Assalammualaikum dan salam sejahtera...menu malam ni layan ikan kukus jer lah....masak simple-simple jer...dah balik dari meeting tadi terasa penat sgt... maunya tak penat lepas meeting tadi pi round satu supermarket besar tu...cari bahan-bahan utk dimasak masa open house CNY nanti. So...bila blk umah mulalah rasa malas nk memasak tapi nk mkn punya pasal merajinkan diri jugalah. Tadi lunch dah kat luar....dinner kenalah masak juga....so..nk memudahkan keja masak-masak ni ...buat ikan kukus jer lah...campak jer semua bahan kat dalam tu pastu kukus jer....semua nk senang jer yer tapi kalau ada jual yg dh siap masak lagi ler senang kan...:D
Oklah berbalik semula pada n3 ni resepi ni saya jumpa disini iaitu resepi dr dapur kak rinnchan....simple jer cara nk masaknya...selalu saya main campak suka ati saya jer kali ni saya mencuba resepi ni pula tapi ada juga tercampak juga bahan yg tak ada dlm resepi...haha main suka ati jer...btw terima kasih yer kak rinnchan kerana berkongsi resepi ni...saya derhaka sikit jer mengikut citarasa saya.
Source: rinnchan.fotopages.com
Bahan-bahan
Seekor ikan siakap
3 batang serai
3 inci halia
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5 biji cili padi
1 tbs sos ikan (Nampla)
Garam dan gula secukup rasa
3 biji limau kasturi
1 batang carrot (ni nieza tambah)
5 biji asam boi (ni pun nieza tambah gak)
Bahan Tabur :
Daun bawang, daun sup dan daun ketumbar
Cara-cara
1. Panaskan kukusan.
2. Bersihkan ikan dan kelar-kelar. Lumurkan sedikit garam.
3. Serai dipotong kasar, bawang besar dimayang, halia dan bawang putih, carrot di racik halus memanjang.
4. Gaulkan ikan dengan semua bahan, perahkan jus limau kasturi. Perapkan dalam 10 minit.
5. Kukus selama 20 minit. Hidangkan.
Kalau tak ada ikan siakap, ikan-ikan lain yang sesuai pun boleh digunakan. Umpamanya ikan bawal putih atau bawal hitam, ikan ketuka yang macam ikan pari tuu, ikan kembung dan sebagainya.
amboii..sedapnya nieza..wpon simple tp mkn hingga menjilat jari tu..sukanya lyza ikan siakap kukus ni..mmg pembuka selera..
ReplyDeleteNieza.. ikut akak la,masakan lauk pauk ni kalau main campak2 lagi sedap.. biskut, kek, roti tu kena ikut sukatan la..takut x jadi..;)
ReplyDeletesalam nieza, tumpang makan boleh :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza....
ReplyDeleteWahhhh! Sedapnya....Hari Minggu Ni Kalau Tgk Anak2 Kat Kluang Leh Masak Cam Ni....
Main Campak2 Ni Seronok Gak Nieza...Mana Tau Kalau Tersilap Campak Lagi Bertambah Sedapppp!...
Salam Nieza..
ReplyDeleteseriously, lately suka sngt ngan ikan siakap...masak sweet sour la, 3 rasa la...so nnati leh cuba resepi nieza lak...TQ for sharing the recipe...
sedappnya siakap kukus....
ReplyDeletewat mas terliur jer....
ada lagi ke kak....mas nak rasa sikittt..he..he..
Salam Nieza...
ReplyDeletewalaupun campak-campak aje Nieza kata..akak tengok ikan tu begitu menyelerakan....malu akak pada Nieza....akak tak pandai sangat masak....yg.simple2 bolehlah..
as salam nieza.
ReplyDeletewaaah!akak terlepas entri tntg snow tu lah..aduuuuh..bestnya dpt main2 dgn salji..huhu...jauhnya nak pegi tu nieza..abg kata kalo nak pegi pun tggu 2 thn lagi..sempat ke tu??
thn ni dgn thn depan dah ada plan lain...sob3...kalau ada nieza kat sana leh lepak2 kat rumah nieza kan?..leh akak bwk segala anak cucu rempah ratus dr mesia kan?..huhu
sedih2 pun bak mai sini ikan siakap tu nak rasa..sedap pulak nampaknya tu..
tak tahan tgk ikan kukus neh.. adehhh... terus rasa lapar!hehe
ReplyDeleteassalam nieza..tengok siakap kukus nieza ni akak terliur dah..siakap kukus mmg sedap..bagus2..at least dpt idea nak masak apa..hari2 masak sampai dah tak tahu nak masak apa da..mekasih nieza
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteMenu yang senang disediakan dan amat menyelerakan. Pasal salji kat bawah ni kan lama2 apa jadi yea?
Akak dah pernah buat siakap kukus serai halia tapi tak letak asam boi..
ReplyDeleteAgaknya kalau letak asam boi lagi sedap..
salam nieza - sedap nyer....lama tak dtg jenguk blog ni sgt bz ngan kerja harian
ReplyDeleteNieza....sedapnye..akak suka ikan siakap terutamanya yg kukus..Masakkan seekor utk akak..
ReplyDeleteNieza, datang umah akak amik award ye!
Simply delicious!! wow!! klau sy dpt mkn lauk ni mmg cukup bertuah!! mesti ikan kat sana fresh2 kan?
ReplyDeleteha bagusnya.. dah dpt idea nak masak mlm ni..;)
ReplyDeletenampak menggiurkan...dan seksi ikan tu hehe..nieza masak campak2 pun sedap, kalau masak x campak2 mesti lagi sedap kan? minta sepiring..!
ReplyDeleteLyza: betulx2 abis tinggal tulang jer...memang sedap layan ikan kukus ni.
ReplyDeleteKak Sofea: ya betul tu kak....sgtlah setuju masakkan lauk pauk ni kita boleh adjust ikut citarasa kita kan.
Kak Nor: w.salam kak...boleh..sila-sila..bawa lauk pauk yg ada sekali yer kak..hehe
Kak Lin: w.salam...sedap kak..tak rugi nk cuba...bagus juga menu kukus ni menu yg sihat.
ReplyDeleteSH: w.salam...ya nieza pun suka ikan ni..selalu juga buat sweet sour kali ni tukar kukus pula...cubalah nanti..:)
Mas: alahai dh abis la yang...nanti buat lagi kita bg rasa yer...hehe
Kak Azi: apa nk malu kak..nieza pun bkn pandai masak sgt...simple2 juga tu...lum sampai peringkat msk yg hebat2 lagi..so kita sama2 belajarlah yer..:)
ReplyDeleteKak Anim: wah plan ke mana tu kak? kalau datang europe ni tak jauh la nk ke sini...singgah la kat umah...nk dtng sini tido umah pun boleh tapi tak ada bintangla hotel ni...hehehe
Hot mama: ikan dh abis mama..kena masak sendiri la tu..:)
kak Akma: w.salam...ya cubalah nanti...sama lah nieza pun kekadang pening juga memikirkan menu nk masak ni.
Kak Sam: w.salam ya betul tu kak...salji tu nanti sampai masanya dia akan cair la.
ReplyDeleteArizakiah: ya trylah kak...nieza suka letak asam boi ni..rasa masam manis tu lain skit..:)
Kak Lina:w.salam..patutla sunyi jer tak nampak akak...tak pe kak keje tu lagi penting..tq singgah sini w/pun bz:)
Kak Naz: ok boleh jer kak 2ekor pun boleh....hehe btw tq yer kasi award tu nanti nieza pi angkut..:)
Fara: kalau fara buat sendiri lagi sedap tu dn sure hubby fara akan rasa lbh bertuah...hehehe ikan sini tak banyak yg fresh fara mcm siakap ni saya beli yg frozen jer import luar punya.
ReplyDeleteNur: selamat mencuba yer:)
Kak Umi: masak simple-simple jer kak...mkn utk alas perut sedap tak sedap belakang kira..hehe btw nk kasi pun dh abis kak.
Salam Nieza,
ReplyDeleteSeumur hidup tak pernah buat lagi ikan kukus, hubby selalu suruh buat, nampak cam best aja.......buat kat akak lagi sekali leh
alahai nieza..siakap idaman kalbu...dah lama tak mkn ikan siakap ni...sini cam tak jumpa pun ikan ni...buh serai pun sedap jugak kalau kukus ikan ni..
ReplyDeleteas'kum nieza...akak pulak nak tumpang makan...hehhehe..eh nieza kalau tgh musim snow ni..kalau beli ikan tak yah ler simpan dlm peti sejuk yer...gali2 jer snow tu kan...bole ke camtu...bole buat ABC kan kan.
ReplyDeletebukan campak sebarang campak ni..campak nampak gempak hehe.Cm mmg suka ikan kukus senang nak masak dan sedap dimakan.Makan ketika masih panas panas..fuh!!sedap
ReplyDeleteKak Wattie: boleh jer kak...tapi lebuh bagus kalau akak yg buat sure hubby aku suka...air tgk is3 mahal tau..hehe
ReplyDeleteIda: kat jepun tak ada jual ke?sini pun import mari punya ni...bolehlah kalau nk mkn...memang sedap buh serai tu wangi jer baunya.
Kak Lieza:w.salam..boelh mai ler mkn..hehe yer kak kalau umah bawa tu boleh letak luar kat dlm snow tu jer senang kekadang tak muat peti saya letak luar juga..hehe
CM: ya betul tu nieza pun suka juga..menu sihat kukus2 ni dan kalau malas nk masak menu ni jer lah yg nieza selalu buat.