2 Jan 2011

Apam Gula Merah


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat berhujung minggu bersama family tersayang.  Sebelum ni dah ramai pun rakan blogger yg mencuba buat apam ni......seronok tgk dan menarik jer bila tgk apam yg dibuat masing-masing kembang setaman.

so...tempias apam dah sampai ke Finland dah ni.....gara-gara nengok rakan-rakan blogger  dok menayang....saya pun terpanggil juga untuk mencuba apam ni.....bukan susah pun sambil dok masak mkn lain tu sambil ler buat apam ni........ok n3 kuih apam gula merah ni saya buat semalam lagi saja jer buat utk bawa masa jumpa kawan-kawan kat sini thn baru semalam.


boleh juga tgk kat hanamemories ....ok resepi apam ni saya copy dr dapurmas ... dan ramai lagi blogger lain yg dah cuba...tak ingat dh sebab dh ramai sgt pun yg mencuba..... rasanya resepi yg sama juga kot.......btw terima kasih yer pada semua yang berkogsi resepi  diatas resepi saya  minta izin C&P yer.

Bahan :
  • 125 gm gula pasir
  • 125 gm gula Melaka - dipotong kecil2 
  • 150 ml air
  • 250 gm tepung gandum
  • ½  sudu teh soda bikarbonat
  • ½  sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100 ml minyak masak
  • Papercup secukupnya.

Cara :
  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

Nota :
  • untuk dapatkan apam yang senyum kena letak dalam papercup atau jika guna acuan, jangan sapu minyak dalam acuan tu.
  • jangan tuang adunan ke dalam acuan atau papercup sampai penuh, biar berbaki suku dari acuan atau papercup sebab adunan akan naik nanti.
  • kukus dengan api kuat dan jika air kukusan berkurangan, tambah air panas dalan bekas mengukus tu .
  • tunggu air kukusan betul2 mendidih baru masukkan adunan apam yang hendak dikukus dan lapik penutup dengan kain dan pastikan penutup ditutup kemas.

13 comments:

  1. amboiii...cantik dan mekar setaman apam nieza ni....
    suka k.mas tengok.....akhirnya sampai gak apam ni kat finland yer...sedapp kan nieza apam ni....

    ReplyDelete
  2. Tq K.Mas!
    itulah kan tempias apam dah sampai ke sini....alhamdulillah hasilnya kembang setaman juga...hehe

    ReplyDelete
  3. apam 4ketoi, malas nk wat minum petang ni

    ReplyDelete
  4. Hi nieza....mmm Ayu agak by this moment, dah abis dah apam tu pun....kembang gebus tu......tahniah!!!:) Demam apam sampai gak kat sane.....

    ReplyDelete
  5. K.Lina: apam dah abis daa...hehe

    Ayu: ya ayu dah selamat dah...tu la kena tempias mengapam juga kat sini...:)

    ReplyDelete
  6. Salam Niza,
    Cantiknye apam dia. Saya dah lama terliur tgk apam ni tp tak terbuat buat jugak lagi :)

    Happy new year!

    ReplyDelete
  7. salam org finland... org jepong dtg memalam nk ngecek apam... ada lg kaaaa? padahal dh nk beradu dah nih rasa lapo la pulak! huh mencik taww

    ReplyDelete
  8. salam..
    ada lagi ka belen2 apam tu.....?

    ReplyDelete
  9. hamboii.. mekar sungguh apam neh! taburkan kelapa parut sodap neh!hehe

    ReplyDelete
  10. salam nieza,
    cantik je tersenyum apam tu...suker tengok...puas hati bila tengok apam yg kita buat tu tersenyum kan nieza..

    ReplyDelete
  11. Ijan: salam, try la buat ijan senang jer sambil msk benda lain jer ni...:)

    K.hana:salam, tak dak dah la....ha pi beradu dulu esok lak la mkn...hehe

    mr.mama:salam, dah abis la mr.mama..:)

    hotmama: ya betul la sedap kan...:)

    ReplyDelete
  12. jeles tengok apam yg kembang mekar tu... bila la kak rose nak dapat yg cantik camtu!

    ReplyDelete
  13. kak rose buat tak kembang ke?..kenapa yer?...susah juga nk jwb soalan tu....btw cuba lagi kak rose...insyaAllah nanti jadilah tu..

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers