10 Oct 2011

Kek Karamel


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Sana sini orang dok tayang kek karamel ni kan...saya pun teruja jugalah nak membuatnya...kira 1st time jugalah buat ni tapi ada kesilapan teknikal sikit...tu pasal tak secantik orang lain buat....huhu.


 Actually,  tersilap kat layer tu jer lapisannya terlalu rapat ... menurut resepi sudukan 3 sudu  besar utk lapisan tu tapi saya tak perasan dan saya sudukan 1 sudu pastu jadi kecikla layernya...tu yang jadi belangnya bercampur tu. btw, abaikan saja rupanya yer....tapi rasanya memang sedap dan kek ni dah selamat kasi jiran dah pun. Kebetulan hari tu jiran kasi buah epal yang ditanam depan umah so...saya pun balasla dengan kek ni.


Terima kasih pada Kak Azlita diatas tunjur ajar step by step yang ditunjukkan dan pada semua yang telah berkongsi resepi kek yang sedap ni, ramai dah yang buat kek ni tak tersenarai juga kalau tulis ni.Izinkan saya berkongsi disini pula yer:D


Sumber resepiPuan Munirah Baharum, Puan Shasha Rahmat
C&P: kak Azlita @ Masam Manis, Kak ummi
Bahan:-
A - Gula Hangus

  • 2 sudu besar gula pasir (*akak letak 3 sudu besar)
  • 2 sudu besar air panas
Cara-Cara:-
  1. Sediakan loyang bulat 8 inci.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  3. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.
B - Adunan Karamel
  • 1/2 tin susu cair (susu sejat)
  • 70 gram gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
Cara-Cara:-
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
  4. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  5. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
C - Adunan Kek 
  • 70 gram gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-Cara:-
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
  3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
  4. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  5. Ketepikan.
D - Bahan Meringe
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu teh serbuk cream of tar-tar
Cara-Cara:-
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
  2. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)
  3. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
  4. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

    Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:-
    1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.
    2. Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
    3. Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal2 mmg akan terapung2 di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap...no worries ok!)
    4. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna
    5. Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapiasan warna.
    6. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
    7. Panaskan oven terlebih dahulu (*Ita panaskan pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, Ita tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja)

      Kaedah Steam Bath: 
      1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
      2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
      3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
      4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
      5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
      6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
      7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan rasanya, so x terendam)
      8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
      9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.


      34 comments:

      1. salam kaknieza..kek karamel ni macam penyakit berjangkit kan? tapi in a good way...hehhehe...cantik warnanya...:)

        ReplyDelete
      2. nadiah pun dah tergoda nak buat kek karamel ni. dah buat sekali dah tapi tak puas hati sangat. nanti nak cuba buat lagi ;)

        ReplyDelete
      3. Kak Nieza,
        Mata kenyang..
        Terima kasih..

        P/s: Ntah bila nak cuba buat.. Asyik takde masa.huhuhu

        ReplyDelete
      4. Sekurang2 nya jadi walaupun kesalahan teknikal..yg kita punya hancus terus... ni yang semangat nak cuba lagi ni....

        ReplyDelete
      5. SALAM,
        PANDAI BUAT KUIH KAK NI ! SUKA KEK INI TAPI MANIS MESTI KURANG

        ReplyDelete
      6. masih nampak lagi belang nyer tu nieza.. kire ok cantik la tu. saya tak try laagi resepi kak munira ni, sebab pernah try resepi kak yani je.
        ingat nak try resepi yg anna qawina modify tang karemel tu. lagi tebal lagi masyukk.. hehe..

        apa pun kek niea ni cantikkk

        ReplyDelete
      7. Assalam nieza, waalaupun belangnya rapat2, namun cantik je dimata akk yg tak pernah buat lg

        ReplyDelete
      8. hehehe...ok lah tu... cantek...tahniah! dh berjaya buat...

        ReplyDelete
      9. Hi nieza,
        wowww!! gogesnyer kek karamel...mesti rasanya pun sedap....kalau kt umah buat ni sekejap jer habis...

        ReplyDelete
      10. Salam Kak Nieza,

        Aduhhh.. sana sini saya tengok org dok buat cake karamel ni.. teringin benar nak try buat gak.. nampaknya kena tunggu lepas bersalin la kot.. skrg tak larat nak bake cake dah.. hehe.. serius saya dok telan2 air liur tengok cake nih! mmg menarik sngt.. hehe

        ReplyDelete
      11. kek karamel ni merata2 org dah buat, tapi tak berani lagi nak try, takut tak jadi

        ReplyDelete
      12. salam nieza - cake ni mmg sgt sedap lina dh buat beberapa kali...cam nak buat lagi....iiii tak sabar nya.Subanallah Amazing, awesome!

        ReplyDelete
      13. Kak nieza,alahai akak pon dah wat kek nih,kek nila yg wat saya smp terbayang timenak tido,siyes ckp kak,mmg tingin nak merasan n menerai,tapi duk pikir sapa lak nak habiskan nanti,tunggu msa yg sesuai nak wat juga..Tuhla kak mcm sy ritu wat kek marble pisang la,gatai2 p layer 1sudu 1sudu,so belang mmg rapat n xnmpak sgt kan.Xper kak,janji rasa sedap kan..

        ReplyDelete
      14. akak pun dah buat kek karemel..
        cantikkk la....

        ReplyDelete
      15. musim kek karamel skrng ni khen
        sedapnyer akak
        ayu biasa buat 2 kali jer
        now dah diet cake ngeee

        ReplyDelete
      16. Niezaaaaa....ok jek la kek tuh...cantik no. 2 punya hal...janji menjadi dan boleh makan puas2 kan.. Lps ni kita buat lg eh...kasi cun sampai puashati...hehehe

        ReplyDelete
      17. virus kek karamel dh tersebar luas...
        anak dh suruh buat kek pelangi..kalau malas wat kek pelangi leh ganti dgn kek karamel..hihih sbb tgk dh seakan2 kek pelangi :))

        ReplyDelete
      18. salam nieza...

        memang betul.. sana sini org dok tayang kek ni kan.. rasanya.. ini dah masuk musim ke dua dah gelombang kek karamel dlm blog kawan2... entah bilala akak pulak nak mencuba... resepi dah print begitu lama sejak belum ada versi belang2 lagi.. tp tak terbuat2 jugak.. ni dah keluar pulak versi belang2.. lg bertambah cantik rupa kek ni kan.. one day nak try jugak.. hopefully menjadilah.. akak dah pernah merasa sekali kek ni yang kazen akak buat.. mmg bestlah..

        ReplyDelete
      19. Assalamualaikum Nieza

        sana sini siar kek karamel
        telan air liur ajer ler...he he

        Wassalam

        ReplyDelete
      20. Waduh! Kek Karamel lagi...sume org buat kek karamel....waaaaa...kak cek nak rasa sepotong....:)

        ReplyDelete
      21. seronoknye gi fishing..release tension..cantik view disitu..
        amboi CC cepat sampai ke finland plk..cantik kejadian nya..

        ReplyDelete
      22. ehem..dah sampai Finland kek ni yer..sedap kan..pasni buat yg karamel tebal tu lg nyaman telan..haha

        ReplyDelete
      23. sedapkan kek ni...tak per nieza, len kali buat kasi cun melecun habiss ye..rupa tak penting..janji sedap

        ReplyDelete
      24. Nieza,
        tumpang jamu mata di sini ye Nieza... nak buat tak reti (sebenarnya mmmm....)tapi tengok hasil air tangan Nieza ni rasa nak cekup je....sedapnya!

        ReplyDelete
      25. Cuti sekolah tak lama lagi anak-anak kakak bolehlah masuk blog nieza ikut buat. macam-macam resepi boleh ikut.:)

        ReplyDelete
      26. Salam Nieza..oh tidak..tidak..makin ramai yang duk tayang kek karamel ini....sungguh menggoda tapi manalah perginya vit R ni....

        ReplyDelete
      27. percubaan ke 2 menghantar komen.. adoi.. tenet teruk betul 2-3menjak nih..
        tun duk cuci mata tgk kek karemel nih. xtau la bila nk buat. huhu

        ReplyDelete
      28. akak tengok semua org dah buat kek ni...sure best ni kan nieza.
        Nieza buat cantik je belang2 dia.

        ReplyDelete
      29. Ish..dah cantik kejadian kek karamel nieza ni...nmpk pun sdp tuh

        ReplyDelete
      30. kak nieza akak pun dah buat ye.. sedapkan.. 3 kali juga ita buat sebab anak2 suka..

        ReplyDelete
      31. waaa.. pun sedap ni.. dah merata kek ni.. bila lah nk rajin2 mcm nieza..

        ReplyDelete
      32. baru je buat last 2 weeks..memang sedap..

        ReplyDelete
      33. Assalam nieza..dah buat jugak ye..
        akak tangbuat kek yang berlapis ni kurang rajin..sebab tak seni..he he

        ReplyDelete
      34. Assalamualaikum nieza..
        mmg cantik n menarik kek yg nieza buat nie.. akak tergoda lg nie.. tp kek nie mmg sedap kan nieza.. x kan puas hanya sekali buat... ;)

        ReplyDelete

      sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

      Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

      Bookmark and Share

      LinkWithin

      Related Posts with Thumbnails

      My Blog Anniversary Day

      Daisypath Anniversary tickers

      Our Wedding Anniversary Day

      Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers