12 Nov 2010

Popia Goreng Pedas

hari ni hari bermalas-malasan....hehehe...bukan apa esok nak cuti masak-masak jap...nak pi holiday...cuti-cuti europe jer...so..msk pun simple jer la. resepi ni saya ambik dr kak raidah boleh click disini...tima kasih kak minta halalkan resepi ni yer.

Bahan-bahan:
Bahan kulit popia ~ secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn 3 sudu besar sebagai gam kulit popia.

Bahan untuk inti:
Udang ~ dipotong dadu
2 cawan taugeh
1 batang carrot ~ disagat/potong halus
1 mangkuk kobis ~ dimayam
1 labu bawang besar ~ dimayam
3 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yg ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan udang, bawang besar dan carrot, kacau rata.
3. Masukkan kobis, garam dan gula. Kacau rata.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun ke dalam mangkuk.
5. Bubuh inti popia ditengah kulit popia dan gulungkan sehingga hujung dan gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
7. Bila telah kekuningan bolehlah angkat dan toskan minyak.

Ini resepi untuk sambalnya.
Bahan-bahan:
2 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih ~ tumbuk hancur
1 biji bawang besar ~ ditumbuk
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar cuka
1 sudu besar atau secukupnya gula
Garam
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit bawang goreng

Cara penyediaan:
1. Tumiskan cili dan bahan lain. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
2. Bila dah masak, taburkan ke atas popia goreng tadi dan taburkan juga sedikit bawang goreng ke atas popia tersebut. Hidangkan..

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers