1 Dec 2010

Ikan Kukus Asam Boi

 
resepi dan cara msk kukus ni memang bagus utk kesihatan badan...senang plak tu...so kalau rasa nak cepat msk dan nak menu yg sihat bolehlah mencuba resepi ni....memang sedap dgn rasa asam boi yg masam2 manis gitew....oklah Sumber resepi dr dapur Hana yang memang rajin memasak dan dok jauh di Jepun tu...tqvm izinkan saya berkogsi resepi pula yer Hana..:)

Bahan-bahan
Ikan yang sesuwai utk kukus (siakap, kerapu etc )
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk
1-2 batang serai - hiris
1 inci halia - hiris memanjang halus
5 biji asam boi putih atau lebih...saya campurkan dgn asam boi merah
1/4 batang carrot - hiris memanjang halus
Tomato cherry @ biasa - belah 4
Daun ketumbar
1 sudu sos ikan
1 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram - (optional)
Hirisan limau atau jusnya
Cili padi dan cili merah - ikut kepedasan masing2 - hiris@ketuk
Garam - jika perlu
Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat)

Cara-cara
1. Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jgn byk sgt) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.
2. Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.
3. Susun dan taburkan bhn2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
4. Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
5. Kukus ikan selama 15min atau hingga masak.
6. Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali.

4 comments:

  1. sedapnya ikan kukus, letak asam boi lak tu....

    ReplyDelete
  2. yer Mas...menu sihat dan sedap..bolehla cuba nanti...:)

    ReplyDelete
  3. salam nieza,
    dah lama nak try resepi ni tapi asyik lupa beli asam boi je...
    sedapnya....

    ReplyDelete
  4. salam suzie...ha cepat ler gi beli asam boi tu!....hehe..cubalah memang sedap!

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers