10 Oct 2011

Autumn Fishing 2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. N3 hari ni nak ceter pasal hujung minggu lepas ni jer iaitu pada hari sabtu 8hb Okt 2011 yang lalu, saya saja jer ikut mr.hubby pergi memancing. Memula rasa malas juga nak join sebab temp pagi sabtu hari tu turun 5 degree C tapi teringin pula nak join sebab nak ambil gambar view kat sana..so.... lastly join jugalah. 

Kalau tgk  time Autumn/ musim luruh ni memang menarik....saya paling suka sekali masa musim ni la dengan permandangan pokok yang warna kuning keemasan ni memang memukau mata melihatnya. Subhanallah..memang cantik tapi kena tahan sikitlah dengan cuaca yang semakin sejuk sekarang ni. Bukan setakat sejuk saja kekadang angin yang kuat tu yang tak tahan dibuatnya. 

Oklah layan jer lah gambar permandangan dalam perjalanan pergi ke tempat memancing ni. Tempat ni namanya Sipoo yang mana jaraknya lebih kurang 45km dari rumah iaitu sebelah selatan Finland. Kawasan ni adalah kawasan private property sebenarnya dan tempat yang we all pergi ni adalah kawasan kepunyaan tuan rumah yang we all sewa. Dia ada summer cottage kat sini. 

Biasanya kebanyakkan penduduk Finland ni ada summer cottage sendiri yang terletak dikawasan hutan atau ditepi sungai dan tasik. Mereka lebih suka duduk berehat dikawasan yang aman dan jauh dari kesibukan kota. Di bandar hanya tempat mereka bekerja saja dan bila ada cuti dan masa terluang banyak masa dihabiskan di summer cottage. Mr.hubby dah banyak kali ikut tuan rumah tu pergi memancing kat kawasan ni dan saya lak kira kali ke-2 juga ke sini. Tapi kali ni tuan umah ni tak join we all dia cuma bagikan kunci pintu pagar saja pada mr.hubby. 

permandangan yang indah dan sunyi mcm suasana di kampung gitu






Hanya 3 org lelaki saja yang dapat join memancing hari tu..TYT Duta dan isteri pun join sama.





ni lak fish trap atau saya panggil bubu untuk perangkap ikan masuk dalam tu.

ni la hasilnya....banyak juga kan lebih kurang 4kg juga ni..alhamdulillah rezeki memancing dan bubu tu.



ikan ni namanya pike perch kalau kat Malaysia saya tak sure ada ke tak.

setelah ditimbang lbh kurang 200gm bagi yang saiz kecik dan 600gm bagi yg bersaiz besar

Ikan Pike Perch ni memang sedap 

ikan yang kecil ni namanya  Ahven

ok nak balik dah...



Sekian sajalah dulu cerita di hujung minggu ni...bersambung lagi pada cerita akan datang pula nanti...insyaAllah..:D

26 comments:

  1. betul tu...
    memang cantik tengok autumm...
    sejukk jerk mata memandang..

    wahh kak,...
    seronoknya memancing..
    mcm2 ikan yg dapat..
    masak pe tu,..he3

    ReplyDelete
  2. Assalam nieza, bestkan dapat merasa semua kat situ, cantik menmguning je dedaunan.Kalo mancing dpt ikn itub lagi best, yg penting kena sabar, tapi org mcm akk ni takleh mancing kurang kesabaran heheh

    ReplyDelete
  3. Assalam nieza..cantik.akak memang suka..tengok gambar masa musim ni..cantik sungguh.
    banyaknya ikan nieza..tapi lain betul dari ikan yang ada di sini kan..
    lepas ni tunggu nieza..tayang resepi masakan ikan hasil memancing pulak..

    ReplyDelete
  4. kak nieza cayang.. jelesnye.. tun teringin nk duk kt cottage tepi tasikk... huhu.. insyaAllah ada rezeki blh gi jalan2.
    byk betul ikan yg dpt.. tun xpenah gi mancing.. penah sekali je tangkap ikan, tu pun pakai sauk, tangkap ikan dalam kolam kat kenyir. haha..

    ReplyDelete
  5. Nieza....

    Cantik pemandangan...cantik ikan...bestnya bila dapat tgk tempat orgkan...:D

    ReplyDelete
  6. salam nieza - SubanALLAH...Maha SUci ALLAH. Nieza insan terpilih dpt melihat sendiri dan merasai nya ketika berada tmt tersebut. Nikmat atas nikmat kan nieza.

    ReplyDelete
  7. betol kata nadiah... autumn memang cantik sangat...!!! syok nya memancing...

    ReplyDelete
  8. cantikkk.. suke tengok pokok daun2 warne cam tu... bertuahh nieza

    ReplyDelete
  9. Akak mmg seronok betul bila tgk gmbr2 yg Nieza post. Mmg mcm postcard picture...

    Nieza masak ape dgn ikan2 tu...

    ReplyDelete
  10. indahnya alam ciptaan Tuhan... bertuah sungguh Nieza dapat pengalaman begini di rantau orang.... teringin nak rasai sendiri tapi belum ada kesempatan...

    ReplyDelete
  11. Salam kenal...suka jugak dpt tgk ikan pelik2 ni kan...hihihi
    Liza follow jugak yer...

    ReplyDelete
  12. sejuk mata memandang kehijauan dan kekuningan pokok2 dan ikan2 tuuu mmg cantik ciptaan NYa

    ReplyDelete
  13. Cantiknya Niezaaa....Autumn in my heart...bila la akak nak merasa tgk live nih...byknya ikan tu...sedap yer Nieza...

    ReplyDelete
  14. nieza..ikan pike tu mcm seram jek nak makan..selalunya nieza masak apa ikan tu...?

    ReplyDelete
  15. dah autumn! cantik! nnti jgn lupa masuk gambar ikan yg dah dimasak. :D

    ReplyDelete
  16. Salam...cantiknya viewwww...mesti seronok kan pergi memancing...

    ReplyDelete
  17. suker nyer kaka ikut mr husband gi memancing ekkk....teringin nk buat but darl ai x mintak plak...uwaaaa

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Nieza,
    Tetiba akak jadi rindu saat autumn...mmng cantikkan pemandangan masa ni...suka tngk kaler daun yg bertukar2 tu..pastu semuanya luruh plk...indahnya saat itewwww..hargailah selagi Nieza masih di sana..wow memancing lagi..bnyk plk tu dpt ikan...

    ReplyDelete
  19. Subhanallah cantiknya pemandangan.

    ReplyDelete
  20. Waaaahhh seronoknya pergi memancing ya Nieza...gambar2 punya la cantik...fuuuhhh.. Byk dpt ikan tu..sedap panggang gitu je eh.. ^__^

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum Nieza

    Cantiklah view autum ni...dgn daun menguning...best travel dpt lihat pemandangan begini.akak belum pernah ikut xtvt memancing gini tp bestkan bila dpt ikan...fresh sedap masak2.
    re; Nieza, jubah di Cairo ni mcm2 warna dan fesyen.. bukan hanya warna hitam...ada yg sulam..manik dll tu yg rambang mata nengok.tkasih juga Niza komen ttg kek...baru belajar ambil tempahan dr kawan2 di sini...

    ReplyDelete
  22. salam

    memang indah alam kurnian Allah semasa musim luruh

    rasa tenang je dan mendamaikan

    nice picture

    ReplyDelete
  23. YA Allah dah Autum Dek Niezza lama mak tak berkunjung ke sini... Assalammualaikum sayang... bestnya mancing2...

    ReplyDelete
  24. cantiknya ... mmg indah sungguh ciptaanNya... pic semua pun cantik2... suka tgk

    wah nieza banyak dapat ikan yer.. seronoknya..

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers