24 Nov 2011

Blueberry Cheese Tart


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. 
Percubaan kali ke-2 buat cheese tart ni tapi masih belum berpuas hati dengan hasilnya lagi...kalau tgk org lain buat montok-montok jer jadinya tapi saya buat ni belum cukup montok..haha nak kena practice lagi ler nampaknya ni. So....kali ni saya buat blueberry cheese tart pula. Percubaan pertama dulu saya buat strawberry cheese tart dan boleh tgk disini. Walaupun rupanya kurang montok tapi rasanya tetap sedap.Layan jer la:D


Kualiti gambar ni pun kurang memuaskan. Lately ni, cuaca kat sini semakin tak menentu dah nak masuk winter ginilah...jarang-jarang ada matahari. Memang cloudy jer memanjang dgn hari siang yg semakin pendek. Kul 3 lbh dah masuk waktu maghrib..memang cepat gelap so.. nak tak nak gambar yg diambil ni hanya menggunakan lampu syiling jer lah.



Masih lagi menggunakan resepi yg sama drp blog Kak Azita Kitchen. Rasanya ramai dah yg cuba resepi ni kan. Terima kasih lagi sekali pada kak Azita kerana berkongsi resepi cheese tart yg best ni dan  izinkan lagi sekali saya share resepi ni disini yer. 




Source: Azita Kitchen

Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin 
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla



Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.




Cream Cheese Filling 
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
    Filling :
    Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.
Cara-cara ( rujuk gambar ) : disini
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Pn.Azita)
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. si adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

35 comments:

  1. Cantiknya dan sedapnya nampak tart Nieza... akak malas betul nak buat shell dia...

    ReplyDelete
  2. assalam nieza..cantik dah tu..meamng cantik sangat..kalau akak dah 100% puas hati dah tu..

    ReplyDelete
  3. salam nieza - lina pernah buat sekali tu pun sama tak puas hati sgt :) nieza punya tu nampak dh cantik compare tu lina punya tart

    ReplyDelete
  4. as-aslam kak Nieza
    cantik kak Nieza cheese tart tu..mabeles..yummy..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaykumwbh Nieza..............wawawawah....ni ha mmg kene gak dgn musim hujan kat Msia ni. MMg dah cute mute abis la Nieza...cantik je ayu tgok...:)

    ReplyDelete
  6. Tgn org berseni mmg cantik betul rupa tartnya. Hehe.. Paling suka tgk bunga 2 kuntum tu. Cantik sgt! :D

    ReplyDelete
  7. singgah tgk tart yg comel mcm tuannyer..;)

    ReplyDelete
  8. huwaaaa... sedap nya nieza.. akk paling malas nk buat shellnya tu.. nk mengetel satu-satu.. minta ank2 tolong.. slalu depa buat tak tau jer.. time dah jadi tart.. tak bhenti2 depa mkn..

    ReplyDelete
  9. Kakak belum pernah buat cheese tart Nieza. Anak kakak suka yg blueberry. Pandai Nieza hias atas cheese cantik...

    ReplyDelete
  10. omeyy! tp akak wat apa pun semua jd cantik. huhu...

    ReplyDelete
  11. assalam nieza..dah cantik sgt tuh..akak buat tart cenggini mmg fail.Pastu tak buat dah huhuhu

    ReplyDelete
  12. Salam kak nieza,
    cantiknya tart...bilalah saya nak ada kerajinan nak buat ni...huhu

    ReplyDelete
  13. Wah tergoda dgn cistat Niezza.

    ReplyDelete
  14. salam nieza. umi mmg selalu buat cheese tart ni, tapi kdg jadi montok kdg failed jugak. tgk resepi dlm blog aunty yochana dia guna whipping cream (filling) supaya tart jadi montok. try lah!

    ReplyDelete
  15. cantiknya Nieza ,akak pun fail,bab cis naik menggunung tyu

    ReplyDelete
  16. Assalam nieza, cantik sangat cis tart tu namapk gebus ciss elok je sama rata

    ReplyDelete
  17. comel2 la cistart nieza....resepi ni dh lama k'ida peram, tak terbuat2 nieza...minta 2 ketui he..he

    ReplyDelete
  18. oohh cream cheese takleh keluar awal2 sangat ya... tqs for d tips..

    fuuhh, tak tahan tengok cheese tart ni..

    ReplyDelete
  19. yelah nieza.. akak tgk pun dah cun sangat dah tu.. akak jer yg belum sampai seru buat benda ni.. acuan tart mcm2 saiz ada tp dok mengganggur jer dia tak bekerja.. hehe..

    ReplyDelete
  20. Nieza..
    Akak suka sangat cheese tart....tapi tak pandai buat....ada adik ofis ni buat, jadi montok2 macam nieza cakap...akak tanya, dia kata dia letak banyak crim cheese..
    Nieza buat ni pun dah cantik sangat dah ni...nampak sedap sangat ...:)

    ReplyDelete
  21. salam nieza..slmt pagi..dh bf..hehehe..w/pun x montok..tapi ttp menjadi pojaan hati ku..yumyumm

    ReplyDelete
  22. salam k niza..amboi..'mengecistat' pulak ye..sedapnye..sy cube wat aritu tp mcm x bp jd,,,kikiki..nnty nk try lg....hehe...

    ReplyDelete
  23. Salam Nieza,
    Kalau bagi akak, rupa cam ni dah kira baik dah, akak buat pun tak berapa menjadi jugak......huhuhu

    ReplyDelete
  24. kombinasi warna yang cantik, pink dan hijau...menarik...

    ReplyDelete
  25. emm, i'm gonna do this soon, same like yours..hehe. nampak sangat sedap!

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum Nieza,
    rajinnya wat cheese tart ni, akak ni malas tullah nak mengentel kuih2 mcm ni..belum ada kerajinanlah..kalau bab makan rajinlah pulak..kira dah CUN Abeslah tu, takde cacat celanya pun...

    ReplyDelete
  27. canteknyer tart akak buat
    suker tgk bunga tue
    ayu tangan x der seni bab lukis ni
    kalo buat mesti jadi lain ngeeee

    ReplyDelete
  28. nieza... cantik sungguh kejadian cheese tart tu...kemas jer..dah lama akak tak buat..

    ReplyDelete
  29. bestnya klu ada org nk bgi tart tu 10 bjik kan...kannn..nk buat xde acuan la plak kat snii...comelll tart za tuu...

    ReplyDelete
  30. cantik je kak..humm bila la nak dapat merasa ni kak ooiii..hihihi

    ReplyDelete
  31. nak kasi montok cemane lagi kak nieza cayang....dah cukup cantek, comey dah ni...

    ReplyDelete
  32. Assalam nieza, akak belum pernah cuba buat cream cheese tart ni..cantik pulak bunga2 lorekan tu..

    ReplyDelete
  33. salam kak nieza.. sedap cheese tart .. ita suka .. lawa dah tu kak.. coraknya tu pun menawan

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum Nieza..Apa Khabar Lamanya Kak Lin Tak Dtg Ziarah Yer...Bukan Tak Sudi Tapi Ada Masalah Yg Tak Dapat Di Elakkan....

    Sedap Nampaknya Blueberry Cheese Tart Ni...Cantik Pulak tu...

    ReplyDelete
  35. serius cantik...ingat nak buat malam nie....

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers