Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. hari ni saya nak bawa anda semua bersantai dilautan yang membeku...haha selalu org santai tepi pantai kan tapi kat Finland ni special masa winter ni boleh lepak kat laut beku...dah beku tu mcm-mcm aktiviti la boleh buat kan...kalau masa summer laut tak membeku aktiviti lain pula diorang buat....time tu tak dapat ler nk jln kat atas laut lagi...kena naik boat pula.
N3 kali ni saya nak bercerita pasal Finland pula....lama dah tak bercerita ni...selalu tayang n3 msk-msk jer kan...hari ni lari tajuk sikit. Sebelum ni ada juga yang bertanya saya pasal Finland ni so....saya terpanggil juga untuk berkongsi pengalaman saya disini dan bercerita serba sedikit info disini. Tak kisah la kalau yg tak suka nk baca tapi nk ceter juga sekadar coretan kenangan saya dirantauan dan mana tau tua-tua nanti boleh juga rujuk blk cerita ni kalau rindu kat Finland ni kan. ...hehe ...actually tak abis explore lagi Finland ni..banyak lagi tempat-tempat menarik...every season has specialities..so..sebelum meninggalkan Finland ni akan digunakan kesempatan yang ada untuk explore lagi..InsyaAllah.
Finland a.k.a Republic Of Finland dan ibu negara ini pula ialah Helsinki. Negara ni mempunyai keluasan 338,000 sq km dan mempunyai jumlah penduduk seramai 5.3 juta (August 2010) orang sahaja. Memang terasa aman damai sekali kehidupan di sini. Berbeza sungguh dengan kehidupan di Malaysia yang sentiasa sibuk dgn kenderaan. Public transport kat sini juga bagus...byk kemudahan yang disediakan. Tarikan utama disini ialah Santa Claus Village, winter sports destination, Artic Circle, the northern light, sight of endless carpet of forest with lakes in between, striking nordic architecture & design. Currency disini adalah euro dan bahasa rasmi a.k.a official language disini adalah bahasa Finnish. Tapi kebanyakkan mereka boleh juga berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Oklah jom layan gambar yang saya ambil pada hari weekend yang lepas...saja jer ronda-ronda ngan mr.hubby tgk laut yang membeku kat sini...rasanya kat tempat europe lain dh masuk spring dah tapi kat sini belum lagi ....suhu dah tak sejuk sgt dlm -1 - o degree c jer.Tak sejuk bagi mereka yang dh biasa sejuk yang extreme jer ni.
tgk tu siap buat mini kedai kopi kat laut ni....ramai betul orang melepak dan jalan-jalan kat sini...masa ni lah yang ditunggu-tunggu oleh mereka disini. Seronok rasanya bila tgk cahaya matahari ni setelah 6 bln menunggu....kira mcm jakun sikit la dok sini kalau kat Msia tu puas dh ngan cahaya matahari kan.Kalau masa summer nanti ramai ler yang bersidai atau berjemur kat mana saja tempat pasti ada jer org yang berjemur ni.
yang bawa basikal pun ada...
alhamdulillah syukur nikmat Allah bila tgk cahaya matahari yang cerah ni...
posing jap sebelum blk..:D
gambar kat bawah ni pula laut beku juga tapi kat tempat lain...masih dalam Helsinki so...layan jer lah....
nice view...matahari pun cerah hari ni tapi snow tak cair juga...
ni lah aktiviti org finland ...paragliding
yang bermain ski pun ada kat laut ni...
subhanallah...cantik view kat sini dgn langit yang membiru..
ni bukannya bukit biasa tapi longgokkan snow yang dibuang ke sini..biasanya lori yang menggangkut snow kat tepi-tepi jalan tu akan menghantar ke sini...sampai tinggi mcm bukit dah ni..memula dulu nampak putih bersih jer tapi bila cuaca dah berubah ni snow kat jln pun dah jadi kotor mcm ni.
posing lagi..:D
Ok sekian saja cerita winter saya buat kali ini...semoga bersambung lagi nanti....InsyaAllah.
Subhanallah!! cantiknya 'winter wonderland' kt Finland..mcm2 activiti leh wat ats laut yg beku tu ye. :)
ReplyDeleteWahhh...picnic kt tengah lautan ais! menarik tuuu...tak cuba paragliding ke? cam beshh je :)
ReplyDeleteSubhanallah....cantiknya !
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSubhanallah. Begitu hebat ciptaan-Nya. Bertuah bagi insan2 yang dapat menikmatinya. TQ sbb sudi kongsikan satu lagi keindahan ciptaan Allah SWT.
Bestnya Nieza...akak ni tengok gambar je lah...
ReplyDeleteBest nya....cantik nya...
ReplyDeleteItu saja yg mampu di ucap...entah bila boleh ke Finland ni..
Selalu main snow..tapi tak pernah ada experience lepak kat freezing lake/sea..
Apa kata akan akan datang listkan secara ringkas tempat2 yang wajib dikunjungi kalau nak melancong ke negara ini...:)
Assalam kak,xleh p tgk gmbaq pun jadi la,Tah la bila taun brkesempatan nak pergi,tah ke sampai mati pong xberpeluang nak pegi..Best la akak yer,tgk gambaq pong dah teruja abis ni,ngee,dasar jakun cam tu la kak,ngee..
ReplyDeleteSalam Nieza. Sejuk mata memandang scenery di sana. awak duk sana belajar, kerja or mmg menetap kat sana eh? best tau baca kisah Nieza di perantauan.
ReplyDeletesejuk...sejuk....rasa2 mcm kat Finland pulak bila tgk gambo2 Nieza ni...bila umurla nak sampai...tak pe la...rasa2 nak bersalji...kak cek singgah n lepak kat "rumah" Nieza jap... :-)
ReplyDeleteseronoknyaa.... cantik sangat view tu..
ReplyDeletesubhanallah cantiknya view kat sana, tak sangka dlm laut pun boleh berbasikal lagi! takjub melihat kebesaran Allah depan mata sendiri mcm ni. mesti nieza rinduuuu sangat dgn matahari Malaysia kan? hehe..
ReplyDeleteSubhanAllah cantiknya view dia,itulah kebesaranNya.
ReplyDeleteSubhanallah......
ReplyDeleteNieza..nak itooooooooooooooooooot!!! :)
Thank for sharing....tak dpt p pun, dpt nengok kan.....
wassalamualaikumwbh....
Note; Comeynye fosing in red tu.....dari jauh dah mesti tak ilang....:)
Nieza....tq sudi kongsi pengalaman ditempat orang. Yelah, mcm akak ni...mmg takan sampai ke sana pun...inilah peluang akak tgk negara org.....
ReplyDeletesungguh cantik view... dan seronoknya dapat main dgn ais....
ReplyDeletecantiknya.... berangan dah nak pergi sana....
ReplyDeleteishamizu:ya mizu dapat juga merasa berjalan atas laut...:)
ReplyDeletenorgee: mcm mana nk cuba tu...tgk diorang terbang pun kita dh rasa gayat...tak sanggup ler..:)
kak kasih:ya menarik kak.:)
kak sam: w.salam...tq kak...sharing is caring..:)
kak antan: ya kak mana tau tgk gambar ni satu hari nanti akak sampai sini pula..:)
ReplyDeleteDaddy Ziyyad: tq...jemputlah datang jalan ke sini sementara saya dan suami masih disini lagi...tempat menarik tu byk juga tapi kalau masa summer/autumn pun menarik juga...cantik jer view time tu.
Ana: mana tau ada rezeki nanti sampai juga tu...akak pun rasa mcm mimpi jer sampai sini tak pernah berangan pun nk ke sini tapi tu la rezeki yg Allah dh tentukan.
Eliza: tq sudi baca...ya memang best tgk view yg cantik dan menenangkan jiwa...sungguh damai rasa di hati...saya disini tak berkerja dan tak juga study..ikut suami yg bertugas di sini saja.
kak cek: boleh jer....sila-silalah singgah selalu yer...:)
ReplyDeleteDiana: ya tq.. memang cantik kak...:)
umi: ya sungguh indah ciptaan Allah...bila tgk view mcm ni buatkan diri saya juga selalu berfikir akan kebesaran Allah dan byk menginsafkan diri ini...hmmm rindu memang rindu...Malaysia negaraku tercinta juga tetap dihati:)
kak zaiton: ya kak memang indah ciptaan Allah..:)
Ayu: jom-jommm ..hehe jemputlah ke sini ayu boleh ler kita lepak2 sama-sama nanti...btw tq yer...pakai merah tu senang ler mr.hubby nk cari coz wife dia ni kaki jln...hahah
kak Azi: sama-sama kak...ya saya sekadar berkongsi saja kak...yg baik dan indah sesungguhnya dtng dr Allah juga.
vaithis: tq...ya memang cantik...:)
muna: jemputlah datang sini..:)
wah...cantiknye ciptaan tuhan..anyway, terima kasih sudi jengah blog saya ye :)
ReplyDeletebestnyeee kakkk...
ReplyDeletenieza..subhanallah..cantiknya..bersyukur nieza dapa melihat dan merasainya
ReplyDeletedan terima kasih..kerana sudi berkongsi untuk tatapan kami disini..
Nora: ya tq juga sudi singgah sini..:)
ReplyDeleteAdinda: best lagi kalau adinda dapat dtng sini:)
Kak Erna:ya kak syukur juga dpt tgk tempat org ni...byk dpt tgk kebesaran Allah kat sini...sekadar berkongsi bersama kak.
subhanallah cantik!seronotnya rasa pengalaman ni kan..=)
ReplyDeleteKalamhati: ya sungguh cantik ciptaan Allah..
ReplyDeleteAssalammualaikum Nieza,
ReplyDeleteSubhanallah cantiknya bumi ciptaan Allah..tq berkongsi pengalaman...seronoknya boleh jln2 atas lautan beku lagi....mmng bertuah dpt melihat kebesaran Allah SWT.
Kak Yatie: w.salam kak...ya kak.. syukur alhamdulillah diatas kesempatan yg diberikan Allah...sama-sama kita berkongsi kak yang baik dan indah adalah datangnya drp Allah swt juga..:)
ReplyDeleteSalam Nieza,
ReplyDeleteCantik2 gambar Nieza amik. Suka dengan awan2 biru tu, very nice. :)