4 Nov 2010

Mutton Biryani Part 2

Nasi briyani lagi!!....haha ni mkn fav en.hubby....dia suka sgtla ngan nasi beriani kambing ni.....mula-mula dulu saya tak suka mkn lauk kambing ni tapi sejak hubby posting kat Dhaka,Bangladesh dulu...saya try mkn sekali sedap pula dan tak bau hanyir pun mcm kambing kat Malaysia tu...maybe pasal cuaca yg berbeza sama kot yg membuatkan kambing tu x bau. So...belajar masak dgn maid jer masa kat sana dulu....maid org local sana....banyak lagi bhn2 lain yg dibubuhnya tapi saya buat yg simple jer....apa yg ada kat sini jer.
 Ramai org yg takut nk mkn kambing ni dan mcm2 pendapat lah ada...actually mkn lauk kambing ni adalah salah satu drp sunnah nabi...dan ada pula pendapat yg mengatakan belum ada kajian yg mkn kambing ni boleh memudaratkan kesihatan....wallahualam. ok resepi lbh kurang sama ler dgn entry yg lepas punya masakkan mutton briyani tapi saya buat kali sukatan separuh jer dan boleh juga rujuk n3 yg lepas .nasi ni saya mkn dgn mutton masala.

Bahan-bahan:
1/2kg daging kambing + tulang
3cwn beras basmati  dicuci, toskan
41/2 cwn air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
1 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron) tak letak pun coz tak ada
1/2 packet rempah shan/ rempah briyani lain tapi saya gunakan yg dr Pakistan
1/2 biji lemon
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
1/2 cawan gajus goreng
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi. Tumiskan bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah shan dan kacau sebentar.
3. Kemudian masukkan daging kambing dan masak sehingga daging masak dan empuk. Tambahkan garam secukup rasa.
4. Masukkan karot, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau nasi bila nasi betul2 masak dan sebati dgn rempah serta daging.
6. Bila dah masak bolehlah diangkat dan dihias dgn bawang goreng

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers