Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...bersempena dengan our 5th wedding anniversary hari ni, saya masak pulut kuning vs rendang. Sekejap saja masa berlalu kan....dah 5thn dah saya bergelar isteri...syukur Alhamdulillah. So...hari ni layan pulut kuning dan rendang jerlah....makan dinner kat umah jer. Tak ada makan kat luar umah pun..kira ala-ala Candle light dinner gitu...:D
Sambutan pun ala kadar jer...buat pulut kuning dengan deco yang simple sangat. Dah namanya hari special kan nak juga ada something yang special juga so...saya gantikan kek dengan pulut kuning dan rendang...mr.hubby pun suka dan makan pun kenyang..kalau mkn kek surelah tak leh nk mkn banyak kan.
Oklah jom layan gambar menu special saya pada hari ni dan resepi ni saya ambil drp kak Liza @ Hanieliza. Rasanya semua sure pandai buatkan..saya pun kekadang buat tak tgk resepi dah pun main belasah jer tapi saya simpan jugalah resepi ni untuk rujukan saya lagi nanti. Saya buat setengah adunan drp adunan asal. Terima kasih pada kak Liza kerana berkongsi resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula.
Sambutan pun ala kadar jer...buat pulut kuning dengan deco yang simple sangat. Dah namanya hari special kan nak juga ada something yang special juga so...saya gantikan kek dengan pulut kuning dan rendang...mr.hubby pun suka dan makan pun kenyang..kalau mkn kek surelah tak leh nk mkn banyak kan.
Oklah jom layan gambar menu special saya pada hari ni dan resepi ni saya ambil drp kak Liza @ Hanieliza. Rasanya semua sure pandai buatkan..saya pun kekadang buat tak tgk resepi dah pun main belasah jer tapi saya simpan jugalah resepi ni untuk rujukan saya lagi nanti. Saya buat setengah adunan drp adunan asal. Terima kasih pada kak Liza kerana berkongsi resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula.
Resepi Pulut Kuning
Source: Kak Liza @ Hanieliza
Bahan-bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
2 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut..
daun pisang [untuk lapikkan lubang dalam periuk kukusan]
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
Source: Kak Liza @ Hanieliza
Bahan-bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
2 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut..
daun pisang [untuk lapikkan lubang dalam periuk kukusan]
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula
gula
Cara membuat
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Lapikkan daun pisang dalam periuk kukusan.
5. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
6. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
7. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
8. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
9. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
10. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur.
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.
Resepi Rendang Ayam
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
1/2 kg pati santan
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit [mayang halus]
Garam
Bahan untuk dimesin
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
15 biji cili api
Cara-cara:
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
3. Gunakan api yang sederhana masak sehingga ayam empuk dan kuahnya sebati.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan
wow! wee! woo! mmg spesel ni. dah rasa mcm hidangan pengantin plak... hehehe... ada pinggan i lebiu la... hik hik hik.. owh, ada candle jgk.. mmg betul2 candle light dinner ni. best la! aci tak nak teka air merah tu air cranberry? erk...ke sirap?...hehehehe...
ReplyDeleteHAPPY ANNIVESARY DEAR NIEZA, WAH BULAN NI MEMANG BANYAK CELEBRATION YA, BLOG, BIRTHDAY AND NOW WEDDING, WELL SEMOGA BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT
ReplyDeleteInaku79:
ReplyDeletehaha saja jer mengimbau kenangan hidangan pengantin tu..tapi pengantin lama dh ni..dh lapuk dh..hehe ehhh mcm mana ina teka betul ni...memang betul la air cranberry tu..pandai!..hehehe
Nieza, tahniah for ur 5th anniversary...may ur married live will be blessed always. Amin,
ReplyDeletepsssttt.. canti piring lap u lap me 2. pulu n deco pun sangat menggoda!
Kak Paty:
ReplyDeleteYa kak byk peristiwa penting bln ni kak..btw tq atas doa akak...amin..:)
Kak Rose:
ReplyDeleteAmin...terima kasih kak Rose..piring murah jer tu kak..deco pun main belasah jer tu..hehe
salam nieza..
ReplyDeletebanyak nya sambutan bersejarah dlm april ya... suka kak tengok.. silih berganti tarikh berderettt...emmm.
kak nak amek kesempatan ini ingin jua mengucapkan selamat hari ulangtahun ke 5 kalian. baru 5 tahun.. mmg lah terasa baru lagi .. kak ilah ni dah 23 thn mcm 3 thn jer ni hehehe..
kak ilah harap nieza bersabar krn adik ipar kak kawen cukup 15 thn baru dpt anak.. dua kali gugur.. kak doakan nieza akan dpt dlm waktu terdekat.. insyllah..dia makan buah zuriat dr mekah.. kebetulan kot..
sedapnya puluit kuneeeng tu nak sikit... hehe
wiiiiit.... waa.. makan malam yang specel ni...
ReplyDeletesedapnya..lama tak mkn pulut kuning. nak buat asyik tangguh2 je (lagi best kalau org masakkan..hee~)
ReplyDeletewah romantik gitu pulut kuning vz rendang sempena anibesri..kelas u..candle light dinner lagik..
ReplyDeletespecial la tu kak..
ReplyDeleteada pulut kuning ngan rendang tu...
happy anniversary kak...
maga berbahagia selalu dan selamanya...
moga akak dan suami sentiasa dirahmati dan diberkati Allah sentiasa...
moga cepat2 dapat baby yerk...
Nieza...
ReplyDeleteSelamat menyambut Ulangtahun perkahwinan yg. ke 5 ye..akak sentiasa mendoakan kebahagian Nieza dalam menjalani kehidupan berkeluarga. Mudah2an tahun ini bertambah lagi kegembiraan buat Nieza dan suami. Sedap pulut kuning tu.....kalau dekat, sure akak terjah aje..he..he..
Nieza, mcm lauk atas meja pengantin @ mcm hantaran perkahwinan.. Cantik terhias..
ReplyDeleteaslmkm Nieza :
ReplyDeletelambat sungguh kau singgah..maklumle Finland kan jauh..naik kapal tiket murah..heheh
nak wish :
1) hepy besday tuk blog..
2) hepi besday tuk Nieza..semoga mendapat keberkatan di sepanjang usia
3) Hepi anibersari...semoga bahagia berkekalan hingga ke jannah..InsyaAllah..
meh sama2 pegang pisau panjang nak potong pulut..heheh
happy anniversary akak ^^ moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. tun doakan moga akak dan suami dimurahkan rezeki dan mendapat zuriat yg soleh dan solehah..
ReplyDeleteps: mcm wat kenduri doa selamat je ngan pulut kuning tuh.. hihi..
Tahniah nieza...Alhamdulillah.
ReplyDeleteSemoga bahagia hingga ke akhir hayat.
Special sungguh pulut kuning tu :)
Assalam nieza...
ReplyDeleteSelamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 5 tahun.. semoga sentiasa ceria dan bahagia melayari bahtera rumahtangga... akak singgah nak join skali makan pulut kuning ngan rendang aci tak?.. all the best.
happy anniversary yg ke 5 kak nieza!!!! wahhhhh...ala-ala cande light diner gitu......auuwwwww....lomantik....i like...i like....hhehhehehhe
ReplyDeletebestnya food presentation dia.. special tu.. suwittttt ;)
ReplyDeleteAssalam Nieza, selamat ulang tahun perkahwinan ke 5 semoga berkekalan ke akhir hayat, n bahagia sokmo.
ReplyDeleteApril yg bersejarah..senang nak ingat byk dlm bulan aprilkan. Cantik hiasan pulut kuning tu, terasa2 nak makan, akk pun pesen yg suka pulut ni heheh
candle light dinner kah??? alhamdullilah..jika ia merapatkan hubungan...ngeee
ReplyDeleteSelamat hari ulangtahun perkahwinan yer nieza....semoga kasih sayang yang terbina Akan terus hangat sampai akhir hayat.....Dan juga biarlah kemesraan Dan kebahagian itu menjadi milik nieza bersama suami tersayang sehingga ke hujung nyawa.
ReplyDeleteaslmkum nieza..ala2 makan bedamai gitew... anywy.. happy anvsry smga bahagia berpjganan hingga ke akhir hayat.. amin
ReplyDeletenieza akk minta maaf.. komen atas tu ank akk punya google acct.. hihihi ampun
ReplyDeletesalam nieza..
ReplyDeletekebetulan lak menu kita sama..hehe..Lyza doakan semoga nieza n huby tersyg..kasih syg berkekalan hingga ke akhir hayat..n mendpt zuriat yg ramai..amin.
Rasa betul kata kak ilah tu..lyza pon dulu dptkan buah zuriat dr mekah ..alhamdulillah..semoga berjaya.."Usaha itu tangga kejayaan"..insyallah..
happy anniversary kak nieza.. semoga kebahagiaan berkekalan.. aminnn.. :)
ReplyDeleteSalam kenal....datang dari blog Kak Yan...memang sedap pulut kuning ngan rendang ayam ni...tapi dah tua2 ni, tak leh makan pulut banyak2 macam muda2 dulu...angin satu badan...hehehehe...happy anniversary..!!!
ReplyDeletenk menangis tgk pulut di pagi hari. wuuuu... ni bkn simple. ni kira istimewa jugak la. smoga berbahagia selalu... :)
ReplyDeleteas-salam kak Nieza
ReplyDeletepulut kuning tu mengoda hati ady...it's so.. gojesss!!!blh lah buat untuk my sister untuk hari majalah perkahwinan dia...ady copy resepinye kak!!!
Selamat ulang tahun Nieza.Maaf lah Cm lewat beri ucapan.Sangat sibuk tak sempat nak tinggal jejak kat blog kawan-kawan.Cm doakan agar Nieza dan suami akan sentiasa berada dalam kasih sayang dibawah perlindunganNya.Semoga kekal jodoh hingga ke akhir hayat.
ReplyDeleteSelamat Ulangtahun Perkahwinan...
ReplyDeleteBuah tomato tu nampak sangat, sangat fresh!!
happy anniversary nieza.
ReplyDeletemoga makin sayanglah suami isteri ni yerk.
cek pun suka kalau orang masak puluit kunin macam ni. mesti encik hubby kembang kuchup je suka tu
Assalamulaikum Nieza..
ReplyDeleteHappy anivesarry dear. semoga mahligai indah ini akan terus mekar dan mewangi sehingga ke dalam syurga..insyaAllah..aminnnn
k.ct memang xbole memandang pulut kuning ni. macam nak terkam jer.. tambah lagi rendang memang kegemaran dr dulu dan selamanya. simpan sikit eh, dapat cuit sikit2 pun jadi ler..hihi
Nieza..happy annivesary..baru 5 tahun ye..semoga berkekalan selamanya.
ReplyDeleteakak suka makan pulut kuning..tengok gambar pulut tu..teringin pulak.
Assalamualaikum Nieza...Selamat Menyambut Ulangtahun perkahwinan yg ke 5 buat Nieza & suami. Semoga rumahtangga yg dibina berkekalan sehingga ke syurga & dikurniakan cahayamata secepat mungkin. Takpe Nieza, sekali dah dpt anak nanti berderet2 pula. Kwn akak ramai yg camtu, bertahun2 kawin x dpt, skrg dh ramai anak depa. Yg kembar pun ada..berdoa selalu yea. Makin sayang la suami Nieza dpt pulut kuning & rendang ayam. Tengok pun dh terliur ni...Salam Sayang :)
ReplyDeleteSalam Nieza,
ReplyDeleteHappy 5th Anniversary ya, semuga dipanjangkan jodoh, dimurahkan rezeki. Bestnya dpt candle light dinner ngan hubby, romantik jer kan...auwwwww
nieza....happy anniversary, alhamdulillah dah masuk 5 tahun ye...sedapnya suap2 makan pulut kuning... siap rendang fuhhh memang mengancam selera...
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza,
ReplyDeleteHappy belated anniversary..moga berbahgia didunia dan akhirat...moga kekal hingga ke syurga.
Wah cantik nieza ni...wah ada pulut kuning...febret kak nur dan Mr hubby ni...
Salam ziarah..Nieza..happy Anniversary, didoakan semoga bahagia hingga akhir hayat n ceria2 selalu..
ReplyDeletesalam ziarah nieza..happy anniversary..moga bahagia selama2nya..amin.
ReplyDeleteSelamat ulang tahun perkahwinan Nieza, moga jodoh berkekalan hingga keakhir hayat. Amboi sedapnya pulut kuning dgn rendang, cantik presentationnya..
ReplyDeletesalam ziarah nieza..happy anniversary..didoakan bahagia hingga akhir hayat..
ReplyDeletesalam ziarah nieza, sedapnye pulut kuning tu,,,nak sepinggan boleh..
ReplyDeleteHappy anniversary to Nieza n husband, didoakan bahagia selama2nya..amin..
salam kak,saya br je follw blog akak,nk intai2 resepi,bleh kan?hehehe...sempena ngn anniversary akak yg ke 5 ni,saya ucapkn semoga berbahagia hingga ke akhir hayat disamping rezeki xputus2 drNya,amin...
ReplyDeleteps;suka blog akak,bleh wat rujukan masak memasak,tenkiu eh ;)
Assalamualaikum..
ReplyDeleteWalaupun dah lambat tetap nak ucapkan selamat menyabut ulangtahun perkahwinan yang ke 5. Semoga berbahagia selalu. Kiranya bulan 4 ni banyak perkara le yang mais yang berlaku dalam hidup nieza erk. Meriah sungguh.
Psttt habis ke makan 2 orang tu. Kalau tak habis pos le ke penang biar akak tolong.
Fulamak siap ada pulut kuning lagi..kegemaran akak ni...mkn dngn rendang lagi...sedapnya...apa pun tahniah sekali lagi Nieza....moga hari2 yg ceria buat Nieza dan suami..
ReplyDeleteAssalamualaikumwbh Niezaaaaaaaaa...
ReplyDeleteAlhamdulillah...5 tahun yg menjadikan Nieza better person kan? From a little girl who turn out to be a good lady....Smg menjadi isteri yg solehah buat suami.....Amen.
Tahniah dear.....:)
waaaa.... waaa... nak jugak,... lame dah x makan pulut kuning.. kalo rendang tu asal raye mesti ada....
ReplyDeleteSelamat ulang tahun perkahwinan buat Nieza dan suami semoga berkekalan hingga keakhir hayat.
ReplyDeleteSedapnya pulut kuning dan rendang ayam,kak Zai pun teringin nak buat tapi tunggu tangan sihat sepenuhnya dulu.
waduhhhh syoknyer rai anni dgn pulut kuning dan rendang! eh anni dgn birthday dekat2 jer tarikh ya.. nieza.. nak tumpang makan! sedap betul nampak tu.. pebret k.nor tu hehhe
ReplyDeletebtw.. happy 5th anniversary buat nieza dan suami..mudah2an kekal bahagia bersama hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yg bakal menambahkan kecerian dan kebahagiaan buat nieza berdua..
rupanya kita berkongsi tarikh penting yg sama ya.. :)
Wah akak dah ketinggalan banyak ler.. huhuu... sorry lambat yer nieza..
ReplyDeleteTahniah buat nieza dan suami d atas ulangtahun perkahwinan yang ke 5.. Moga bahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Amin..
Nieza... lambat lagi mama.. hehehe.. Happy 5th Anniversary to both of you.. muga berkekalan sehingga ke akhir nanti dan sentiasa dikurniakan kebahagian.. insyaAllah..
ReplyDeleteHappy 5th Wedding Anniversary, semoga kekal bahagia selamanya.
ReplyDeleteAmiiinn...;)
Salam Nieza,
ReplyDeleteHappy anniversary buat Nieza dan En Faizal... semoga sentiasa berbahagia dan romantik romantik selalu. hehehe... suka tengok gambar2 Nieza...ada candle, ada pinggan bentuk love lagi.. cantik :)
Happy anniversary dear :)
Selamat ulang tahun.. semoga rumahtangga makin meriah ..
ReplyDeleteisk.. sedap lah makan pulut kuning di hari istimewa macam ni.. kalau kek tu biasa sangat kan?
Upps...Salam Nieza....
ReplyDeleteUcapan yang terlewat....terlepas pandang...maklum2 jelah mta rabun ni....
Happy Wedding Anniversary....semuga kasih yg tercipta kekal selagi ada hayat...bahagia dan sejahtera selalu bersama keluarga tercinta....
happy anniversary.. Lambat akak dapat wish.. Semuga sentiasa berbahagia dunia akhirat..
ReplyDeleteNanti senang2 amik award ni ye...
http://yan-yanjournal.blogspot.com/2011/04/award-from-zatil.html