1 Jan 2011

Nasi Mentega Kismis

Salam semua...ha ni la gabungan yg mantop nasi mentega kismis dimakan bersama lauk ayam kandar....memang  mabeles....hehe apa pun terima kasih kepada empunya resepi ni....saya intai dr dapur  dayangjack.
thanks a lot  kak dayang, kerana berkongsi resepi ni memang sukax3 ...dan bertambah-tambah nasi bila makan tadi...haha kena  lupakan sat azam baru tu...hehe


source: dayangjack
Bahan-bahan :

  • 1 kg beras (dibasuh dan ditoskan)
  • 1/2 buku mentega
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 sm halia (dihiris)
  • 5 gm kayu manis
  • 5 gm bunga cengkih
  • 5 gm bunga lawang
  • 5 gm buah pelaga
  • 3 kiub pati ikan bilis
  • 100 gm kismis kuning
  • 250 ml susu masam dan air secukupnya nieza gantikan dgn plain yogurt
  • 10 gm bawang goreng (utk hiasan)
  • garam dan serbuk perasa secukupnya
  • sedikit daun sup, daun pudina, daun pandan dan daun ketumbar
  • sedikit pewarna kuning
Cara-cara :
  1. Panaskan mentega dan kemudian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga bersama bahan dihiris hingga berbau wangi.
  2. Kemudian masukkan daun pandan bersama kiub pati ikan bilis, air dan susu masam serta serbuk perasa.
  3. Biarkan mendidih kemudian masukkan beras.
  4. Setelah nasi agak kering barulah renjiskan pewarna kuning dan akhir sekali masukkan daun sup, daun pudina serta daun ketumbar.
  5. Biarkan masak seketika dan sedia dinikmati.

10 comments:

  1. Happy 2011 Nieza....pergh....dah start 1st recipe yer..hu3....Ayu blom lagi sbb busy ngan studio....:)
    Mengancam ar nasi kismis ni........

    ReplyDelete
  2. Happy new year ayu, haha mood terlebih rajin hari ni...hehe

    ReplyDelete
  3. salam thn baru nieza..
    kak ilah baru balik dr melaka ni.. penat laa nak minta sepingan nasi ada lagi tak...?
    tanah kak tu mmg berbukit dan juga berpaya apa lagi byk masalah la..

    ReplyDelete
  4. Salam Tahun baru Nieza, amboi sedapnya menu hari ni, kalau makan tak cukup sepinggan ni...

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah....

    Selamat Tahun Baru Nieza..
    Nak mask nasi mentegalah hari ni. semua bahan dah ada kat dapur.

    ReplyDelete
  6. kak ilah: Salam kak, alahai ciannya kak...nasi dah abis dah...lambat dgt sampai...hehe

    T&T: ya memang x cukup pun menambah-nambah nasi lagi....hehe

    Arizakiah: Selamat thn baru juga dr saya...trylah buat...x rugi kalau mencuba memang sedap..:)

    ReplyDelete
  7. nieza, k.mas dah lama nk buat nasi mentega kismis ni...tapi tak terbuat2 lagi.....he..he..nnti nk buat gak la, tergoda tengok nasi nieza tu....

    ReplyDelete
  8. haha buat jgn x buat yer...memang x rugi pun kalau buat compom abis licin nanti...hehe

    ReplyDelete
  9. salam, i salu follow blog hajar (siti zahim) and nmpak ur link. ur job at cooking amazed me... since i pun suke suki memasak i nak follow blog u and nak try resipi u :) hope u dont mind hehe..

    ReplyDelete
  10. Salam Frau Azmir,
    terima kasih sudi singgah sini n follow me..no problem...sharing is caring!..:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers