4 Jul 2011

Nasi Lemak Hijau


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Kembali dengan n3 masak-masak pula. Bercerita pasal aktiviti berjalan tak abis-abis yer. Hari ni layan nasi lemak lah pula....sekali sekala terasa teringin nak makan nasi lemak. Kekadang ada juga buat tapi malas nak n3 jer menu ulang tayang ni....tapi yg kali ni buat nasi lemak hijau versi pandan rajinla nak share. Memang menarik....dan yang pastinya memang menambah selera dengan aroma pandan yang harum tu.Warna nasinya yang tak berapa terserlah hijaunya coz tak ada bubuh pewarna.


Oklah resepi saya copy drp dapur Kak Yatie dan kak Yatie pula ambil drp CMG. Tapi sambal dan bahan sampingannya tu saya ikut citarasa sendirila..ada sambal sotong dan sambal ikan bilis tempe....haha memang mabeles. Btw terima kasih pada semua yang telah berkongsi resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Source: Che Mat Gebu
Copy :  Kak Yatie
Bahan-Bahannya
*4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit, toskan
*4 cwn santan (1 biji kelapa parut)
*1 cawan air utk di kisar bersama 10 helai daun pandan >>di kisar halus dan tapiskan
*2 batang serai, dititik
*1 helai daun pandan, disimpul
*1 inci halia, diketuk
*3 ulas bawang putih, diketuk
*5 biji bawang merah kecil, dihiris halus
*1 batang kayu manis*
*1 kuntum bunga lawang*
*5 kuntum bunga cengkih*
*3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
*1 sudu kecil serbuk lada hitam
*Sedikit garam

Bahan Sampingan 
Sambal tumis sotong
Sambal ikan bilis tempe

Hirisan timun
kacang goreng
Telur goreng
*Apa2 lauk kegemaran masing2







Cara membuatnya 
  1. Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambah air secukupnya, ramas dan perah hingga mendapat 5 cawan santan (gunakan cawan yang sama untuk menyukat beras). Masukkan beras yang ditoskan tadi dalam rice cooker. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil hiris, bawang putih ketuk, halia titik dan serai titik tadi hingga harum. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg disimpul.
  3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam, biar mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yang telah diisi ke dalam rice cooker tadi. Tekan "ON" dan masak seperti biasa, bila nasi masak, balik2kan nasi menggunakan chopstick. Jangan terlebih dibalikkan, nanti nasi patah2.
  4. Boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan sebelum dihidang.. selamat mencuba!!

26 comments:

  1. dah balik rumah dah kawanku ini..siap hidang nasi lemak lagi..tkasih :))) *x bekelip tgk pics kat bwh..mmg mnawan kalbu! :)

    ReplyDelete
  2. SAlam kak! kita kan kak dah dekat stgh tahun atau lebih tak makan nasik lemak hihihi.. punyerlah lama! padal nak masak tu tak ssh mana tp malas nak buat sambal dia tuuu, keja nak blender jerrrr tgn kita ni pulak alah kalau pegang lada kering mesti gatal2 gituu :D

    ReplyDelete
  3. salam nieza - nasi lemak hijau..lauk nya tu mengiurkan...adeh sedap nya sotong kan

    ReplyDelete
  4. cheq jadik jakun 1st time tgk nasik lemak rona ijau....uwaaaa...leh try nanty mesti sedap bau pandan itew....tertiba jadik lapaq la ....hentak kaki

    ReplyDelete
  5. assalam nieza..kalau tak tengok resepi ni tak terfikir pun nak buat macam tu..biasanya masukkan daun pandan aje kan.

    ReplyDelete
  6. salam nieza..mokwo tak pernah jemu makan nasik lemak ..dok di perantauan pun nasi lemak jugak menjadi idaman...nice to see all d pic kat bawah tuh!!

    ReplyDelete
  7. seronoknya trip ke estonia..!!!

    wallaaa... mengancam betol nasi lemak hijau ni..

    ReplyDelete
  8. salam kak nieza..sedapnyre!~ lame x makan nasi lemak... yummy..sambal tu pun menggiurkan... hewhe

    ReplyDelete
  9. bes bes kan kak nieza hehehe

    ReplyDelete
  10. sy suka nasik lemak sambal sotong atau udang..janji seafood ah..tempe no way (jawa murtad hehe)..nasik lemak pandan ni sodap eh?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Nieza,

    sedapnya kak nur tengok nasilemak hijau tu...dh cantik tu warnanya...boleh mengundang selera nie...sotong tu buat kak nur mcm nk terkam aje....hehe.

    ReplyDelete
  12. nasi lemak finland ni sure sedap.. mkn dgn kacang salut tepung lagi tu

    ReplyDelete
  13. kak nieza.. byknyer rempah ratus dia.. mesti wangi je dapur time menumis.. apa yg bulat2 mcm mini nugget kepci tu?

    ReplyDelete
  14. akak..nak satu set nasi tu...
    sedappnya tengok..
    tetiba jerk jadi lapo tau....

    ReplyDelete
  15. amboi sapa umah terus bersilat kat dapur ya..bw2 berehat ya..mesti penat lagi tu..ns lemak 1set..nasi separuh ya hehehe

    ReplyDelete
  16. Kak Zai pun pernah buat nasi lemak hijau tapi buat sambal udang dan bilis.

    ReplyDelete
  17. nieza...caner nie...dah jadi sangat lapar bila tengok nampak nasi lemak tue...huhuhu..

    ReplyDelete
  18. Assalam Nieza,
    warna hijau daun pandan tu nampak natural,
    lauk-pauknya pun....adeeehhhhh... ngencessss kita dibuatnya!

    ReplyDelete
  19. Nasi lemak,
    memang nampak berlemak..
    Mesti sedap dimakan bersama suami :)

    ReplyDelete
  20. salam nieza, lama tak menjenguk ke Helenski ni...amboi sedapnya nasi lemak ijo dia, tang sambal tu nampak powerrr gitu...tahniah rajin memasak tak cam sya masak ikut mood. ni dah sebulan tak juga memasak, asyik bungkus lauk kedai je..

    ReplyDelete
  21. baru makan mlm tadi...tengok nasik lemak ni terasa lapar la pulak...mmg menyelerakan...hijau pulak tu...

    ReplyDelete
  22. salam nieza.. malam2 jengah sini tetiba nampak set nasi lemak ni.. lapar jadinya.. hihiihi

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Nieza

    sekarang ni jangan warna kuning

    Wassalam

    ReplyDelete
  24. Lamanya tak BW kat rumah Nieza...terus ada nasi lemak..hijau plak tu...terliur tengok

    ReplyDelete
  25. Ya Allah... cantiknya mata memandang nasi lemak tu nieza... sedap lg jika dapat merasanya kan... ;). tergoda akak tgknya tau... lapar nie... kalau ler dpt sepiring nie.. alangkah bertuahnya badan... hehehe

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers