1 Jun 2011

Mutton Ribs Masak Kandar


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah dah masuk bulan Jun 2011 dah kita sekarang ni yer. Dah setgh tahun dah masa berjalan...semakin cepat rasanya masa berjalan sekarang ni..sedar tak sedar pun dah hampir dekat 2 thn dah CTG saya ni ...lagi sebulan tamatlah tempohnya tapi apa keputusannya nanti kena tungguuuuu. Actually dah terasa rindu nak balik bekerja juga ni...walaupun kekadang tu dah terasa seronok menjadi suri rumah sepenuh masa ni tapi dah suami bertugas kat sini terpaksalah lupakan sekejap. Biasalah kan bila dah bekerja tu nanti rindu pula nak bercuti..gitulah kan.

Oklah ceter pasal n3 hari ni dah banyak kali dah saya masak lauk style mamak nasi kandar ni.....kejap ayam,kejap lembu, kejap kambing haha gitu la dok pusing-pusing...kali ni saya masak tulang rusuk kambing. Memang tak pernah jemu masakan style mamak ni...maklumlah Penang mali punya olang ni...sib baik kahwin pun ngan org Penang juga memang mempunyai citarasa yg sama...:D 

Resepi masak hitam kandar ni asalnya daripada MIL...menurut MIL masakan hitam mcm kat nasi kandaq tu la....tapi dah diubahsuaikan mengikut citarasa saya juga ni. Memang sedap kalau MIL masak lauk ni pekena lak ngan roti benggali memang mabeles....makan sampai tak nampak MIL lalu belakang lagi dah...:D


Source: Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan
1/2 kg tulang rusuk kambing
15 biji cili kering dimesin atau boleh juga gunakan serbuk cili
2 labu bawang merah besar dimesin
1 labu bawang merah besar dipotong halus
3 ulas bawang putih dimesin
1 inci halia dimesin
1 s/kjintan manis dimesin
1 s/k jintan putih dimesin
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
1 s/k gula merah
2 s/b kerisik
3 keping asam keping 
3 s/b rempah kari daging
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
2 s/b sos tiram
2 s/b plain yogurt
2 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji buah tomato dipotong 4
1 kiub daging
garam secukup rasa
Minyak masak..saya campurkan dengan  mentega sikit


Cara-cara masak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan semua bahan yang dimesin tadi.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak dan pecah minyak.
2. Masukkan daging kambing  dan biarkan sehingga daging empuk. Jika kuah kering tambahkan air.
3. Bila sudah lembut masukkan ubi kentang dan masak lagi sehingga ubi lembut dan masukkan kicap, kerisik, sos tiram,sos tomato,sos cili dan plain yogurt.
4. Masukkan lebihan bawang yg diblender dan hirisan bawang besar tadi untuk pekatkan kuah....dan masakkan sehingga pekat dan naik minyak.Masukkan kiub daging dan  perisakan garamnya.
6. Masukkan buat tomato yg dipotong tadi dan tutupkan api...siap dihidang.



37 comments:

  1. adeh ayu part kambing memang angkat bendera putih la...sebab x makan la akak...if makan mesti sakit kepala..tapi yg nie nampak sedap sangat :))

    ReplyDelete
  2. Kak nieza,mmg nmpak sedap sgt.Hubby mmg suke sgt nagn kambing,sy kureng cikit,nape tah..Nmpak pong mmg sedap nih,da yogurt mmg smpoi..Masakan mamak mmg letak tairu/yogurt kan..

    ReplyDelete
  3. perhhh...sedappnya tengok....
    menitik air liur tau...
    nak semangkuk kak..
    mas suka kambing masak gini...
    selalunya kalau mas makan kedai mamak..mesti ambik lauk kambing...
    terbaikk...

    ReplyDelete
  4. Assalam nieza,
    lauk kandar ni memang sedap, terasa kemamakan nya kan..wah tak lama lagi nak balik ke msia ke nieza?..
    mungkin seronok ada sedih pun ada perasaan tu kan Apa2pun semuga semua dipermudahkan lah ya..

    ReplyDelete
  5. nampak sedap si hitam manis tuh...tak pernah msk kambing.. nti bolehlah cuba resepi ni...^^

    ReplyDelete
  6. Salam Nieza...Wahhhh..nampak sedapnya..agak-agak kalo kambing tu ganti ngan daging lembu Ok tak...?

    Oppssss..dah abis ke CTGnya...agak-agak samb lagi ke or pulang ke tanah air..Apa-apa pun semoga Nieza membuat keputusan yang terbaik...

    ReplyDelete
  7. tu diaaa.. bila tengokkan bebahannya tu memang kompom sedap. nak try jugak la.. cicah roti sedap ye.. makan nasinkosong pun sedap kan

    ReplyDelete
  8. akak nak buat ganti daging lembu la...hehehe...kambing ada je neh...tapi nak try buat guna beef dulu... mekaseh share resepi ye nieza...

    neh lebih kurang mcm masak hitam mak akak buat...tapi akak tak ada speseifik resepi...kena try neh

    ReplyDelete
  9. tadi.. dengar tajuk dah tau sedap belum tenguk gambar lagi tu.. balik nanti hidangkan akak yang ni yee,, nak jemgok dapo nieza jauh sangat la ni..hihihi

    ReplyDelete
  10. teringin nak buat...sebab akak suka makan nasi kandar. Bahan2nya banyak juga ye nieza :)

    ReplyDelete
  11. mak aiiii...mana dapat kamben tu Nieza? huhu..sedapnya nampak...

    ReplyDelete
  12. oh my!! akak suka sgt ngan mutton..nampak gamabr ni buat terlkiur liur je nih..hai jenuh dok lap air liur kat laptop nih :D

    ReplyDelete
  13. byknye bahan2 dia nieza... apapun kak dah print nie terliur tengokk hehe

    ReplyDelete
  14. NIEZAAAAAAAA!....

    sungguh tergoda nihh. Pandai NIEZA masak. Terimakasih kongsi resepi. Nasi Kandar Penang, memang marbeles!

    ReplyDelete
  15. hoooohhooooooo... tak tahan tengok ni.. makan dgn nasi sedap, cicah roti kosong sedap.. dgn roti prata pon sedap.. dgn biskut krakers pon sedap..

    ReplyDelete
  16. Kak Nieza,
    Telan air liur sy..
    Untunglah sang suami
    hari2 makan best2 :)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum nieza...
    yer kan nieza.. kejap jer masa berlalu kan.. sehari berlalu tak terasa jer kan... sthn kejap jer berlalu skg nie kan nieza...
    wah nieza... akak tergoda dah nie nieza... sedaaapnya ... terliur tgknya tau.. :)

    ReplyDelete
  18. assalam nieza.
    buat la keputusan yang terbaik dalam karier dan rumah tangga.
    nieza..banayk betul bahannya untuk masakan ni ye..akak nak simpan dulu ye..insyaallah nak cuba jugak nanti..

    ReplyDelete
  19. nieza, akak dtg bawak mangkuk ni.. akak self service ya.. semangkuk jer, tak banyak hehe

    ReplyDelete
  20. ayo yo...banyak sedap la itu kari kandar..kasi bungkus 1 aaa !!!

    ReplyDelete
  21. Salam Nieza...
    huwaaaa...hitam pekat warna daging msk kandar nih..sedap nyer nampak!!! Blm pernah lagi mencuba... print resipi dulu ah :)

    ReplyDelete
  22. wah,,,,,,,,, nyami.. menyelerakan,,

    nieza,, ayu tak boleh makan daging apa2 daging kecuali daging ayam... kalau ganti aya, hope menjadilah ya

    ReplyDelete
  23. sedapnya..sekali pandang cam dgg masak itam...

    ReplyDelete
  24. sedapppnya k.nieza, lama rs xblogwalking, public holiday kat sini, lyn pun bz kat umah bla hubby ada, keja msk dapur memasak2.. hehehe, lma da duk cari resepi daging hitam kandaq cam ni, cop dulu nnti nak try, mmg nampak real2 cam kat kedai nasi kandaq tu,, huhu rindu nak p penang pekena nasi kandaq.. iskkk

    ReplyDelete
  25. as-salam kak
    ady tengok jerk dah terliur ni..kalau daging kambing ni favourite ady..

    ReplyDelete
  26. salam Nieza..nampak kambing kandaq tu membuatkan Cm kelaparan pula..dapat nasi dgn lauk yg begini memang makan tak ingat dunia hehe.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum Nieza...
    Memalam baru boleh singgah umah nieza nie... masuk jew.. dapur nieza.. waduuhh.. ada kambing masak kandaq... masakan nie mmg fav suami dan anak2 akak... tengok gambo jew pon udah terliur nie...

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum Nieza... Apa Khabar? Wah! Tergoda tgk masak tu...gambarnya pun cantik terang gitu...

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum Nieza,
    menyelerakan sungguh lauk Nieza ni..suami akak mmng suka sangat mutton ribs ni....laporlah...

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum Nieza...mak aiiii, ni mmg betul2 pure punya masakan kandar ehhh! Akak mesti nak cuba la resepi MIL Nieza ni..nampak sgt2 lazat tu..akak mmg sgt2 suka mutton, lebih sedap dr lembu kan!!!

    ReplyDelete
  31. sungguh menyelerakan daging yg niezza msk ni...nanti bila2 boleh try juga

    ReplyDelete
  32. Salam kak! kita ni teringin nak makan mutton tp ntah lah tak leh nak makan nak kena akak yg masakkan baru leh makan :D

    ReplyDelete
  33. As'salam Nieza

    ni dah kira bahaya ni, makan tak ingat MIL..hehehe. apa pun lauk ni memang sedap nampaknya. pekat hitam memang berselera bila melihatnya. tambah sedap kalau nieza bagi kak ct merasa. lauk2 macam ni memang fav my Hb ni nieza. boleh lah mencuba jika ada stok daging..insyaAllah nak cuba nanti. mintak halal ya nieza :D

    ReplyDelete
  34. KH suka kambing..sedapnyeee!nak cikit..hehe

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers