20 Apr 2011

Triple Chocolate Caramel Cake


Assalammualaikum dan salam sejahtera...actually ni n3 tertunggak ni...kek ni buat masa hari sabtu hari tu saja buat utk makan-makan... dah busy-busy tu tak sempat nk n3.Tapi kalau tgk tajuknya dah terkeluar tajuk dah ni kira dah versi derhaka dr segi decoration. chocolate kena gantikan dgn stroberi ni...tapi masih mengekalkan bahan lain mengikut resepi. Lain rupa tapi sama rasa..:D

Kek yang saya buat ni simple jer dan saya tak buat pagar mcm kak Hana tu pun...memula ingat nk cuba buat juga tetiba terasa malas pula so...main belasah jer buat cara saya ni. Just susun coklat kat tepi tu jer...kerja org malas sebenarnya ni..hehe 

Ok resepi kek ni saya ambil drp dapur kak Hana dan menurut kak Hana dia cnp dari dapur kak Yat@easybake dan sumber asal resepi ni pula drp kak Rima @ bisousatoi. semua sifu buat kek ni..memang hebat2 belaka kalau tgk kek yang mereka telah buat. Btw terima kasih pada semua yang telah  berkongsi resepi kek yang sedap ni..izinkan saya berkongsi disini pula.



resepi asal : rima@bisousatoi

source :  yat@easybake
Cnp & terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
 (1/2 recipe - 18cm)
  • 5 biji telur
  • 75g gula
  • 1/2 tbsp ovelete
  • 70g tepung gandum
  • 30g g serbuk koko
  • 40g cooking dark choc @ chocolate masakan - cincang
  • 50g marjerin@butter - cairkan

Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170C
  • Cairkan butter dan masukkan coklat masakan dan kacau. sejukkan.
  • Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu
  • Masukkan skali ovelet.
  • Masukkan pula tepung, serbuk koko yang telah di ayak. dan kacau sebati menggunakan whisk.
  • Akhir sekali masukkan campuran butter+choc dan kacau sebati lagi.
  • Tuang ke dalam loyang (18cm) dan bakar 30min atau sehingga masak (hana bakar 45min). Sebelum keluarkan oven, cucuk kek untuk pastikan kek dah masak. Jika bersih tandanya dah masak.
  • Sejukkan kek. Sementara tunggu kek sejuk, boleh buat filling, syrup dan juga ganache.
    Chocolate Ganache
    Bahan-bahan 
    • 250ml Fresh Cream/ double cream/ whipping cream
    • 250g dark chocolate
    • 30g butter
    • - hana campur sedikit susu pekat supaya ganache tak terlalu pahit
    Cara-cara
    • Cincang chocolate masakan dan masukkan ke dalam mangkuk.
    • Panaskan cream sekejap di atas api. Tak perlu sampai mendidih. Alihkan dari api dan tuang cream ke dalam mangkuk chocolate. Kacau sebati seminit dan masukkan pula butter. Kacau sebati hingga smooth.
    • Tutup dengan plastik wrap dan biarkan sejuk sekurang2nya 3 jam. 
    • Nak cepat masukkan ke dalam peti ais.
    • Keluarkan dan kacau sebentar kemudian sapukan ganache ke atas kek.

    Caramel Syrup
    Bahan-bahan
    • 50g gula
    • 25ml air (1)
    • 50ml air (2)
    Cara-cara
    • Panaskan guna dengan air (1) sehingga gula menjadi caramel. Masukkan air (2) dan kacau hingga karamel cair. Matikan api dan sejukkan.
    Cara Penyediaan Kek
    • Belah tengah kek kepada dua bahagian. Gunakan pisau pemotong roti.
    • Sapu lapisan pertama dengan syrup caramel.Kemudian sapu pula dengan ganache lebih kurang 1cm tebal.Letak bahagian/lapisan kek kedua di atasnya.Sapukan ganache dan hiaskan ikut suka.
    • Tutorial deco cake disini

    32 comments:

    1. eeee..sedapnya kek coklat...strawbery tu plak..merahnya..mengancam u...

      ReplyDelete
    2. arghhh!! ini gila.. nak !! T_________T

      ReplyDelete
    3. pandai kak nieza hias kek. nadiah tak brp reti sgt bab2 menghias kek ni. tak kreatif..huhu..

      ReplyDelete
    4. Kak Naz:
      ya..coklat dan stroberi tu sama-sama sedap..hehe

      Cik Bulat:
      dah abis ler yang...:)

      Nadiah:
      hias simple2 jer bolehlah ..tu buat mkn sendiri jer nadiah..:)

      ReplyDelete
    5. nieza...cantik la deco.tengok strawberi tu jadi geram la sangat..

      ReplyDelete
    6. cantiknya...strawberry pun merah menyala dan fresh :)

      ReplyDelete
    7. aduh kakkkkkk! mengancam betulllll!! tang stoberi yg tak tahan tuuuuu... hehe

      ReplyDelete
    8. Assalamualaikum...
      Mak ai cam situ simple2. Kalau nieza buat betul2 pergghhh tak dapat nak bayangkan. Kalau akak buat deco mau menjerit kek tu terseksa

      ReplyDelete
    9. Salam Nieza, morning from Ktn..hehehe...waaah pepagi tgk TCC nih..buat akak mereng kejap...terliur habis tgk deco Nieza dgn stoberi sebutir2..adeeiii...kejam tau x hantar sini...ketuk2 la pintu akak lenkali..hehehhehe, muaaahh, take care Nieza..

      ReplyDelete
    10. wallaaaaa... sungguh menggoda... lapar la pulak.... mesti sedap ni... oso saya ni hantu cokelat..

      ReplyDelete
    11. masyAllah cantik sgt kek tu,yummy2

      nak sikit,hihi

      ReplyDelete
    12. sedap ye kek ni? tk sempat merasa itu hari masa akak buat utk hasya's b'day tp lagi jauh terpesong coz tkde choc coating sbb akak ganti ngan buttercream jek hahaha

      ReplyDelete
    13. Kak nieza,
      dah macam kek hantaran..cantiknya..mesti sedap.. =)

      ReplyDelete
    14. Salam Nieza...
      Aduhhhh.!!!..tak tahan betul la bila tengok buah stroberi dan coklat tu..Nieza...akak ni pantang....pantangggg tengok...mesti nak makan...he..he..sedapnyer Nieza....

      ReplyDelete
    15. Assalam nieza...emmm ni mmg sah2 sedap ni, cantik pulak tu. terasa masam2 manis stoberi n manis coklat lg la best rasa kek tu

      ReplyDelete
    16. wah..cantiknya kek....
      compom sedapppppp tu...

      ReplyDelete
    17. aduh sedapnyer.. tiba2 rasa lemak2 dlm badan ni bakal berjoget riang je.. huhu... (ni jangkit kak izah laa nih.. kui kui..)

      ReplyDelete
    18. salam nieza - mmg betul kata kawan2 kat atas nun nieza pandai hias cake cantik dan nampak sgt sedap..

      ReplyDelete
    19. Kak nieza,masyaAllah,terkesima jab,cantik n mmg nmpak sedap..Mmg terliur yg amat bila nengok ..

      ReplyDelete
    20. Nieza..sedapnya nya..gabungan coklat dan strawberry menggoda sunguh..
      nak la sikit nieza..

      ReplyDelete
    21. fuuiiiyo nieza...penuh dgn coklat tuuu
      bagi lah rasa..eh!resepi cam simple je tu kan..boleh sgt2 lah nak buat nieza kan?..

      ReplyDelete
    22. Salam Nieza..Amboiiiii merahnyaaaaaa..berpinau anak tekak ni haaaaaa

      ReplyDelete
    23. owh NOOOOOOOOO
      why semua owg bikin cake ni...dah la kiter tgh mendietkan diri...biler tgk gelora nafsu makan naik tertiba...:-p

      ReplyDelete
    24. salam nieza..cantiknya cake..sayang rasa nak makan...hehehe

      ReplyDelete
    25. Salam Nieza...

      Cantik...menarik kek ni...kechur lak kak cek tgk tang strawberry n coklatnya tu....

      ReplyDelete
    26. TAK TAHANNYA TENGOK COKLAT DGN STRAWBERRY....

      ReplyDelete
    27. Assalamualaikum Nieza...deko mcm ni mmg selalunya buat org terliur, sbb stwberi tu mmg ngam sgt digandingkan dgn coklat. tengok resepi dia pun sedap semcm je..teringinnya :)

      ReplyDelete
    28. Assalam nieza,
      kek ni sedap kan ..akak pun dah buat last year untuk my eldest son..
      cantik deco nieza tu..strawberrynya & coklatnya woooo..cannot tahan leh..hehe

      ReplyDelete
    29. meriahnya akk tgok acara mkn2 kt bwh tu.. mknannya semuanya sedap2.. boleh ngences klau tenung lama2... triffe nieza ni pun sgt mengoda.. mewah strwberynya....

      ReplyDelete
    30. huhuhu besnye kek..rasa mau terbang ke finland skarang jugak..:D

      ReplyDelete
    31. naik pitam aku tengok..sungguh mebeles..tuh stoberi tu bape tan ko beli? pos cni skt weh..nak gak bertoppingkan stoberi tu haaa...hihi

      ReplyDelete
    32. ya allah... tsedapppnya kombinasi starwberry & coklat tu..menarik sungguh! mmg kreatif k.nieza ni:D

      ReplyDelete

    sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

    Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

    Bookmark and Share

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails

    My Blog Anniversary Day

    Daisypath Anniversary tickers

    Our Wedding Anniversary Day

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers