20 Dec 2010

Burung Puyuh Masak Bali

Jom-jom kita pi Bali...hihi jauh bebenor yer nk kesana......ok layan lauk burung masak bali pula....ada juga org jual burung puyuh ni kat sini tapi yg difrozenkan lah....terjumpa kat kedai muslim org Bangladesh hari tu....tgk terus jer beli...bkn apa saja teringin jer...dok kat M'sia pun jarang-jarang  nk mkn burung ni kat sini pula dapat mkn.

hari  tu dah pernah try ayam masak bali sedap juga...so try pula masak burung ni gunakan resepi yg sama juga...bolehlah kalau nk mencuba....ok jom kita tgk resepi.

Bahan-bahan
2 ekor burung puyuh....boleh juga gantikan dgn ayam/daging

1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat
Cili kering
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam
Gula

Cara-cara
1.Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
2.Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap burung dengan bahan ini.
3.Panaskan minyak dan masukkan burung yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
4.Bila burung sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6.Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

8 comments:

  1. salam niwza>akak yg dok mesia ni pon ssh nk jumpa puyuh ni,dier lak ada rzk kat sana nun..sedap tuuuu..nak ratah sekoq bleh?

    ReplyDelete
  2. Salam K.Lina,
    ha tu la kan...masa saya dok Msia pun jarang nk dapat mkn burung puyuh ni...tapi kat sini pulak ada...jauh benar burung ni terbang sampai ke sini kan..hihihi

    ReplyDelete
  3. betul tu..br zla nak ckp kitorang dok mesia pon xjumpa puyuh...tp serius, nampak sungguh menyelerakan..hehhe

    ReplyDelete
  4. haha zila, burung-burung kat sana x tahan panas lah tu..lari mai tempat sejuk ni nk main snow kot...hihi actually masa saya dok kat M'sia pun x jumpa...dtng sini lak ada..rezeki la kan..:)

    ReplyDelete
  5. salam nieza, sedapnya puyuh...merasa juga puyuh kan walaupun kat tempat orang...he..he...rezeki nieza tu...

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Mas, itulah kan...kat sini bahan mentah nk msk tu boleh dikatakan ada jugalah tinggal lagi rajin ke tak nk msk jer....hihi

    ReplyDelete
  7. bestnya...aida suka western food...nanti aida cuba ye resipi nieza...anyway nieza pagi cheese apa?

    ReplyDelete
  8. cubalah aida....actually niza guna cheese kat sini jer kalau kat M'sia tu boleh guna yg jenis cheedar/mozarella cheese...ok selamat mencuba!...:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers