Assalammualaikum dan salam rindu buat semua....rindunya nak bersiaran disini tapi apakan daya masa amatlah tidak mengizinkan saya untuk berbuat demikian. Terima kasih buat semua yang masih sudi berkunjung ke sini walaupun dah lama tak ada n3 baru tapi masih ada yang sudi lagi untuk singgah dan bertanyakan khabar saya. Sungguh terharu rasa dihati ni. Ini juga yang membuatkan semangat saya untuk terus menulis disini kembali pulih setelah sekian lama menyepikan diri. Banyak dah saya ketinggalan cerita dan n3 rakan-rakan semua. Terima kasih juga pada Kak Nor @ Secubit Garam diatas makluman pasal blog saya disinggahi malware tempoh hari. Alhamdulillah semua telah dapat diatasi dengan baik.
Bukanlah sengaja saya merehatkan diri dalam dunia blogging ni tapi sejak balik ke Malaysia tempoh hari memang saya tak berkesempatan langsung untuk online. Banyak masa dipenuhkan untuk menjaga bonda tersayang yang masih lagi belum pulih drp stroke. Keadaan bonda nampak stabil cuma masih belum pulih sepenuhnya. Mengikut pandangan doktor yang merawat keadaan bonda adalah tenat tapi berkat bacaan Yasin beramai-ramai di kg dan doa dari semua bonda nampak stabil. Kita hanya mampu meramal tapi Allah SWT saja yang mampu menentukan ajal maut seseorang. Jutaan terima kasih diatas doa dan ingatan rakan-rakan semua. Amatlah saya hargai tapi saya belum kesempatan untuk membalas kunjungan semuanya lagi. InsyaAllah bila berkesempatan nanti akan saya usahakan.
Cerita terkini sekarang ni saya dah pun balik ke Finland. Alhamdulillah saya dan suami dah selamat tiba ke Helsinki, Finland pada 25hb Sept 2011(Ahad) jam 2pm waktu Finland yang lepas. Perjalanan dari Penang - KLIA - Frankfurt - Helsinki telah mengambil masa lebih kurang 23 jam perjalanan termasuk transit telah berjalan lancar dan telah dipermudahkanNya. Walaupun berat hati untuk melangkah pulang ke sini serta terpaksa meninggalkan bonda yang masih sakit tapi kehidupan disini tetap diteruskan juga. Tempat seorang isteri adalah disisi suami. Terima kasih tak terhingga juga kepada abg dan kakak ipar di kampung yang menjaga bonda buat masa sekarang ni.. hanya Allah swt saja yang mampu membalasnya. Mohon maaf juga pada rakan-rakan blogger di Penang yang tinggalkan msg utk berjumpa tapi tak berkesempatan juga untuk saya berjumpa. Terlalu cepat masa berlalu. InsyaAllah panjang umur kita pasti bersua juga satu hari nanti.
Syukur alhamdulillah diatas kesempatan yang suami berikan juga saya berpeluang menjaga bonda yang sakit semasa di dalam wad dan juga setelah pulang ke rumah. 2 kali juga bonda dimasukkan ke wad iaitu semasa bulan puasa dan selepas hari raya tempoh hari. Peluang yang suami berikan untuk saya balik awal ke Malaysia sebulan darinya amatlah berharga buat saya. Setiap saat dipenuhkan untuk merawat dan menjaga bonda. Memang tak dapat dinafikan saya tak dapat rehat yang cukup sebab terpaksa berjaga malam tapi bukanlah jadi satu masalah buat saya kerana saya gembira dan bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menjaga bonda.
Menjaga orang sakit memang memerlukan banyak kesabaran. Sebagai seorang jururawat juga saya banyak belajar melalui pengalaman. Keadaan bonda yang stroke, tak boleh bercakap dan tak dapat menguruskan diri sepenuhnya memang memerlukan bantuan. Setiap kali mandikan bonda, tukarkan pampers dan berikan bonda susu melalui tiub setiap kali itulah saya teringatkan susah payah semasa bonda membesarkan saya. Mungkin ragam saya semasa kecil lebih teruk drp saya menjaga bonda sekarang. Tapi bonda tetap juga sabar membesarkan saya. Itulah yang selalu saya ingat dan saya mesti membalasnya. Kalau dihitung dan dinilai selama saya menjaga bonda tak terbalas lagi. Memang terlalu banyak jasa bonda yang belum dapat saya membalasnya. Doa dan harapan saya semoga bonda kembali pulih dan sihat serta diberikan kesempatan lagi untuk bertemu dengan bonda lagi satu hari nanti..InsyaAllah.
Dah panjang lebar dah celoteh saya ni...sekadar berkongsi cerita saja. Macam ni lah dugaan dan cabaran bila kita berada jauh daripada family dan insan tersayang. Macam mana seronok pun kita berada di tempat org seronok lagi tempat kita sendiri. Tapi apakan daya datang merantau mencari rezeki. Dalam kehidupan kita tak dapat lari dengan segala ujian dan dugaan. Semoga kita sentiasa sabar dan tabah menghadapinya.
Cerita pasal Aidilfitri yang lepas pula tak ada apa yang menarik nak saya ceritakan ...sebab saya hanya menyambutnya secara sederhana. 4 hari sebelum menjelang hari raya baru bonda dapat keluar wad so...persediaan hanya ala kadar saja. Saya hanya berkesempatan ziarah pusara ayahda saja di pagi raya dan melayan tetamu yang datang menziarahi bonda. Walaupun gembira dapat berpeluang menyambut hari raya disisi bonda tapi terasa juga sedihnya bila berjauhan drp suami tersayang. Apapun saya redha dan syukur diatas apa juga yang telah ditentukan Allah swt.
InsyaAllah bertemu lagi kita pada n3 seterusnya nanti....masih lagi mencari mood memasak dan mood mengambil gambar yang entah hilang kemana. Bukan tak masak tapi masak yang simple saja coz 2-3hari lepas masih lagi pening dgn jetlag lagi. Pastu lama sangat cuti masak sejak balik Malaysia nak mkn apa main order saja. Tapi bila blk sini kembali semula pada rutin harian kena masak sendiri jugalah jawabnya. Buat masa sekarang cuma masih lemau utk update dan n3 msk-msk ni. Harap-harap tak berpanjangan lah nanti yer. Salam sayang buat semua..:D
Selamat kembali Nieza.... rindu pada masakan2 Nieza...:)
ReplyDeleteWelcome back. Alhamdulillah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tahniah kepada nieza dan suami kerana telah berusaha untuk menjadi anak dan menantu yang terbaik. Suka akak baca n3 ni. Ingatlah tak semua orang diberi peluang untuk berbakti kepada kedua orang tuanya. Jadi bersyukur le dengan anugerah ini.
ReplyDeleteSalam Nieza. Happy dan at the same time sedih membaca nukilan awak. Jangan putus2 berdoa untuk bonda tersayang. Kjee turut panjatkan doa buat bonda awak. Mudah2an dipanjangkan umur dan diselamatkan dari segala musibah, Insya Allah.
ReplyDeleteSelamat kembali Nieza.. ridu sangat kat Nieza..
ReplyDeletelagu ni menambahkan lagi kesayuan akak membaca setiap bait2 ayat yg nieza catatkan...
semoga nieza sentiasa tabah dan sabar dgn setiap ujian dari Allah
rindu kat nieza
ReplyDeleteselamat kembali...
semoga bonda nieza semakin baik
selamat kembali Nieza.Semoga tabah menghadapi ujian ini.Dan semoga bonda Nieza akan beransur pulih.
ReplyDeleteAssalam kak nieza,alhamdulillah akak selamat smp finland n bonda akak pon makin sembuh,moga bonda akak sembuh seperti sediakala hendaknya..Tahniah juga utk akak sbb telah menjadi anak yg baik,sabar melayan bonda akak..Besar pahalanya kak..
ReplyDeleteselamat bersiaran semula Nieza. Akak juga turut mendoakan agar bonda Nieza semakin sembuh seperti sediakala. Akak juga pernah melalui detik2 menjaga ibu yang mendapat breast cancer juga menjaga ibu mertua yang stroke...
ReplyDeleteKak Antan:
ReplyDeleteTerima kasih kak..:)
Kak sam:
tq kak...mohon maaf juga sebab tak dapat jumpa hari tu.
Kak Jee:
tq atas doa dan ingatan kak....insyaAllah amin.
Kak Azlita:
tq kak Ita...rindu juga kat akak dan nak singgah tgk menu mskkan akak...lama dah tak kesempatan singgah menyinggah...tq atas doa dan ingatan juga..amin.
Kak kasih:
ReplyDeleterindu kat akak juga!!...tq atas doa dan ingatan akak yer..amin:)
Kak CM:
terima kasih atas doa...insyaAllah..amin.
Zaliedana:
terima kasih dik...amin. maaflah tak dapat juga kita nak jumpa yer.:(
Kak Harleena:
tq atas doa akak...sama-sama kita berkongsi pengalaman..semoga sentiasa diberkatiNya...amin.
slmtkembali nieza...
ReplyDeleterindu dgn n3 nieza..sedih dan pilu baca citer nieza..semoga tabah menghadapi ujian dr nya
betul, saya pon sayu baca entri kak nieza ni..alhamdulillah Allah beri kesempatan unt kak nieza jaga emak kan..kesempatan yg susah nak dpt tambah2 bila di rantau orang ni..semoga emak kak nieza kembali sihat..dan tabahlah unt kak nieza, insyaAllah Allah tahu yg terbaik unt kita..
ReplyDeleteKak Zai:
ReplyDeleteterima kasih kak...rindu juga nak baca n3 akak nanti saya singgah yer.biasalah kak zai...sudah menjadi lumrah kehidupan ada suka dan duka.insyaAllah kita berserah padaNya selalu:)
Sitiezahim:
terima kasih dik...syukur diatas kesempatan dan peluang yg diberi juga..semoga masih lagi diberikan peluang lagi nanti...insyaAllah. tq atas doa yer:)
welcome back kak nieza :)
ReplyDeleteaminnnnn semoga segalanya dipermudahkan....
ReplyDeleteberbanggalah dgn apa yg telah kita lakukan wpun tidak setimpal dgn apa yg telah dicurahkan. kerana kemampuan kita tidak boleh diukur..hanya ALLAH SWT yg mengetahuinya.. kak amat berbngga punyai sorg sahabat dan adik spt nieza.. nieza mempunyai semangat yg kental dlm beberapa keadaan spt yg nieza ceritakan di atas.. kak ilah mmg tak mampu lakukan spt itu..tahniah krn berjaya mjadi anak dan isteri yg amat baik....aminnn
Assalamualaikum Nieza,
ReplyDeleteRindu pada Nieza yg dh lama tak ke udara...semoga Allah sentiasa melindungi Nieza sekeluarga dan memudahkan perjalanan hidup mu...insyaAllah.Semoga ibu tersyg sentiasa dlm rahmat Allah dn sihat kembali.
selamat kembali kak nieza..
ReplyDeleterindu sangat kak akak..
alhamdudillah..mak akak makin sihat..
sedih dan pilu mas baca cerite kak nieza..
moga akak sekeluarga tabah menghadapi ujian dr nya..
selamat kembali Nieza..
ReplyDeletebertuah bonda ada anak mcm Nieza yg tahu menghargai jerit-perihnya membesarkan anak dulu..sejuk perutnya mengandungkan nieza dulu..bukan semua ibu bertuah..ada yg dilupakan bila diri makin dipanjat usia..
welcome back kaka
ReplyDeleterindu ketat2 ni ngeee
doakan moga bonda kembali sihat insyaAllah
salam nieza.. alhamdulillah.. dah on air balik.. rehat ya.. serahkan semua pd Allah.. perancangan Dia lebih baik dr seribu perancangan manusia.. redha dgn apa yg terjadi, insyaallah nieza akan lebih tenang..
ReplyDeletemiss u :)
Selamat kembali dan semoga bonda Nieza cepat sembuh.
ReplyDeleteTeringat kenangan menjaga arwah mak kak Zai yang terlantar sakit stoke juga.
slm nieza, slm kembali....miss u
ReplyDeletesemoga bonda nieza akan beransur pulih ....sabar ye za, banyak2 berdoa ye
selamat kembali...!! rindu sgt kat akak...semoga akak dan keluarga tabah menghadapi dugaan Allah ini..
ReplyDeletewelcomeback Nieza, apapun dugaan, life must go on kan.... semuga nieza tabah dan doa juga buat ibu nieza semuga segera pulih seperti semula. Amin
ReplyDeleteNieza,
ReplyDeleteLamanya tak timbul2 ye... Semuga Nieza tabah dan semuga bonda Nieza beransur sembuh ye...
Assalamualaikum nieza...
ReplyDeleteselamat kembali nieza..rindunya kat nieza..
sayu rasa d hati.. menitis air mata akak membaca pengalaman nieza sewaktu menjaga bonda nieza... moga nieza n keluarga tabah yer cayang.. Akak doakan moga bonda nieza sembuh seperti sediakala dan sihat sejahtera hendaknya.. Amin..
Assalam Nieza, selamat kembali ya, suka dpt tgk semula nieza di bloglist akk...akk harap bonda nieza pulih seperti biasa, tabahkan hati menghadapi cubaan dan ujian dari allah, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul
ReplyDeleteas-salam kak Nieza.
ReplyDeleteWelcome back kak Nieza!!!
Assalam Nieza,terharu..membaca nukilan nieza kali ni..
ReplyDeleteSalam kak nieza cayang.. alhamdulillah.. ada peluang juga akak utk berbakti pada ibu akak.. semoga mendapat ganjaran disisiNya. duk jauh2 dr family mmg sedihkan, kdg2 terasa nk bergegas pulang bila ada berita dr kg.. tp betul laa kata akak, tempat isteri disisi suami. semoga Allah merahmati kita semua insyaAllah.
ReplyDeletesemoga nieza dapat menempuhi hari2 seterusnya dengan tabah. walaupun jauh dari keluarga, tapi hati dekat tentunya..
ReplyDeleteselamat pulang sedunia blog..:)
ReplyDeletewelcome back nieza..
ReplyDeletehmm sedih dgr citer pasal bonda nieza..dan tentunya beliau bangga punya anak mcm nieza..
selamat berehat dan amik mood dulu..pasni update entry best2 lak..=)
salam nieza - semoga bonda nieza cepat baik dan selamat berblog semula. Jaga diri!
ReplyDeleteterharu baca tulisan nieza..terasa kerdilnya akak ni..mak akak sakit dah 3 bulan tp sekadar dpt jenguk sesekali je..nieza jauh diluar negara boleh balik tuk jg mak...moga bonda nieza cepat baik,,,amin
ReplyDeleteAssalam nieza,
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin buat nieza & family ya..maaf akak lamabt tiba ke sini..semuga ibu nieza cepat sembuh dan mudah2han abang & kakak ipar dapat menjaga ibu dengan baik juga ya..
Assalammualaikum Nieza...
ReplyDeleteSlmt kembali. Moga mak Nieza beransur pulih...Alhamdullilah Nieza diberi peluang utk menjaga bonda tersayang disaat memerlukan. mmg kalau dihitung mmg tak terbalaskan jasa ibu menjaga kita sejak kecil. begitu besar jasa dan pengorbanan seorg ibu....
salam nieza..moga tabah menghadapi ujian dari Nya..banyakkan doa dan bacaan Al-Quran moga hati bertambah tenang..ibu bapa yang bertuah di dunia nih ialah ibubapa yang mempunyai anak2 yg tak putus2 berdoa buat mereka
ReplyDeleteassalam nieza, welcome back..missed you..semoga bonda nieza cepat sembuh ya..
ReplyDeletesalam rindu nieza..hrp nieza bnykkan sabar & tabah menghadapi dugaan sebegini..moga bonda nieza kembali pulih berkat doa semua yg menyayangi. insyaallah..amin!
ReplyDeletesalam
ReplyDeletetak semua orang bertuah dapat merasai pengalaman menjaga ibu semasa dia sakit perlukan pertolongan kita.
Semoga bonda Nieza sembuh seperti sediakala.
Semoga kehidupan Nieza dan suami aman bahagia selalu di sana.
Assalamualaikum dan selamat kembali besiaran Nieza. Sedih dan sayu rasa hati ini bila membaca nukilan Nieza, semuga Nieza tabah menghadapinya dan semuga ibu Niesa diberikan Allah kesihatan yang baik.
ReplyDeleteAssalamualaikum adikku Nieza,
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah Nieza sudah kembali di sisi suami....banyakkan berdoa moga ibu Nieza cepat sembuh...segala yg berlaku ada hikmah, redha dngn ketentuanNYA.
Assalamualaikum Niezza, welcome back. Sedih bila membaca kisah ibu Niezza. Moga Niezza tabah dan kuat semangat.. Kami rakan2 blogger semua mendoakan agar ibu Niezza cepat sembuh. Banyakkan berdoa padaNya. Kagum dengan apa yg Niezza dah lakukan, walaupun Niezza jauh di perantauan, tapi masih tetap jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak. Jaga diri ye..
ReplyDeletebuat semua: Terima kasih diatas doa dan ingatan dari semua...mudah-mudahan semua doa akan dimakbulkan Allah...amin. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah selalu...insyaAllah.
ReplyDelete