17 Nov 2011

Nasi Ketumbar


Assalammualaikum
Hari ni nak share resepi  nasi ketumbar yang saya makan bersama lauk ayam serai kasturi. Actually dah lama simpan resepi nasi ketumbar ni rasanya dah ramai dah rakan-rakan blogger yang mencuba buat kan...sebelum saya balik bercuti ke Malaysia lagi sana sini org membuat nasi ni tapi masa tu belum berkesempatan nak cuba. Bila dah cuba ni baru tau boleh tahan sedapnya...mcm ala-ala nasi minyak pun ada tapi lebih harum dgn daun ketumbar ni...memang sedapla. Makan lak ngan ayam serai kasturi tu lagi ler mantop. 


Btw, terima kasih pada tuan empunya resepi dan semua yang telah berkongsi resepi nasi ketumbar ni...maaflah kalau ada yang dah cuba saya tak ingat dan terlepas pandang yer...izinkan saya berkongsi disini pula:D


 Resipi:  Q'ein 
Bahan-bahan
500g beras3 s/b mentega / minyak sapi dan Sedikit minyak
1 biji bawang merah ( dimayang halus )
3 batang daun ketumbar ( blend halus )
Sedikit garamPewarna hijau
1 kiub ayam



Cara-cara

  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak.
  3. Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam.
  4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blend tadi dan secubit garam.
  5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa.
  6. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau.
  7. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.
*daun ketumbar yg diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dlm nasi.




29 comments:

  1. Nieza....
    Tak penah try lagi nasi ketumbar ni...sedap ek...berhajat gak kak cek nak buat nanti....

    ReplyDelete
  2. kak nieza~~ nmpk akak wat sedap je nasi ketumbar nih. tp tun selama ni xsuka bau ketumbar, tu yg x buat2 nasi nih. huhu

    ReplyDelete
  3. Nieza.... warna hijau ke nasi tu... tak pernah rasa lagi la...

    ReplyDelete
  4. Assalam Nieza..tiba2 pulak rasa lapar..

    ReplyDelete
  5. Salam Nieza,
    Cantiknye gambar... berseri seri nasi ketumbar ngan ayam merah kasturi tu. Saya memang suka daun ketumbar. Bau dia wangi sangat... wat nasi gini mesti lah best jgk ni... :)

    ReplyDelete
  6. salam dek nieza cyg..
    kak ilah dah pernah masak nasi ni mmg kena dgnn tekak kak..anak2 pun suka..wah leh makan dgn rendang kak nie emmmm sedapnyeee...

    ReplyDelete
  7. wahhh.. masak nasi kita ye nieza..hee..

    nanti leh cuba ni...

    ReplyDelete
  8. Assalam Nieza,
    nasi ketumbar memang sedap! memang gandingan mantap tu... patutlah aromanya sampai ke halaman kakak... memang semerbak aroma ketumbar dengan serai!menu yang sangat menarik...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Nieza,
    akak lama berangan nak masak nasi ketumbar ni, tapi tak terbuat2 lagi..takut anak2 tak berapa suka..tngk Nieza wat ni mengancam betullah..rasanya mmng nak kena buat gaklah..

    ReplyDelete
  10. fuh meleleh air liur tengok ayam kak nieza tuh...huhuhu

    ReplyDelete
  11. SALAM,
    NI MESTI CUBA NI ! NASI TU NAMPAK BEST JE !

    ReplyDelete
  12. sedap kan nieza..?
    akak selalu gak buat nasi ketumbar ni..mmg sesuai dgn rasa selera anak2 kat rumah ni..

    ReplyDelete
  13. aduh aduh aduh...memang terasa sedapnya nasi ketumbar ni kan. Masa buat dulu rasa puashati dapat makan. Yang nieza bua ni maveless sungguh

    ReplyDelete
  14. salam kak.. lama teringin nak buat tau nasi ni.. tentu sedapkan.. hanya kat sini susah la nak dapat daun ketumbar tu yang asyik bertangguh je

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Nieza,
    Mai jamu mata lagi sekali dengan nasi ketumbar Nieza. Akak buat nasi daging hari ni, jom kita tukaq boleh...

    ReplyDelete
  16. Assalam Nieza, akk tak try lagi ni, takut anak2 tak suka pulak bau ketumbar tu, tapi bila tgk rasa sedap je

    ReplyDelete
  17. Waaaa...mengancam lah nasi ijo nih... nk try lah...

    ReplyDelete
  18. Sukerrrrrr
    Nk try nnt
    La daun ketumbar x de lg
    Nmpk cedap sgt la

    ReplyDelete
  19. Kak Nieza,sy dah wat juga nasi ketumbar nih,tapi camxbape sukalah pula,hubby suka jer,kalo dun ketumbar letak lam masakan len mcm tomyam 2kerabu sy suka lak,huhu..

    ReplyDelete
  20. Nieza cayang...nasi ketumbar ada lagi x? Cantik berseri kaler ijo gitu...pas makan mst kuat mcm Hulk eh...hehehehe

    ReplyDelete
  21. menarik dan nmpk senang sgt nih. buat hidang tetamu pun best kan!

    ReplyDelete
  22. belum pernah buat nasi ketumbar ni nieza..suka tengok colour dia :)

    ReplyDelete
  23. Salam Nieza,

    Kak Ros tak pernah makan lagi nasik ketumbar ni,nanti boleh la try...nampak sedap...

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum nieza cayang...
    mmg sedap kan nasi ketumbar nie... akak n keluarga pun suka sgt makan nasi nie ketumbar nie... cantik2 gambar tu nieza.. bertambah lg nampak kesedapan nasi tu..

    ReplyDelete
  25. Assalam, k Nieza...
    Menariknya tgk nasi ketumbar ni.. tgk ramai yang dah cuba, tapi nurul kurang ckit bau ketumbar tu, tu yang tak try lagi tu...

    ReplyDelete
  26. Kak Cik Cek:
    ye kak sedap....cubalah buat nanti:)

    Tun:
    alahai tak suka ketumbar ke tun..kalau gitu susah juga yer nk buat ni:)

    Kak Nazrah:
    yer kak...daun ketumbar tu kan warna hijau tapi letak pencelup hijau skit je ni:)

    Kak Erna:
    alahai tak dptla nk nolong kak nasi dah abis pun...hehe

    Ijan:
    w.salam...ya kalau suka bau daun tu bolehlah cuba buat nanti Ijan:)

    Kak Ilah:
    betul tu kak mkn ngan rendang tu pun sedap ni:)

    Yan:
    yup..cubalah buat nasi pula nanti kak..sedap ni:)

    ReplyDelete
  27. Kak Amie:
    w.salam kak...amboi kak jauh tul bau sampai ke sana yer..hehe tapi memang betul la gandingan yg mantop dgn ayam serai tu:)

    Kak Yatie:
    sedap ni kak mana tau nanti anak-anak akak pun suka:)

    sitiezahim:
    haha kena buat sendirila tu Hajar:)

    Dato LF:
    memang best Dato...harus dicuba ni:)

    Kak Anymz:
    betul la sedap sgt kak anim kan:)

    cheq sue:
    memang best ni mkn sampai bertambahx2 nasi juga dibuatnya..hehe

    ReplyDelete
  28. Juwita:
    sedap ita...kalau jumpa ketumbar tu nanti try lah buat:)

    Kak Wattie:
    w.salam kak...itula dh tgk nasi daging akak tu nampak sedap juga..bestnyer kalau kita berjiran kan bolehlah tukar pinggan:D

    Kak Rosaliza:
    itulah takut budakx2 tak suka kan tapi akak trylah mana tau diorang suka pula nanti:)

    Kak Gee:
    tq kak...try lah nanti:)

    Ayu:
    kena pi cari daun ketumbar dulula ayu kalau tak bkn lah nama nasi ketumbar nanti:)

    Zaliedana:
    o yer ke?..akak suka jer rasa mcm ala-ala nasi minyak jer:)

    ReplyDelete
  29. Kak Ummi cyng:
    adehh sabar jer la kak ummi ni..tak jadi hulk la kak..hehe

    Asmara:
    tq..betulx2 sesuai utk dimsk utk tetamu juga:)

    Kak Kasih:
    trylah buat kak..simple jer ni:)

    Kak Ros:
    w.salam kak, trylah kak nieza pun baru 1st time cuba ni:)

    Kak Diana cyng:
    tq kak...saya pun suka:D

    Nurul:
    w.salam..ya kalau tak tahan bau daun ketumbar tu susahla nak buat tapi kalau teringin juga kena jugalah buat tu yer:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers