Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua....menu hari ni layan tuna sandwich ni jer lah.....simple dan sedap sangat....bagi yg suka makan roti tuna ni memang tak rugi kalau nak mencuba. Resepi saya intai dari dapur CMG @ DTS. Tgk CMG buat cun jer roll tu tapi saya buat ni kurang cun sikit tak berapa pandai nak roll lagi kena practice lagi.....tapi rasa memang sedap dan lembut gebus gitu......ok terima kasih pada CMG kerana berkongsi resepi yang best ni....izinkan saya berkongsi disini pula ya.
Source: DTS @ CMG
Bahan-bahan
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver (nieza tak letak dan gantikan dgn w/roux)
1/4 camca teh bread softerner (ni pun nieza tak letak)
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
- UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
- Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
Assalam nieza, sedapnya roll tuna sandwish tu, dah cantik tu nieza, emm akk ni barangan je bita tgk roti2 nieza ni
ReplyDeletehey kak Nieza, sedapnyer tengok roll tuna sandwich tu! emmm...memang sedappp!!
ReplyDeletew.salam kak...tq.. ya memang sedap...cubalah kak buat mana tau akak buat lagi cantik lagikan....tapi tak kisah la janji mkn sodap.:)
ReplyDeletealamak sedapnya:) tapi hari ni tak rajin nak meroti.Nak buat sandwich biasa je la...
ReplyDeletekak nieza,roll tuna ni dah lama dlm list..
ReplyDeleteentah bila mas nk buat...
sedappnya tengok roll tuna akak tu...
as salam kak nieza..
ReplyDeletewaahhh sedapnya roti tuna tuu....
Salam Nieza..
ReplyDeleteMama nih bak roti meroti x confident sgt..bukan apa x de BM...
Menyelerakan bila tgk Nieza buat nih...hehehe bak sini seketul roll tuna sandwich :)
Assalam Nieza,
ReplyDeleteAkak pun dah cuba buat roti ni..mmng sedapkan...
Looks so delicious, glad to follow your lovely blog.
ReplyDeleteRajinnya la meroti... maklumla cik bm yg buat keja...bak la kak rose barang seketui wat dinnner malam ni...
ReplyDeleteassalamualaikum kak nieza.. sedapnyer roti.. xde BM nih, penyakit M selalu dtg kalau teringin nk wat roti. hihi..
ReplyDeleteSalam Nieza,
ReplyDeleteSuka tengok Nieza meroti. Macam2 jenis dia buat. Lama dah terliur tgk roti cik mat ni tp malas nk buat. kalau ada bibik melayu syoknye..tekan ON je. hehhee
sedapnyeeeeeee k.nieza, mamma olyn sukee roti tuna, tpnak wat xde la improver pelbagai tu..mm btw nampak lembut roti k.nieza wat tu:D
ReplyDeleteSalam Nieza..akak pun meroti gak hari ini..tapi masuk BM jer..malasnye..makan rajin ..hehehe..dan tengok gambar ni pun dah kenyang...
ReplyDeleteSalam Nieza...sedapnya tengok...akak ni berhajat nak beli BM, tapi tak tau bila tercapainya...
ReplyDeletewah.....
ReplyDeletetu dia dah start dah.....
ayu nak CMG buatkah utk ayu...
hehehehehe
Assalamualaikum...
ReplyDeleteHuah bestnya. Nak pinjam bibik melayu sat boleh tak. Tabung hari tu dah kena pecah sebab nak bayar duit tol ke bertam. Hahahaha
Salam NIeza, sedapnya roll tuna tu, nak rasa sikit boleh?
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza...emmmm dh cun sgt la di mata akak ni. meh la bagi akak 2 ketui, ni tgh lapo ni..sori yea akak lmbt sampai sini sbb lately agak busy..sekali dtg tu bior akak terjah semua n3 kat sini yea! muaahhhhh....
ReplyDeletecantik2...kalau CMG sure dia pun puji.. nak cuba buat nanti... :)
ReplyDeletecop nk tny, kalo ikut resepi ni bole dapat berapa biji ek???
ReplyDeleteAdy: ya memang sedap ady...cubalah nanti..:)
ReplyDeleteCM: memang sedap harus dicuba ni..:)
Mas: buat Mas..ha akak dh seru dh pas ni sampaila dapur Mas tu..hehe
Adinda amy:w.salam...ya sedap adinda..
MamaHawa: kalau nk uli tgn pun boleh juga mama...anyway nanti adalah rezeki bm tu...boleh ler meroti selalu..
Kak yatie: w.salam kak...ya la memang sedap sekali mkn berketul2 juga ni...hehe
ReplyDeleteUmm mymoonah: tq..follow me..:)
Kak Rose: apa nk buat kak rose...kat sini susah nk beli roti kat luar kak..mcm mana pun kena buat roti sendiri juga.
Tun: w.salam....itulah kena angkut bm satu la tu...ada rezeki tu adalah nanti Tun...akak pun kalau x ada bm ni malas nk meroti juga.
Ijan: cepat ler suruh en.faiz angkut bibik melayu tu boleh ler meroti selalu...kalau ijan minat boleh beli kat outlet tefal kat helsinki murah kalau nk compare harga kat luar...nanti turun Helsinki bg tau yer.
mamaolynn: tq...tak payah bubuh pun tak pe mama...akak pun tak bubuh juga coz kat sini tak ada jual la benda tu..
kak Naz: itu yg senangnya tu kak..nieza pun kekadang malas juga kak tapi nk ngap punya pasal kenalah merajinkan diri...hehe
ReplyDeleteKak Antan: w.salam...insyaAllah ada rezeki nanti sampailah hajat akak tu.
Ayu: haha start apa tu ayu?..boleh jer suruh cik mat buatkan tu dah dekat dh nk serbu umah cik mat tu..hehe
Kak Sam: w.salam....boleh2 apa salahnya kak sam...wah dh tukar kerja ke seberang ke jauh tu kak?..insyAllah ada rezeki di tempat baru nanti.
Kak T&T: w.salam...boleh kak..nanti saya antar dapur akak yer..hehe
ReplyDeleteKak azlina: w.salam kak....tq..tak pe bz pun akak sampai juga tu cyng akak tu..nah bg akak 3 ketoi..hehe
kak Kasih: tq..tapi tak leh lawan sifu CMG lagi...hehe btw cubalah buat nanti kak..:)
Halimatun: ini bergantung pada saiz yg dibuat...kalau mcm saya buat ni dapat dlm 15 biji..maybe kalau buat kecik sikit dapat byk kot.
Assalamualaikum Nieza...
ReplyDeleteWaduh! Sedapnya...Kak Lin acopy resepi yer cayang....
Lapo laa pulak nengok roti tuna nih.. haihh..bila laa mood meroti nak mari nih..nieza,nak bawak balik roti tuna nih 2 ketul yer..amik berkat!kot2 pasni terus rajin..ekeke
ReplyDeleteNieza roll tuna kalau guna ready made pastry puff biasa tu boleh kan. Bila lah nak mula meroti ni, huhuhu
ReplyDeleteeh..eh..mane ade x cun tu ..cun sangat2 lah tu..eina ni lum ade keberanian lagi nak meroti...hehehe
ReplyDeleteKak Lin: yer sedap kak..harus dicuba ni...sila-sila copy resepi tu nanti buat antar sini skit yer..hehe
ReplyDeleteHasue:haha ambik ler ada seketoi jer lagi utk su ni..pas ni ada ler angin kerajinan nk buat tu..hehe
Kak Aidah: rasanya boleh kot kak...nieza tak pernah guna lagi tapi akak cubalah dulu mcm mana.
Eina: tq..biasala tgn tak berseni mcm tu ler rupanya...tak kisahlah kan janji mkn sedap..hehe