21 Dec 2010

Penne with Asparagus Carbonara


Salam semua...hari ni ada urusan kat luar umah...haha masak pun simple jer lah.....so layan pasta la pulak kan....panjang bebenor namanya kan...tapi msk simple jer...actually  saya selalu tengok gambar majalah masakan org finnish kat sini ni dan biasanya diorang kasi free jer majalah tu selalu antar kat umah.

Gambar mkn dlm majalah msk2 tu disertakan sekali resepi. nampak mkn diorang ni sedap-sedap juga...tapi resepi pulak tak brapa nk faham dlm writting bahasa finnish...so...kita main agak-agak jer lah  pastu nengok kamus finnish sikit-sikit.

 dan tambah  pulak sikit-sikit citarasa tekak org M'sia ni kan....jadilah resepi ni....bolehlah kalau nk mencuba bagi sesiapa yg nak bertukar selera tu kan.

Bahan-bahan
160gm Panne atau secukupnya 
2-3 sudu besar olive oil/minyak zaitun 
10 batang asparagus dipotong pendek lbh kurang 2cm panjang
3 ulas bawang puting dicincang halus
10 ekor atau lbh udang sederhana saiz
sedikit kupang
1/4 cawan cheese....saya guna yg dah siap disagat halus
1/2 cawan whipping cream/ fresh milk
tsp dried oregano
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
garam secukup rasa
sedikit air jika terlalu kering

Cara masak
1. Panne direbus dengan sedikit garam dan minyak zaitun sehingga lembut. 
Kemuadian toskan dan gual dengan sedikit minyak zaitun agar tidak meleket.

2. Panaskan minyak zaitun dan masukkan bawang putih, masak sehingga bawang garing, kemudian masukkan udang dan kupang masak sehingga kekuningan.  kemudian masukkan penne, kacau balik agar mesra dengan minyak. 

3. Kemudian masukkan whipping cream dan serbuk lada hitam. Kacau sebati. Masukkan  cheese. Kacaukan sebentar sehingga cheese cair dan sebati.

4. Masukkan air bancuhan tepung jagung

5. Masukkan asparagus yg dipotong tadi kan kacaukan sebentar

6. Perasakan dengan sedikit garam atau tambahkan sedikit air jika perlu.

7. Kacau sebentar dan taburkan sedikit daun oregano. Sedia untuk dihidangkan. selamat mencuba!

6 comments:

  1. kak mas suka asparagus,sedapnya tapi pasta tu kurang la, tekak melayu ni ngada2 kan..he..he...

    ReplyDelete
  2. ya la kita pun sama juga kak...tekak org melayu ni nk kena nasi,sambal belacan juga tapi kekadang teringin pula nk tukar selera....hihi...dan asparagus ni memang sedap....bagus mkn byk khasiatnya.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Ermmm nampak sedap sangat sebab saya suka makan macam ni.

    ReplyDelete
  4. Salam hazila,
    samalah kita....hihi tu la nk msk ni pun senang mkn lagilah senang..:D

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers