8 Jul 2011

Puding Susu Pandan


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni cuaca kat Finland panas betul...dah rasa mcm dok kat Malaysia pula rasa panasnya. So....layan puding yang disejukkan dulu ni memang bestla. Puding ni memang sedap sangat dan tak jemu lak makannya...sampai tak sedar dah berapa ketul dah masuk mulut...:D

Resepi puding ni ambil kat dapur Kak Yatie yang menurut Kak Yatie asalnya daripa Gert. So...terima kasih pada kak Yatie dan Gert kerana berkongsi resepi puding yang best ni....izinkan saya berkongsi disini pula.


    Resepi asal: GERT
    Copy: Kak Yatie


    Bahan :
    • 600 ml air( saya tambah 100ml air)
    • 120 gram gula pasir
    • 8 gram serbuk agar agar(saya guna 10 gm serbuk agar-agar)
    • 3 helai daun pandan
    • 300 ml susu segar
    • 200 ml santan
    • beberapa titik esen pandan/ pewarna hijau

    Cara membuatnya :
    1. Satukan serbuk agar2, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
    2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2.
    3. Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen pandan dan pewarna hijau, selebihnya biarkan warna asal.
    4. Tuang adunan hijau/pandan kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer.
    5. Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding pandan tadi .
    6. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk2....
    **Sementara menunggu adunan pandan/hijau beku di dlm acuan, adunan putih/asal akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati...setelah adunan hijau beku,bolehlah tuang adunan putih/asal ke atas permukaan adunan hijau.



    38 comments:

    1. akak sampai dulu....
      nak seketuiiii...

      cunnya gambar nieza...
      nampak puding tu timbul dan menyelerakan...

      ReplyDelete
    2. puding cantik..mangkuk laaagi cantik..ni beli ms jln2 hr tu ye :))

      ReplyDelete
    3. Salam Nieza...tengok warna nya pun dah sejuk tekak..

      ReplyDelete
    4. ingatkan akak org 1st sampai..rupanya dah ramai tamu..masih ada lagi kan?nak2 4-5ketoi mesti bleh abess..sedap sgt nmpk tu..dah lama rcp ni masuk list tp tak terbuat pun lagi

      ReplyDelete
    5. Assalamualaikum Nieza,

      warna yg cantik,presentation yg menarik....kalau dpt seketui lagi syok!!! hehe

      ReplyDelete
    6. Salam selamat pg dari M'sia....di sini kejap panas dan kekadang petang mendung..tetarik dgn puding pandan susu ni prop yg sagat cun...pudding pun sunguh lazat...leh cubani ppt nnt.....rasa sikit

      ReplyDelete
    7. Selamat pagi nieza (errrrr kat sana pagi ke malam ni....) sedap je nampak puding tu... makan sejuk2 aaiiiiiiii nyaman aje..

      ReplyDelete
    8. Morning Kak Nieza.. lamanyer tak datang sini...mmmm sejuk tekak mkn puding sedapni time panas2 cuaca kat bangi ni teruk jek.. mmm menyelerakan.. nak join he he he

      ReplyDelete
    9. As'salam Nieza

      sekali pandang macam donat yang sangat cun kejadiannya. bila dua kali pandang lagi tambah sedap kalau masuk kat tekak kan nieza..hihi. fav kak ct ni puding2 , kalau kak ct bukan setakat 3 ketul, berketul2 pun kak ct boleh makan..hihihi

      ReplyDelete
    10. Salam pagi Jumaat Nieza....

      Wah! pagi ni sume makanan sejuk2 ...nyaman2....tadi singgah rumah CT dok ada agar2 lapis susu...singgah rumah nieza ada Puding susu pandan....WoW! cantik dan kemas je puding ni...tgk gambo je la dulu...sygnya nak makan...he he ...:)

      ReplyDelete
    11. apa kabar nieza nun jauh di sinun...adooiii yaiii mcm2 roti ada...puding pun ada...terlir liur akak nengoknya....

      ReplyDelete
    12. puding cantik, mangkuk cantik, mould pun cantik.. fuhhhh... ehhh jap satu lg.. puan pembuat puding pun cantik... semua cantik lah... geramnyer tengok mould cantik2 ni. nieza, order mould!! yg kiut miut ya.. hahhahahaha

      ReplyDelete
    13. canteknyer pudding akak...betul2 biler time panas2 gini makan pudding sejuk heaven sekali rite @____@

      ReplyDelete
    14. nak sebekas kak..
      nak nyamankan tekak ni....
      cantikk jerk nengok puding tu,....
      hijauu....

      ReplyDelete
    15. mcm terasa kenikmatan nieza masa menikmati puding itu..huhu

      ReplyDelete
    16. mcm terasa kenikmatan nieza masa menikmati puding itu..huhu

      ReplyDelete
    17. Assalamualaikum nieza..
      wah cantik n menariknya puding tu nieza... sedapnya

      ReplyDelete
    18. salam nieza..terliur tgk puding yg berkilat..mmg enak mkn bila dh disejukan dgn cuaca yg hangat..sejuk je masuk tekak

      ReplyDelete
    19. Assalamualaikum Nieza,
      betullah kalau kat oberC time musim panas, mmng panas betul..terasa mcm dah kat msia..masa tu tertunggu2 musim winter...apapun pengalaman semua tu....mmng sedap layan puding susu pandan ni..terasa nyaman je lalu kat tekak...uwaaa mmng best warna ijau ni...kalau Hamka nampak ni, mesti dia suruh akak buat...hehehe..

      ReplyDelete
    20. salam ziarah dik...
      sedapnyer puding tu... nyaman jer kan masuk kat tekak... tak sedar dh ngap berketoi2... heeee nk rasa sikit...

      ReplyDelete
    21. Kak Nieza,
      Sy tengah posa nie terus
      rasa nak cari puding utk
      berbuka nanti :)

      ReplyDelete
    22. sedapnyer nmpk puding tu. bintulu pun sgt laa panas ni.. nk gi tapau puding 2-3 bj wat buka puasa lah,,

      ReplyDelete
    23. neza.cantiknya..akak memang tak boleh tengok puding2 yang berwarna hijau ni berselera aje..

      ReplyDelete
    24. ala mesti dah abis kalu nak suh pos ke duisburg...hehehhe

      ReplyDelete
    25. Assalamualaikumwbh nieza dear.....aduyaiiiiiii tak tahan tgook puding yg nyaman di kala kepansan di ini fadang fasir....antiiiik dan cantik gambar puding ni nieza....:)

      ReplyDelete
    26. cantik nieza.. gambar pun terserlah suka tgk.. sedapnya kalau dapat seketul

      ReplyDelete
    27. Tengok jer dah tahu mesti enak nyaman masuk tekak sejuk-sejuk macam tuh. Ohhh ini kalu sedozen pun lum tentu cukup nih.

      Bila Sunyi, AA BERSIHkan Rumah...

      ReplyDelete
    28. cun sgt ler puding nieza ni, gambar pun cantik sgt......dh terasa kesedapannnyer

      ReplyDelete
    29. Nieza nanti singah rumah akak ambil Award ye!

      ReplyDelete
    30. Salam nieza..

      Waduh sedapnyee..nak2 time cuaca panas ni.huhu

      ReplyDelete
    31. Assalamualaikum Nieza...bukan setakat puding je yg cantik ni, peralatan pinggan & gelas tu pun bukan main lg, ni mst beli masa holiday kan! makin dipandang makin manis hijaunye...

      ReplyDelete
    32. ini kalau dpn sy nih mmg habis semua sy ngap dulu dah ni..x kisah malu dah..

      ReplyDelete
    33. Cantik puding Nieza....posingpun cun.kalau panas mmg sedap mkn puding...nyaman tekak.kat sinipun cuaca dah mulai panas.
      re;Maaf Nieza komen Nieza di entry majlis besday Syakirah entah camna hilang...komen org lainpun hilang tp akak dah sempat baca.lebih 10 buah rumah akak pergi tengok...rumah tu yg paling selesa...lapang sesuai dgn famili akak yg ramai ni.tu yg terus setuju.kalau kita setempat, mmg confirm Nieza org pertama akak jemput makan-makan.....

      ReplyDelete
    34. subhanallah..
      nampak menyelerakan puding pandan nieza,

      ayu tau nie resepi kak yatie,,
      dia ratu bab talam dan puding2..
      hehehe

      PS: 3 hari tak update blog, kemana tu nieza???

      ReplyDelete

    sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

    Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

    Bookmark and Share

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails

    My Blog Anniversary Day

    Daisypath Anniversary tickers

    Our Wedding Anniversary Day

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers