didapur dan keletihan bermain siang tadi. Gambar ni pun ambil masa semua dah siap makan dan aktiviti lepak-lepak jer. Kaum suami melepak didepan dan anak-anak pula menonton tv.
sekian sajalah dulu cerita aktiviti saya pada kali ni...bersambung pula pada cerita yang lain pula nanti...InsyaAllah. Salam buat semua.
seronok nye main ski ye kak..x sejuk ke?ekekeke
ReplyDeleteyer eina..memang seronok main sledge..sejuk juga tapi nk main punya pasal kan kena tahan la..hehe
DeleteAssalamualaikum Yong Nieza,
ReplyDeleteOhhh tak main ya...tengok2 jer.
Kalau nak ikutkan, kat kampong suami akak boleh main ski atau sledge ni tapi nampaknya orang Turki tak heran aktiviti ni. Ialah diaorang letih berkoje sepanjang tahun. Bebudak pun tak kisah. Yalah gambar makanan takde...camner boleh lupa Yong!
w.salam hjh Yong,
Deletesaya main sledge jer hari tu kak.. ski tu downhill ski so tak berani nk main sebab tinggi sgt. sebelum ni pernah main ski yg cross country jer.ya lah dah sibuk terlupa terus nak snap pic..hehe
mase kecik saye main sledge di Pahang je (abang tarik upih pinang). huhu!!
ReplyDeletewahh itu lagi best..kenangan terindah yg tak semua org dapat rasa kan:)
Deletewahh bestnyerr....meh ler ajak kite men skali...hukhukhuk (pitih x ckup)
ReplyDeletejom la join sama:D
DeleteSalam Nieza...pandai juga Nieza ber ski....akak belum lagi sampai sana..entah bila ya.????
ReplyDeletew.salam kak, lum pandai sgt la kak..jatuh bgn jugalah nk pandai tu..hehe datangla jalan sini kak boleh join sama:)
Deletebestnnya nieza
ReplyDeletepemandangan yg sungguh cantik
ya kak best tgk view yg memutih ni nanti akak dtngla sini:)
Deletesalam nieza - seronok nya..main sledge...:) gambar pun sgt cantik...subanallah.
ReplyDeletew.salam kak lina, ya cantik view masa ni..tq kak:)
DeleteAs'salam Nieza
ReplyDeleteWahhh..seronoknya teruja sekejap nak main salji sama2 Nieza..hihihi. Tapiii..bila Nieza kata suhu 7degree C mak aii sejuknya. mahu birat bibir k.ct ni kang Nieza oii..hahaha. kat sini baru hujan jer suhu 24 jer dah kematu kaki tangan..hehehe
Yalah..masa nilah nak lepaskan peluang bermain salji ya Nieza, nanti bla dah balik M'sia dah tak rasa dah :)
w.salam kak CT,seronok lagi kalau kak CT join sama..hehe kalau nk main tu kak sejuk beku pun dah tak rasa sebab seronok sgt:D betul kan kak sementara ada peluang ni bolehlah gunakan utk main puas-puas nanti blk Msia sure dah tak merasa dah.
Deleteseronok tgk gambar nieza ni, mcm kat cerita tv lak.
ReplyDeleteMenu nieza msk2 tu sama mcm org dok kat mesia heheh, tapi pasti semua barang2 kat sana mahalkan
tq kak Rosaliza..tapi kalau akak tgk real kat luar ni lagi best kak.biasa la kak org Msia ni dok kat mana sekali pun mesti nk selera mkn Malaysia juga kan. brg sini memangla mahal kak kalau nk compare kat Msia..:)
Deletekak nieza....
ReplyDeletewahhhh...bestnya main salji...
nak joinnnnnn..he3
pemandangan pun cantikk sangat...
suka mas tengok..
yup..tq mas, tak ada apa nak buat hari weekend mas lepak-lepak sambil main snow jer la...jomx2 join sama mas. kalau mas join lagi best ni..hehe
Deletewah nieza seronoknya..ramai jugak kawan2 yang boleh ke rumah..tak terasa rindu kt kg sangat kan nieza
ReplyDeleteya kak betul la memang seronok bila dapat berkumpul bersama kawan-kawan sini...family semua jauh tapi bila jumpa kawan-kawan ni memang terasa terubat juga rindu pada family.
DeleteBestnya..sejuk pulak entry nie. Hehe
ReplyDeleteehh jauh lak sejuknya yer sampai ke sana tu..hehe
Deleteseronoknya!! tun x pandai main ski. turun downhill tu siap sangkut kat pagar lagi. hehe...
ReplyDeletemesti seronok ramai2 kat dapur. meriah je tun nengok tu.
ya tun memang seronok tapi akak downhill ski memang tak pandai dan takut gayat juga tapi kalau main pun cross country ski jer la. memang meriah tul bila kami dapat berkumpul gini:)
DeleteAssalamualaikum Nieza
ReplyDeletebila la agaknya boleh pegang salji... he he
w.salam atuk, bolehla atuk pegang ais dlm peti ais tu..lbh kurang mcm ABC jer salji ni:D
Deletebest2...
ReplyDeletethis year ayu x terjah lagik skijyou tue
tgk la hjng bln kot
sejuk x tahan la ngeeee
belum lagi ke ayu?..akak ingat ayu dah ke sana..tgk salji kat jepun lagi banyak tu.sini pun sejuk ayu temp hari ni dah -13degree C.
Deletessalam k nieza..jelesnyaa! nak main salji jugak..hihih
ReplyDeletew.salam sha, jgn ler jeles-jeles..mehh terbang sini kita main sama-sama yer..hehe
Deleteassalam nieza..seronoknya acik tengok gambar2 ni..
ReplyDeleteterima kasih nieza..tak rasa sejuk sangat ke nieza.
w.salam Acik, apa khabar?laptop dh ok yer. sama-sama kasih acik sama-sama kita berkongsi pengalaman yer.sejuk juga acik tapi bila dah pakai baju tebal tu tak la terasa sgt cuma yg sejuk muka yg tak tertutup tu jer la.
DeleteAslmkum Nieza.best tengok Nieza dg kwn2 main salji...pengalaman yg menarikkan.lepas main salji....pakat masak ramai...seronok...perut lapar...lauk sedap....tentu menyelerakan.
ReplyDeleteAlahai seronoknya tengok Niezza main salji.. :D
ReplyDelete