6 Jul 2011

Roti Mayonis Marble Pink


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Bertemu kembali dengan tayangan roti lagi haha dah lama tak meroti sekali buat hari-hari lak yer. Ini sebab dah jatuh chenta sama roti mayonis semalam...memang sedap dan terbaik. So...projek semalam buat lagi yang versi roti tocang yang dimarblekan pula...saya cuma letakkan stroberi emulco dan pewarna merah dan ginilah hasilnya.Kali ni tak bubuh inti. Kalau nak tgk yang ada inti boleh tgk yang saya buat  disini.


Terima kasih lagi pada Kak Yani kerana berkongsi resepi roti yang best ni dan tak lupa juga pada semua yang telah berkongsi resepi...dah ramai dah yang buat antaranya Mas Duniaku, Anna QawinaK.AnymzHaniIzah Daut, dan yg last nampak kat dapur Zaliedana. Kalau ada yang saya terlepas pandang maaflah yer. Pada yang belum buat bolehlah mencuba buat memang tak rugi kalau nak mencuba. Hasilnya memang terbaik..:D


Resepi : Kak Yani
Bahan :
  • 300g tepung roti
  • 110g air
  • 50g water roux
  • 50g mayonis
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung

Cara membuatnya :
  1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON.
  2. Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
  3. Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik dan mas masukkan inti .
  4. Biar naik 2 kali ganda sebelum dibakar
  5. Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit


42 comments:

  1. cerianya...
    pink colour..

    petang2 layan tv ngan roti mayonis nieza.. peeh...
    mak mertua lalu pun tak perasan..
    hehehe..


    nieza.. ayu kat kedai nie kurang pelanggan.. dapatlah jalan2 ke blog kamu petang2

    ReplyDelete
  2. cerianyer roti akak....
    rajin meroti skrng ek...yummy

    ReplyDelete
  3. wahhh..cun laa pulak simpan kaler gini yer..iskh2..ni kalo budak2 nampak ni berebut laa nak makan gamaknya..hehe..kretif2,roti pun nampak gebu sungguh!

    ReplyDelete
  4. Assalam nieza, cantik n gebuss je roti tu, suka akk tgk kaler pink yg comel itu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Nieza cayang,
    sowwylah akak asyik lmbt singgah je....bila anak2 sklh mmng mcm nilah..busy sngt2..nak BW, balas komen pun tak sempat2...menariklah kaler roti ni..ceria jek..kalau kaler macam ni anak dara akak suka sngt....pink kaler....sweet gitewwww...

    ReplyDelete
  6. perghhhh! bila ah sy nk bersemangat waja masak-memasak cenggini...

    ReplyDelete
  7. salam nieza. meriah resepi roti sana sini, tergoda lak hihi.. cantik roti ada warna pink, mesti budak2 suka ni.

    ReplyDelete
  8. amboi duk pakat2 meroti depa ni smua. tensen nya.

    ReplyDelete
  9. As'salam nieza

    sukannya kak ct tengok roti tu, gebu jangan cakap lah. cunnya dengan fav kaler tu lagi, sejuk mata memandang..sukaaa :)

    ReplyDelete
  10. Tetap jatuh cinta ngan
    Roti Mayonis..hehehe

    ReplyDelete
  11. rajin betul nieza! kiter suka kaler ni..sweet sgt2 :)

    ReplyDelete
  12. Naperlah roti Nieza ni nampak sangat jelita eh? Tirguda ai tawww

    ReplyDelete
  13. Salam kak nieza! santekkkkkk!!!! nmpk tersgt gebusnyer roti akak niii suke tgk! kaler pinkyyyyy i likeeeee byk2 kali :D

    ReplyDelete
  14. assalam nieza,

    ptg2 ni besh gak kalo makan roti cicah kopi oo kan? hmmm...demam2 ni nk makan mcm2...hehehe

    ReplyDelete
  15. Nieza...rajinnya wat roti...kali ni marble pulak...kaler pink lagi...cantikkkkk....:)

    ReplyDelete
  16. salam Kak Nieza..

    cerianyaa roti akak..suka kaler pink hehee..

    ReplyDelete
  17. nmpk gebus sgt roti nieza ni,bleh la masuk list utk perasmian BM akak tu

    ReplyDelete
  18. as-salam kak
    warna yg sungguh menarik sekali...jarang roti berwarna sweet pink ni...roti tu npk lembut dan gebu..

    ReplyDelete
  19. salam nieza.. comei nya kaler pink.. jangan anak ita nampak dah.. dia suka sangat warna pink kalau nampak tentu suruh buat.. hihiihi cantik la nieza roti ni

    ReplyDelete
  20. nieza oh nieza.kenapalah jari2 mu bukan spt jari2 akak..

    ReplyDelete
  21. cantikknya roti mayonis tu......
    berseri2....
    mas pun suka roti ni...
    terbaikk la...

    ReplyDelete
  22. waaa...chantek nyer kaler..pink gitew... i like :)

    ReplyDelete
  23. huwaaa kita lambat sampai.. tayar kereta api pancit tadi.. roti mayonis ada lagi ka?..

    ReplyDelete
  24. wow! sudah jadik kaler2 pulak. chantek pink ngan puteh. pasni buat roti confirm nak letak mayonis gak la. hehe.. ;D

    ReplyDelete
  25. Niezaaaaaaaaaaaa....lawoooooonyaaaa..roti mu ituuuu...piiinnnkkk karrreerrr...hehehhehee...i liiikeee...tambah selera la nak celup dgn kopi O..akak dah bersila dah ni, bak mai kopi O secawan...letak serbuk kacip fatimah sekali eh...hahahhaa

    ReplyDelete
  26. cantiknya roti nieza..sayang nak makan.
    apa2 pun roti mayo memang sedap kan nieza..akak suka..

    ReplyDelete
  27. woowwwwwwwww pink!! nak seketul :)

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum nieza..
    wah cantiknya warna roti tu nieza.. pink gitu lg...

    ReplyDelete
  29. alahai lembutnya roti k.nieza niii..mai la cikit, byk pon xpa, da la kaler pink feberet lyn ni..huhu

    ReplyDelete
  30. pagi pagi lagi saya buka blog ni...ternampak roti pink mayonis..wah! telan air lior saya nengok...kalau dijamu time breakfast pagi2 ni sedap tuh...

    ReplyDelete
  31. wah color nya menarik..dpt makan lagi best

    ReplyDelete
  32. Close up roti ni rase mcm nk gigit je monitor.. hehehehe... keep it up ;)

    ReplyDelete
  33. ramai yg dah buat.. akak je yg tak buat2 lagi.. angin meroti belum mari lagi ni...

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum Nieza,
    Mak aiiiii....cunnya roti Nieza, nampak lembut sungguh, tergoda akak dibuatnya. Ramainya dah try, akak jer yang belum

    ReplyDelete
  35. Huhhh!!! Assalamualaikumwb tuan dapur....baru dpt masuk la nieza...sbb asyik mo haaaang je line kat sini....ewah3....cam nak beli BM je bile nengok loti nieza tau.....lembut gebus....

    ReplyDelete
  36. Cun warna pink roti Nieza tu...nampak lembut je rotinya. bilalah akak nak jatuh chenta sama roti...

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum, saya tengok blog roti ni dan terus fall in love, sguh menawan, bole saya tanya, step bila nak letak pewarna tu, sewaktu awal awal ke sekali dgn mayonis? Atau bila, tolong jawab ya

    ReplyDelete
  38. Anggunnya roti ni, step bila nak letak pewarna tu ya, bersama sama dengan mayonis ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su Riana, maaf ya sebab saya lewat reply sebab lama tak buka blog ni. btw, menjwb soalan Su tu pewarna diletakkan semasa kita siap menguli. masukkan sedikit pewarna kemudian diuli sebati utk jadikan doh tadi rata warnanya. harap membantu.

      Delete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers