26 Apr 2011

Tetamu dari Dubai...

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...sekali lagi dengan weekend yg mem'busy'kan saya...tak sempat nak bersiaran dan bw pun lagi...bila dah kepenatan malas pula nk ngadap lappy ni....sempat intai-intai sekejap jer blog pun. Terima kasih pada semua pengunjung yg sudi singgah ke sini. Tuan rumah busy ada tetamu dari Dubai minggu ni. So...aktiviti msk-msk untuk tetamu dan melayan tetamu sajalah.

Tetamu yang datang tu adalah sahabat lama saya yang menetap di Dubai sekarang ni...sahabat saya semasa di bangku sekolah rendah lagi. Kedatangan dia bersama suami dan  anak comelnya amatlah mengembirakan saya setelah hampir 11 tahun lebih kami terpisah akhirnya di Finland kami ditemukan. Syukur diatas kesempatan yang diberikan.


Selepas tamat darjah 6 familynya berpindah ke Kuala Lumpur so...lama juga kami terputus hubungan sampaila satu ketika kami berjumpa kembali setelah masing-masing dah tamat sekolah menengah kebetulan berjumpa di satu majlis open house ADUN di tempat saya. dari situlah kami dapat contact blk melalui email...masa tu kawan saya ni dah pun bekerja di Dubai. sejak dari situ kami hanya dapat berhubung melalui phone dan email jer itu pun tak selalu coz masa tu saya pun busy dgn study dan dia pula bekerja sbg 'stewardess' ketika tu busy terbang sana sini sampai saya pun tak pasti dia ada dimana sehinggalah kami dapat contact blk melalui fb dan sampaila semalam dia datang ke rumah saya. Sungguh terharu bila dapat msg 2-3 hari lepas yg memaklumkan bahawa dia dah berada di Finland.


hidangan mkn mlm yang simple....pada masa ni dah  jam 7 mlm tapi masih cerah lagi


Actually kawan saya ni berkahwin dgn org Finland ni dan dia blk bercuti ke rumah MIL dia di Lahti yg jaraknya lbh kurang 100km drp bandar Helsinki. Dah lama juga dia tak blk ke sini...so..bila dah blk tu adalah peluang untuk berjumpa dgn saya. Menu ringkas sajalah saya hidangkan buat mereka. Kawan saya ni suka mkn laksa Penang tu sebablah saya masak special untuknya dan nasi ayam hainan untuk suaminya sebab dia pernah ckp dulu suaminya tak suka mkn laksa..tapi bila saya suruh dia cuba rasa semalam dia ckp sedap sampai bertambah 2 mangkuk pula...tak taula sama ada laksa saya buat yg sedap atau dia yg lapar kan...:D



laksa dan nasi ayam hainan...menu ulang tayang jer ni..resepi boleh semak pada label yg berkenaan

Tak sangka juga kami sama-sama membulat dan semakin kembang sekarang ni....hehe maklumla sama-sama tak bekerja.teringat masa zaman sekolah dulu kecik jer..tapi tu la kan zaman dah berubah...rindu pulak zaman sekolah dolu-dolu tu..

anak kacukan yg comel ni bernama Ayden Mikael...baru berusia 7 bln..

husband yg baru berkenalan tapi sembang mcm dh kenal lama....cepat pula mesra.

Sekadar coretan untuk kenangan bersama....semoga kita dapat berjumpa dan berborak lagi....Jika ada umur panjang dapatlah kita berjumpa lagi nanti...InsyaAllah..

7 comments:

  1. Assalamualaikum Nieza,

    Wah sedap2 hidangan Nieza ni...kak Nur tengok nasi ayam Hainan tu dh terguder tergulik2 nie....hehe..wah untung tetamu nieza tu dihidangkan makanan yg lazat begitu.

    Mee bandung pulak nampak menyelerakan dgn kuahnya yg pekat melekat ditekak....hahah...akak nak semangkuk ya..hehe.

    ReplyDelete
  2. akak..seronok kan jumpa kawan2 lama...
    mesti panjang bersembang tu..he..he..
    baby Ayden Mikael tu....sangat comeiii......
    mudah2an akak pun cepat2 dapat baby....
    adik ipar mas pun tak lekat2 lagi...
    sama2 la kita berdoa yerk kak...

    ReplyDelete
  3. Mesti seronokkan..jumpa kawan lama...

    ReplyDelete
  4. ramai juga yang bertemu jodoh dgn org finland rupanya kan nieza.

    melihat menu2 nieza..tak rasa mcm nieza berada jauh diperantauan...macam di Malaysia je.

    ReplyDelete
  5. seronoknya nieza dapat bertemu kawan lama.
    memang comel pun anak kacukan tu..geram tengok..

    ReplyDelete
  6. Nieza...
    dapat jumpa kawan lama memang menyeronokkan...dapat jamu depa makan..dan keseronokan itu bertambah bila tengok depa makan dgn. selera...betui dak?..akak pun macam Nieza...suak kawan2 datang rumah..dan jamu depa makan...sedap nampak laksa tu...pehhh

    ReplyDelete
  7. Eh Eh..Aydin Mikael...? comel nye bam bam sangat dia... :)

    Zaman sekolah dgn zaman sekarang banyak sangat yg berubah kan Nieza. Saya pun dah ramai lost contact dgn kawan2 sekolah dulu.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers