Assalammualaikum dan salam di hari Jumaat yang mulia dengan sambutan 1 Rejab hari ni....syukur alhamdulillah diatas kesempatan yang diberikan....semoga kita sama-sama dapat merebut peluang dan kelebihan di bulan Rejab ni. Alhamdulillah semalam saya dapat berpuasa sunat hari khamis dengan baik dan selamat berbuka puasa pada waktunya iaitu pada jam 10.35malam waktu Finland. Cabaran dan dugaan berpuasa selama lebih 20jam adalah satu pengalaman baru dalam hidup saya tapi berkat doa insyaAllah kita akan dirahmati Allah. Hari ni saya sambung dengan berpuasa di bulan Rejab pula...masih ada lagi 6 jam lagi menanti waktu untuk berbuka sempatlah memasak dulu nanti.
Sekarang nak tayang dessert dulula...Panacota kiwi ni buat semalam lagi selepas berbuka tu saya buatlah untuk dessert berbuka hari ni sebab nak kena simpan peti sejuk kan baru lah boleh dimakan. Saya buat 2 set untuk mr.hubby satu tapi mr.hubby pula tak suka makan kiwi ni....saya memang suka sangat buah kiwi so...pagi tadi sebelum subuh dah rasa dah sikit...memang sedap...masam-masam manis gitu rasanya. Bagi peminat-peminat kiwi bolehlah mencubanya..senang jer nak buat pun. Sebelum ni dok nampak Kak Nazrah dan Kak Nor dok tayang ingatkan susah nak buat tapi sekali dah cuba terasa nak buat lagi jer...:D Btw terima kasih yer pada kak Nazrah dan Kak Nor yang telah berkongsi resepi ni...izinkan saya berkongsi disini pula.
Resepi :Kak Nor @ Secubit Garam
Source: Kak Nazrah
Bahan-bahan
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih siket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
Buah Kiwi ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula
Cara-cara:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah dihidangkan.
Nieza... x tau dah berapa kali dah akak tergoda tgk panacota kiwi nie.. malam nie nmpk pula kat dapur nieza nie.. alahai! sedapnya.. nak segelas ada lg x nie nieza... hehehe
ReplyDeletesalam nieza.. wahh cantiknya kiwi panna cotta nieza ni.. kaler hijau tu cukup menawan! dgn buah kiwi lagi tu.. mmg syok kan layan sejuk2.. hb tak makan ek.. meh sini akak tulun perabiskan .. hehe
ReplyDeleteslmt berbuka ya..
macam bes aje kan..simple je..tp kiwi ni masam la..huhuhu
ReplyDeleteMesti dia ikut petua K.Nor..tu yg warna cantik..lain kali kita nak wat lagi...
ReplyDeleteSalam kak! wah wah wah... tak pe tak pe nanti nak buat jugak kita tgh sygkan gelatin kita niii hihihi.... selamat berbuka kak! sini dah 9.20mlm tgh layan csi :D
ReplyDeletehmm..sedapnya akak tumpang mkn kat sini la..na godek2 wat,anak2 xsuka buah kiwi plak..xbest kata depa sebab dok tergeget biji...
ReplyDeletesedap mkn sejuk2
cantiknya:)Cm memang suka sangat makan Buah kiwi tapi agak mahal la jugak..jusnya pun sedap:) masuk list ni.
ReplyDeletesalam nieza, cantiknya kiwi ni...nanti akak tunggu kiwi turun rege boleh beli dan buat...rase2nya boleh tukar buah strawberry kut..itupun tunggu murah juge..hehee..
ReplyDeleteMasam-masam manis??
ReplyDeleteTerus telan air liur..
P/s: Kak Nieza, Selamat Berbuka Puasa :)
Kat rumah akak ada stok kiwi... nanti boleh lah cuba...hehehe..
ReplyDeletekat sini lagi sedap rupanya... penat terbang dari jauh ni mujur dapat hilang dahaga dengan panacota kiwi ni huhuhu...
ReplyDeletesalam Nieza..
ReplyDeletetergodanyer tengok panacota tu...
aiii... kita terbalik lah pulak hb akak suka kiwi akak pulak tak berapa suka...
tapi akak suka panacota.. sedap kan lembut aje..
confirm nak wat... hehe, semu bahan2 senang dan ada dlm cupboard, lyn suka kiwi, yg paling suka bila da ranum, ada manis2 masam..hehe
ReplyDeletekiwi hijau ni kalau kena yg msm, msm sungguh...tapi kalau buat cam ni mesti sedap...panacota nieza mnggoda la..
ReplyDeleteunik..
ReplyDeleteassalam nieza..akak suka buah kiwi..tapi makan macam tu aje..belum pernah buat apa2 lagi
ReplyDeletekak rose ada banyak buah kiwi ni tp gelatin lak x de... adoyaiiii! sungguh terguda ngan panakota kiwi nieza nih...
ReplyDeleteselamat berpuasa n berbuka tuk nieza n hubby ya..
As'salam Nieza
ReplyDeletememang tergoda, minat juga pada kaler2 hijau ni. tambah menarik disusun pula buah kiwi tu. memang suka makan. cuma anak2 ni yang masam2 ni kurang sikit. sesuailah pada pengemar dessert kan.
as-salam kak
ReplyDeletewahh sedapnyer dessert macam ni..makan sejuk2 lagi sedap..
hi nieza, sama hubby kite tak suka kiwi. hihi.. kalau beli tu mmg selalu buat jus je la campur yogurt atau fresh milk. buat camni pun menarik gak kan. nnti nak cuba la. :D
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza,
ReplyDeleteAsyiknyaaaa mendengar lagu yg didendangkan, akan bertambah lagi keasyikkannya kalau dapat yang dalam gelas ni....
assalamualaikum nieza,
ReplyDeleteada lagi ke saki baki dessert tu... aduiii...ngences nie...
Assalamualaikum nieza,
ReplyDeletelama x jenguk sini. sejak dua menjak ni x tau la nape mood nk berblog dah 'ke laut', hehehehe... terima kasih la nieza masih ingat dan sudi bertanya kabar... :)
sedap betul nampak panacota kiwi ni. cam dh terasa kt tekak jer ni, hehehe. saya pun suka jgk buah kiwi. kt sini lg la melambak2. klu kt sini, kiwi tu merujuk kpd org nz la. :)
cantik gambar2 pemandangan kt bawah tu. sungguh mendamaikan. :)
p/s: eh..eh..panjang lak komen ni dh mcm karangan pn ada...hihihi
sungguh cantik....rasa macam nak makan skrg juga :)
ReplyDeletesedapnyer panacotta panas2 ni.....kak anda di tag...hehehe
ReplyDeleteblog sy annyssza.blogspot.com
ReplyDeletesalam my laling...lamanya x melanguk kat dapur akak...rinduuuuuuuuuuu sungguh...masuk2,nampak pulak buah kiwi..adoyaiii meleleh liur..kat sini blh thn gak mahalnye kan...sedapnye kak panacota niiiii..len x buat post sini sikit ye...
ReplyDeleteOhhh puri kiwi tu ingatkan kena blend buah kiwi. Boleh juga kot, kalu nak blend buah kiwi, kan?
ReplyDeleteNanti nak try, coz I like kiwi.
Kerja Hari Minggu, Mujur Ada yang Sudi Menunggu...
Sedapnya nieza. Kalau makan masa cuaca panas mesti best...
ReplyDeletewallaaa.... gerenti sedap ni... tqs for sharing nieza...
ReplyDeleteSalam Nieza...
ReplyDeletehehehe baru sempat nak BW nih..Kak Hawa blm pernah mencuba buat panacota lagi..tapi kalau buah kiwi nih mmg antu :P
Cantik warna hijau tuh..my fav :)
Buat pakai badan cam ni tukar dgn strawberry pun ok kan nieza?
ReplyDelete