4 Jul 2011

Summer Trip To Talinn, Estonia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua....rasa mcm lama sgt tak bersiaran disini. Terima kasih pada yang sudi berkunjung ke sini dan pada follower baru juga amatlah saya hargai. Maafla saya belum berkesempatan untuk berkunjung balas lagi...InsyaAllah jika ada link yg betul akan saya jejaki nanti.


Actually saya cuti msk sekejap ikut suami outstation ke Talinn, Estonia iaitu negara jiran Finland jer dan selamat tiba pada hari khamis yang lepas. Bila dah blk bdn pun terasa letih dan rasa lemau jer nak update blog ni. Pastu hari ahad keluar pula jalan-jalan dalam Finland. Bila time summer ni jer best nak jalan-jalan pun. 


Oklah hari ni nak ceter pasal trip saya ke Talinn, Estonia. Kira kali  ni kali ke-2 lah saya melawat ke sana. Yang 1st dulu masa last year. Masa winter kurang menarik sikit kalau nak compare pada waktu summer sekarang ni memang meriah.Pelancong pun ramai time ni.  Lawatan kali ni agak terhad sikit coz mr. hubby pergi pun atas urusan rasmi kerjanya dan pergi bersama bosnya iaitu TYT Duta dan isterinya. Jadual lawatan kerjanya memang penuh dengan meeting dan lawatan rasmi saja  dan hanya berkesempatan jalan pun selepas waktu kerja dan masa tu kedai pun dah nak tutup.....we all sempat jln sekali  semasa ke taman bunga dan tepi pantai saja. So... kebanyakkan masa saya disana saya byk berjalan seorang diri...lagipun dah pernah ke sana tak jadi masalah buat saya. Bila mr.hubby sibuk meeting saya pun sibuk shopping..:D


Oklah layan jer lah gambar kat bawah ni yer...tuan umah ni memang suka ambil gambar so...byklah gambarnya...harap tak bosan yer.:D Sekadar berkongsi pengalaman bersama dan kenangan saja.

di tengah launtan biru....

suasana di dalam kapal di bahagian sun deck



Pengangkutan utama dan murah daripada Helsinki ke Talinn adalah dengan menggunakan 'cruise ship'. Kapal ini memakan masa 2 jam perjalanan tetapi tidaklah membosankan kerana banyak kemudahan yang disediakan didalam kapal ini seperti restaurant, tempat mainan utk kanak-kanak, supermarket yg menjual brng bebas cukai, game, kemudahan wifi utk penggunaan internet dll.

ni la bandar lamanya....



Talinn adalah merupakan ibu negara Estonia yang terletak di sebelah selatan Finland. Talinn adalah merupakan bandar eropah yang terkenal dengan 'old town'. Bandar ini juga telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai bandar warisan dunia. 

salah satu restaurant didalam kapal

kedai yang menjual set bohemia crystal....memang menarik..rasa mcm nk borong jer semua..:D



memang menawan kalbu..:D















ada show pula..






ni pula taman bunga...memang cantik..












selepas abis berjalan ke taman bunga we all ke tepi pantai pula...memang best walaupun time ni dah jam 8 malam tapi masih cerah lagi...



zoom from our lens 70-300mm 



dah nak balik dah...getting ready to go into the cruise ship....

kapal ni pula nak ke stockholm 

we all naik kapal ni.....dah bersedia utk masuk ke perut kapal...

parking kereta didalam kapal....teringat pula feri Penang...

Posing jap kat sun deck kapal ni...:D

sekian saja cerita cuti saya ke Talinn, Estonia kali ini...ada rezeki dan kesempatan bolehlah ke sana lagi nanti...InsyaAllah.

23 comments:

  1. Kak Nieza,
    Best nyerrr..
    Bertuahnya badan..
    Bila arr dapat ke sini..
    Insyaallah 1 hari :)

    P?s: Berdoa dan terus berdoa

    ReplyDelete
  2. Assalam...Niezza, cantik bandar dia, bersih..seronok bercuti ye....

    ReplyDelete
  3. salam Nieza..
    bestnya dapat jalan2..
    seronok akak tengok gambar2 yg nieza kirimkan.. teruja rasanya...
    walaupun tak berkesempatan ke negara orang dapat tgk gambar pun dah cukup bermakna rasanya...

    ReplyDelete
  4. salam nieza cyg...
    subhanallah cntik betoii laut tuuu pas tuu kristal mak tel dia mambuk kak tgok..,, nieza beli tak? kak cdgkan nieza beli lah bawa balik ke malysia.. kat siini mahal belum tentu ori.. belilah supaya tak nyesal nanti....chewahhhh jgn2 nieza dah kebas 1 kapal tak? hehehee... agak2 kalu ada lebih yg sumbing2 pos mai kat kak..eececee mcm lah dia ada koleksi kristal,. lemari pun tk dak nak isi ..corelle dan vantage ini pula nak isi kristal mak teeel tuuu huhuuu..cek abg tak kasi beli.. pinggan mgkuku tu curi2 curiaaa..
    t.kasih kongsi gmbr old town estonia..

    ReplyDelete
  5. summer sana x hangat sangat ker akak?
    sini x mampu nak kuar...5 min kuar dah rentung....but best la leh naik kapal...view pow cantek snagat

    ReplyDelete
  6. Salam kak nieza! patutb senyap jerrr dia jalan2 lagiiii, bestnyer!!!! NAik kapal 2 jam??????? fitam** kita takut betul dgn laut dalam alangkah kena naik bot 1 jam pun dah kecut perut! rasa nak pakai boya setiap atau jaket keselamatan setiap masa wakakaka.... persediaan :D

    ReplyDelete
  7. cantiknyeee....
    bertuah nieza dikurniakan Allah untuk melawat satu dunia kan

    ReplyDelete
  8. Salam Nieza...
    wah best lah gi jln2 time summer..& lagi best kan dpt naik cruise ship... mama pun pernah naik cruise tapi to nowhere pusing2 jer...tuh pun mkn 3 hari...
    Permandangan yg menarik..esp the ancient blding & panorama the taman..best nyer :)

    ReplyDelete
  9. nieza, seronoknya bercuti...bila la nk jejak kaki kt negara orang...ermmm...

    ReplyDelete
  10. wahhhhh...sonoknye tgok... cantik sungguh pemandangannya.. bila la pulak kita nak sampai ke sana nun...

    ReplyDelete
  11. Assalam kak,suke sgt tgk pic2 akak tuh..Alhamdulillah akak dah selamat blk ya..WOW dlm kapal tuh,restoran pon sempoi,tmn bunga pon cantik sgt..Eh akak teringat feri p/pinang ek,xpa kak,xlmbat dah nak blk kan..

    ReplyDelete
  12. salam nieza - seronok nya berjalan2..cantik pula tu gambar yg diambil...:)

    ReplyDelete
  13. assalam nieza..........
    terpegun jap tgok gambar2 yg cantik kat sana.....bile a nak sampai sana yerk....huhuhu

    ReplyDelete
  14. Ooooo..gi jalan2 yer..Nak itutttt..
    Cantik la nieza gmbr2 tu.. Wah puas nieza tgk dgn mata sendiri kan..
    Kristal tu pun cantik:))

    ReplyDelete
  15. ni yg tak sabar nak pergi nih..... murah tak kak crystal? macam murah kat prague ke???

    ReplyDelete
  16. ni yg tak sabar nih........ kak shopping best tak kat sana? otel yg murah ada tak?

    ReplyDelete
  17. patut ler senyap jer dapur dia...makan angin ke, bestnyer, cantik sgt tempat tu...gambar2 tu sume cantik2 nieza...bila la dpt ke sana, dpt tgk gambar pun jadi la

    ReplyDelete
  18. bestnya nieza
    pic2 semua cantik
    macam poskad
    tak puas tengok

    ReplyDelete
  19. banyak nye gambar kak. comey-comey plak tu. jeles lah. kalau la kat Cairo tempat comey macam ni gk. he he.

    ReplyDelete
  20. nape Malaysia tak cantik cam luar negara eekk...tak borong ke bohemia crystal tu nanti balik mesia leh juai kat kami semua..boleh pengsan nengok crystal cantik2 tu..

    ReplyDelete
  21. seronoknya dapat jejalan nieza... cantik plak tu tmptnya... gambar pun menarik...

    ReplyDelete
  22. bestnye..tempatnye nampak menarik sangat.

    ReplyDelete
  23. Cantik2 betul semua gambar yg Nieza ambil ni, akak suka semua gambar2 tu...kristal tu pun geram betul tengok, mesti mahal kan!! lepas ni ke mana agaknya destinasi seterusnya, akak tunggu ni... :)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers