22 Apr 2011

Bun Lembut Osaka


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua....lambat pula bersiaran hari ni. Actually hari ni cuti public holiday kat Finland ni so...mr.hubby pun cuti ler sampai hari isnin cuti lagi...campur weekend 4 hari ler cutinya...kalau dekat boleh blk kg kan....hehe tapi dh jauh cuti pun melepak kat umah jer lah kalau keluar pun jalan dekat-dekat sini jer ...bila dah mr.hubby ada kat umah tak dapatla  nak ngadap lappy jer kan.Tapi biasanya kalau mr.hubby cuti dia yg akan masak....kasi saya cuti msk pula..:D

Ok nak ceter pasal roti lembut gebus ni pula. Resepi ni saya intai drp dapur Ros @ Jintanmanis yg sekarang sudah berada di Malaysia. Terima kasih ya Ros kerana berkongsi resepi dan yang terbaru berkongsi ebooks resepi dan tips meroti....Hanya Allah saja yg dapat membalas budi baik Ros...btw izinkan saya berkongsi resepi disini pula.

Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
300gram tepung roti
80gram tepung gandum
2sudu besar water roux
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
160 ml air suam
* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu
resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami
thankyou Mama
25 gram tepung gandum
125 ml air
cara-cara untuk membuat water roux 
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)


Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.

42 comments:

  1. As salam... sedapnya makanan kat sini... saya dah follow... :)

    ReplyDelete
  2. Kak,
    makan roti nie ngan kopi panas
    mesti best.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam Nieza...

    wow! dah rupa roti kat bakery ni...nak makan roti tak yah beli lagi....buat je sendiri...kak cek nak seketul....ada lagi ke ...

    ReplyDelete
  4. salam nieza - lina pun ada ambil recipe drp jintanmanis...tp tak cuba lagi..nampak roti nieza menarik tambah2 guna water roux sgt teruja :)

    ReplyDelete
  5. kakkkk...saya juga buat bun yg sama...mcm berjanji lak...muahhh

    ReplyDelete
  6. Cuti hari ini tak jalan2 ker Nieza...setiap kali nampak roti i memang jeles giler..sebab tak pernah buat yang segebu begini ( bukan aper tak der masa nak tunggu gebu)

    ReplyDelete
  7. gebunyaaaa....nak jugak hihi

    ReplyDelete
  8. wahhhhhh...kak nieza...memang nampak sangat lembut dan gebu la itu roti....
    sedappkan bun ni...
    mas pun suka...nak 10 ketoi...wat cicah ngan milo...

    ReplyDelete
  9. YA ALLAH mengebusnya Nieza...

    seronok tengok..

    ReplyDelete
  10. mmg nmpk gebuss sangat dan lembut bun mu ini,meh kite tuko ngan puding cekelt nak??

    ReplyDelete
  11. wah
    gebus..mcm kat rumah hani tadi jugak..
    geram tengok

    ReplyDelete
  12. akak.kat sini hujan.kalo cicah roti ngan kopi musim hujan ni mmg best sgt2 ni..heheh

    www.cikladablog.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Nieza : alo2 adik kak Nor..bun lah pulak hari ni..share bleh..nak cicah sikit ngan kopi panas...

    ReplyDelete
  14. kak nieza,akak kalo bab meroti mmg sempoi lah,cung n nmpk gebus gile..Bestnya depa kalo hubby cti,hubby yg masak,hbsy pandai wat megi jerkak..Skli pong xpernah msk,tapiii kalo bab vakum n cuci sidai baju mmg rajin ya ampon..

    ReplyDelete
  15. sedapppnye k.nieza, mmg dok mencari roti manis cam ni, ble try.. hehe klu la dekat da lama da balik kampung.. huhu

    ReplyDelete
  16. adik cyg.. ku kirim kan jet pejuang yg laju ni utkmu pulang ke kg laman..sedihnya kak baca.. sabaq noo smpai masa balik nanti..
    wah pandainya cek adik kak lagi sorg masak2? kalah bini dia paaa? haha.. abg kamu ni langsung tk tau goreng ikan huhuuu... apapun nak minta sikit roti yg cungg menlecungg tuu

    ReplyDelete
  17. bestnyer roti kak nieza...meh seketul..hihi

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Nieza,
    uwaaa seronok sesekali cuti masak..pastu goyang2 kaki je sbb ada orng tukang sediakan menu kat meja....abng tersayang plk tu..bestkan....ghajennya meroti adik akak ni...gebusss pulak tu...geram je tngk...

    ReplyDelete
  19. nieza..memang nampak gebu betul roti ni..memang nieza pandai meroti la..semua nampak menjadi dan gebu

    ReplyDelete
  20. nieza jauhnya perjalanan bun ni dr osaka ke finland ,mmg nampak gebus ler nieza

    ReplyDelete
  21. geramnya tgk roti bun ni..nmpk lembut sguh. sdp di mkn dlm pntg ni cecah air milo ni! hihi..

    ReplyDelete
  22. A'salam Nieza cyanggg :D

    Gebu n montok2 roti ni. Kalau buat time cuaca panas sekejap jer naik adunan roti tu kan. K.ct pun suka buat roti resipi dari Ros. Tapi lama sudah tak meroti ni.. BM tu pun dok betapa dah berbulan dalam kotak. lama gak tak servis, kang merajuk pulak dia.. hihihi

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum
    nieza.........
    aduh...menyelerakannya bun mu itu..
    cecah dgn teh O... peeh....sedapnya...

    PS: ambil mood berblogging....

    ReplyDelete
  24. Nieza,bertuah nyer Nieza Hubby bagi cuti masak....kalau akak...malas masak..beli kedai le jawapnye..he..he..Cik Abang akak cuma pandai masak Mee Goreng saja...Sayang betul Hubby pada Nieza..akak tumpang gembira...he..he..
    Nieza...Roti tu kalau cicah dengan Teh panas2 sedapkan...Manis tak Nieza..akak ni suka manis2...

    ReplyDelete
  25. Nieza,

    gebunya roti tu...geram kak nur tengok...ish tak payah beli roti kat bakery lagi...

    ReplyDelete
  26. salam Nieza..

    roti yg gebu & montok. cicah kari ayam..perghhhh sedapnya.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum Nieza,
    Lembutnya nampak bun Nieza, cantik jer naiknya. Minggu ni minggu roti gamaknya, merata rata dok tayang roti dari rumah Ros JintanManis. Cam ni akak pun kena sinting lengan uli tepung la..

    ReplyDelete
  28. bila la cek nak rajin mengroti nihh..

    ReplyDelete
  29. wahhh.. nape roti kak nieza cantik jee!!! nape! nape!!!!!!! hahahahaa.. mode x puas hati padahal salah sendiri selalu xnengok oven smp hangus roti tu.. hihi

    ReplyDelete
  30. nieza dapat best ni, cicah ngan air kopi... mmg nmpk gebusss je

    ReplyDelete
  31. Aslmkm.
    TQ 4 following ya. Sebagai sokongan moral & untuk silaturrahim, Kak G follow balik.
    Tentu best ada banyak masa kan? Bagus la Nieza gunakan dengan sebaik-baiknya. Duduk overseas tu adalah satu pengalaman yang menyeronokkan & juga mematangkan kita.
    Kak G dulu, semasa resign ikut hubby yang transferred ke Kuching, banyak berinteraksi dengan orang2 lokal & juga ikut belajar masak. Semasa ikut p London pun Kak G belajar resipi dari jiran & kenalan. Then, suka jalan2.
    Bila p s student, lain sikit ler! :)

    ReplyDelete
  32. saya suka roti..!!! mesti sedap ni...

    ReplyDelete
  33. salam nieza...makkk oooi gebusssnya roti jepun tu, pass pass la kat sini sebiji dua..kena buat jga nih.

    ReplyDelete
  34. hmmmm

    nak try roti ni laa pulak.. hehehe.. mama baru buat roti iexora tu.. amik dari blog mamafami gak.. semua suka.. mcm rasa potato bread pun ada...

    ReplyDelete
  35. salam kak Nieza,
    Thanksss kerana sudi singgah di laman saya. Sedappppppppppppppppp sangat nampak roti tu, (",)

    ReplyDelete
  36. bilalah sy nk jd rajin mcm akak ni kan..masak makanan sedap²..keje beli siap je sy nih..

    ReplyDelete
  37. ni kalau cicah kopi pon sedap... urmmm...

    ReplyDelete
  38. Nieza,kt mana nk tinggal msge ni? Saya tggal kt sini je lh.D persilakan Nieza ambil award,ya!

    ReplyDelete
  39. Nieza, D persilakan ambil award http://sazahaiza-resepi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  40. pernah mencuba buat roti bun tapi tak menjadidan tak gebu dan lembut

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers