6 Dec 2011

Ayam Masak Madu Mamak Penang



Assalammualaikum
Menu ayam ni dimakan dengan nasi carrot untuk berbuka puasa semalam dan bersambung pula ke sahur juga. Ayam masak madu mamak Penang ala nasi kandar Penang ni memang sedap sangat bila digandingkan bersama nasi carrot tu.Kalau nak cuba nasi carrot yang saya buat tu bolehla tgk disini.


Terima kasih pada tuan empunya resepi Mamak Haji dan telah dikongsikan bersama oleh Kak Wattie. Minta izin untuk saya berkongsi disini pula. Memang sedap rasa buah kurma dalam masakan ni..sebelum ni saya pernah masak menggunakan buah prune jer tapi bila di bubuh buah kurma dalam masakan ni terasa sangatlah sedap..memang kena dengan citarasa saya dan suami. Maklumla dua-dua org Penang memang kenala dgn tekak kami dgn resepi masakan mamak ni. Terubat la rindu nak mkn nasi kandaq tu kan..:D


Source : Mamak Haji 
copy: Kak Wattie
Bahan-Bahan:
 1 Ekor ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10.Bersihkan dan sedia untuk goreng.
 250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air).
100gm buah kismis.
 50gm buah jagus.
 2 sudu besar gula pasir.
1 sudu besar serbuk cili.
 1 susu besar Jintan putih.
 1 sudu besar Jintan manis.
 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering).
 Buah pelaga 5-7 biji, Cengkih 5, Bunga lawang 5.
Daun pandan satu helai (potong dalam 2-3 inchi)
Kisaran halia (2in.) + Bawang besar 2 biji + bawang putih 5-7 ulas)
 Bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan.
Hirisan bawang besar i biji (besar).
 Minyak masak dan garam untuk secukup rasa. 



1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam(sedikit) dan goreng.Gorengan tidak 
perlu garing atau terlalu lama cukup kadar masak 3/4 sahaja.Asingkan.. 



2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagis dan kismis dalam api yang sederhana. jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini. 



3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila kelurkanbau yang harum masukkan hirisan bawang dn daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum masukkan bahan kisaran Bawang+Halia + bawang putih. 

4. Apabila gorengan nimengeluarkan haruaman masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan manis, serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum masukan kisaran buah kurma dan gula pasir.Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan.Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukan.Masukan garam yang sederhana. 

5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng kacau serata supaya kuah berempah ini dapat serap kedalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukan Buah ganjus dan kismis yang telah goreng.Kacau serata. 

6. Keluarkan dari kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu keatas hidangan ayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga di hiaskan dgn cili merah). Selamat mencuba.



29 comments:

  1. nieza,.
    ayu dapat bawa bubur asyura.. tukar ngan ayam boleh kan
    kita berbuka sama2. hehhe

    ReplyDelete
  2. memang terbaik laa...terus teringat kat pelita n kayu nasi kandaQQq...ohh rupanya ade guna kurma yer..salin dulu resepi ya kak niezaa...peh nih kalau teringin tk yah p penang dah..huhu

    ReplyDelete
  3. macam lauk pengantin dah ni Nieza...bestnya kalau dapat makan ni...perut lapola pulak ni....

    ReplyDelete
  4. Assalam nieza, sedap tgk ayam tu, sambalnya pekat2 gitu, mesti rasa kelainan n manis sikit kuah diankan sbb ada kurma..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Nieza,
    uwaaaa menu istimewa ya utk berbuka puasa....akak masak simple2 je sbb anak2 tak pose..tu yg asyik kedapur je..mmng nmpk sedap ayam ni Nieza..lenkali leh cuba resepi ni..tq..

    ReplyDelete
  6. Aduhai tergudanya ,akak suka masuk blog mamak aji banyak info

    ReplyDelete
  7. Nieza..sedapnya nieza.
    teringin jugak nak buat ni.akak ambik resipi dulu ye

    ReplyDelete
  8. kAK Nieza,nmpak sgt2 sedap,sy da juga amk resepi kat dapo kak wattie,nanti2 nak juga try..

    ReplyDelete
  9. salam nieza..
    mlm td pun akak masak resepi mamak haji jugak.. cuma resepi je lain sikit.. hehe.. akak masak lauk ayam masak kicap berempah mamak penang.. mmg sedap sgt... tp tak tau bila sempat nak update.. tunggu Q dululah.. resepi ni bolehlah akak cuba lain kali.. akak simpan dulu ye resepi.. TQ nieza..

    ReplyDelete
  10. yeay! ada idea nak masak hari ni. nak buat la hari ni. uit besarnya ayam sana. kat sini sekor ayam paling berat 1.2kg je, selalu masak yg 1kg punya.*ayam air batu la katakan. hehe..

    ReplyDelete
  11. Niezaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

    Assalamualaykumwbh....wah sedaaaaap dap dap dap....ayam masak madu mamak nih....dah penah makan ni ari tu masa g penang....whot2...siap nambah2 lagi....ayu simpan ye masuk list....thanks:)

    ReplyDelete
  12. Salam Nieza..

    Akak hari tu pon perasan lauk ni kat blog sapa tah.. dah ingat nak buat tapi pas tu cari tak jumpa.. lupa pulak blog siapa?? aiii.. nampak sangat dah makin tua.. hihi

    nasib baik Nieza sharekan pulak kat sini.. kalau blog nieza ni senang akak ingat sebab hari2 dok bertandang tapi jarang2 tinggal kan jejak sebab tenet ni selalu meracau.. hihi

    terimakasih ye Nieza resepi ni memang akak nak cuba sangat !

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Nieza,
    Bestnya nampak ayam yang Nieza masak, menyelerakan betul, rasa macam nak bawak roti benggali pi cicah. Demam masakan nasi kandaq kat rumah Kak Wattie dah reda sikit dah. Semalam akak hirup tomyam songkhla pulak....sawadeekappp

    ReplyDelete
  14. saalam kak nieza...amboih...terasa2 macam separuh jiwa melayang ke penang ye kak...ehehe..sedap napaknyer ayam ni... layankan ngan nasi putih panas2 memang ngam habih :)

    ReplyDelete
  15. pergghhh terangkat lah k.nieza, mkn panas2 sambil tgk snow kat luaq..nyummm, bgs la ada kurma dlm masakan, lebih sihat:)))

    ReplyDelete
  16. nieza, kak lina mai bw ayam cepedas ni..meh la kita tuko..nmpk sgt sedap ayam amdu nieza ni.Resepi ayam..mesti masuk list

    ReplyDelete
  17. Nampaknya kitalah pewaris masakan mamak ya,,,sedap giler ni...boleh lah try

    ReplyDelete
  18. Alamak...mantap banget itew..ayam masak madu..kecur air liur nengok..nyam..nyam..

    ReplyDelete
  19. Kak Nieza,
    Perghhhhh..
    Telan air liur nampaknya saya :P

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Nieza...

    Pagi2 Lagi Kak Lin Dah Merayau....Aduhai! Sedapnya Nampak Ayam Tu...Nak Rasa!!!


    Kalau Makan Ni Pasti Menjilat Cari...Hik3..

    ReplyDelete
  21. tgk gambar pun dh tahu lauk ni sedap sgttt...mmg sesuai dipadankan dgn nasi yg nieza buat tuuu..bila2 kida nk try juga la..

    ReplyDelete
  22. Nampak sedap dan gandingan yang serasi,nasi carot dan ayam masak madu.Kak Zai c/p ya.

    ReplyDelete
  23. ni menu buka puasa nieza.. kalo kami ni menu hari raya.. maakk aiii, sedap nya....

    ReplyDelete
  24. salam nieza.nampak pekat betul kuah ayam madu ni..mesti sedap kan?..
    anak2 bujang akak mmg suka ayam masak madu.

    ReplyDelete
  25. Aslmkum Nieza. sedap nampak ayam 3MP ni...letak buah kurma..menarik resepinya.sesuai dgn nasi karot kat bawah...

    ReplyDelete
  26. Resepi yang amat menarik....pasti kena cuba....TQ Niezza

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers