5 Oct 2011

SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. ...dengan cuaca yang cerah di Helsinki hari ni mulalah mood untuk merayau-rayau jer rasanya....haha lama dah tak keluar merayau-rayau seorang diri ni  coz dah byk hari mr.hubby suruh saya keluar jln-jln ambil angin luar tapi kekadang saya yg malas nak keluar.Sejak blk sini baru sekali jer keluar umah. Tapi dok sini  selamat ...InsyaAllah kalau keluar sorang pun dia tak risau sebab kat sini lebih selamat dari dok kat Malaysia. Ini berdasarkan pengalaman saya dan kwn-kwn Malaysia yang menetap disini la.


Oklah ceter n3 hari ni masak lauk simple jer ni, lagipun hari ni mr.hubby balik keja lewat coz dia ada dinner kat luar. Lagi ler malas nak masak sebab kalau masak saya sorang juga yang kena abiskan...haha mana boleh kan badan dah ler semakin kembang. So..masak ikan bakar gini jer lah. Senang dan simple...:D


 Resepi ikan bakar yang sedap ni saya ambil kat dapur Kak Nor @ Secubit Garam yang asalnya resepi dari  Kak Dayang Jack. btw, terima kasih pada kakak berdua yang sudi berkongsi resepi yang simple dan sedap ni...Izinkan saya berkongsi disini pula yer.


resipi : DayangJack
sumber : Kak Nor @ Secubit Garam
Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air


Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakar ikan sehingga masak.

22 comments:

  1. Assalamualaikum Nieza

    nyam nyam
    menyelerakan

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. wawww banyk tu.. kongsi sikit nieza.. hihihi

    ReplyDelete
  3. Selamat petang Nieza,
    ni makan sorang2 ni habis ke ikan bakar tu.... kalau kak Amie memang habis kalau ratah2 je....nampak sedap sangat!

    ReplyDelete
  4. bertahun x mkn siakap ni...
    sini x dak la...sedapnyerrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  5. ikan.... ikan...!! ikan bakar... memang power..!! sedap nya...

    ReplyDelete
  6. dah lama tak buat..ikut rsp kaknor ni mmg senang & sedap..hubby sya suka tau..tp saya tak rajin..hehe

    ReplyDelete
  7. sedap! sedap!! tun sukaaa sgt nii ^^

    ReplyDelete
  8. wahhhhh...sedapnye kak!!!meleleh-leleh air liur ni...dok tadah ngan gayung....

    ReplyDelete
  9. mas suka ikan bakar gini..
    sedappnya kak..

    ReplyDelete
  10. Kak nieza,amboi ratah sorang2 lah eks ikan nih,puas mkn kan kak..Bestnyer klr jejalan,nak ikuttt,hihi..

    ReplyDelete
  11. nieza..lapor bila tgk ikan bkr hesinki ni...lembab2...sedap nya ratah2 gitu..

    ReplyDelete
  12. isshhh..rajinnya nieza.
    kalau akak selalu bakar gitu2 je pastu makan dgn sambal kicap..org malas camtu lah kan?hehe

    ReplyDelete
  13. Kak Nieza,
    Sy kasi 'Like' lagi sebab
    saya suka makan :)

    ReplyDelete
  14. Assalam nieza, tersangat lh sedap ikan bakar tu, lebih2 lg guna ikn siakap, mmg best

    ReplyDelete
  15. kebelakangan ni mmg mudah sgt tergoda dgn ikan bakar simple2...ni boleh la try jgk nanti ya nieza

    ReplyDelete
  16. ASSALAMUALAIKUM..
    nieza. ayu kembali..
    aduhai.. rindunya nak singgah ke blog kamu..
    dan bertambah semangat kamu jua kembali berblog

    i love u!!

    ReplyDelete
  17. Nieza..terliur ni..ikan bakar memang sedap..nieza makan sorang ke tu..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum...Wahhh kat sini pun ada ikan bakar jugeeeee....Siap berempah-rempah..sedapnyaaaaa....

    ReplyDelete
  19. Aslmkum nieza.. seronoknya dpt msk camni.. akk ni klau bab masak2 lauk mmg malas.. huuu.. blik dah kul 2 ptg.. msk lauk yg ringkas2..

    ReplyDelete
  20. niza kalau dah stat masak balik....terus mengoda orang....

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers