4 Nov 2010

Mutton Masala


ok ceta pasal masakkan masala ni memang terkenal sgtlah dinegara India,Pakistan dan juga Bangladesh dan beberapa negara lain...ya la asal usul rempah ratus dulu pun asal dr negara luar juga. masakkan ni menggunakan rempah yg dikenali garam masala...simple jer cara masakkannya. Saya pernah belajar dgn maid masa husband posting di Dhaka, Bangladesh dulu tapi saya ada tambah dan ubah suai sikit resepi ni mengikut citarasa saya.

Source: Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan :
1/2 kg daging kambing yang dicampur dgn tulang
2 camca besar garam masala
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus
2 camca kecil serbuk cili merah
2 camca kecil rempah kari daging
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca besar serbuk jintan kasar
4 labu bawang besar dihiris nipis
150ml Tairu yg ni saya tak bubuh coz tak ada....tapi boleh digantikan dgn sedikit plain yogurt.
2 camca besar tomato puri
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus (tak letak tapi kalau ada tu bolehla letakkan)
2 biji cili hijau dihiris
Minyak msk
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1 biji ubi kentang dipotong nipis
1biji buat tomato dibelah 4

Cara-cara membuatnya :
1. Cuci bersih daging dan toskan.
2. Rebuskan terlebih dahulu daging sampai lembut...dan ketepikan.
3. Tumiskan bawang besar sampai kuning dan garing.
4. Masukkan semua rempah garam masala dan bahan-bahan yang lain ke dalam tumisan tadi dan kacau rata dan masukkan daging yg direbus tadi bersama sedikit air rebusan daging.dimasak lagi selama selama 10 minit. (lebihan air rebusan daging itu saya gunakan utk memasak nasi beriani kambing)
5. Masukkan air Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.

4 comments:

  1. salam nieza

    bestnya ada mutton masala..hanya akk tak pernah beli garam masala ( rempah betul kan)lepas akk buat beriani kambing tu, dah jatuh cinta pulak ngan kambing..akk guna kambing frozen..mmg tak berbau hamis..hanya kambing fresh je yg hamis kat sini..pernah terdgr info..mkn kambing paling baik dari lembu dan ayam..kolestrol paling rendah..mcmana lah org kata tinggi ek..apapun akk suka ngan mutton masalla nanti nak cubalah pulak..nak buat nasi beriani mutton masala hihihii..

    ReplyDelete
  2. salam kak Nor, ya kak saya pun dulu tak suka tapi bila dah start mkn tu rasa sedap pula...daging kambing ni dagingnya lain dr yg lain.kat Msia saya tak sure la kak ada jual ke tak garam masala tu...tapi akak try la cari...bolehlah try resepi mskkan ni...sedap juga kalau mkn dgn nasi beriani kambing yg akak masak tu...hehe

    ReplyDelete
  3. wahh! masak mutton sempena diwali ye? hehehe we all suka kambing tp i yg tk pernah masak kambing kecuali buat lamb chop tu rajinla...kalau berkuah mcm ni asyik mkn kat kedai je sbb i tk confident nk masak n tk reti camner nk beli daging kambing tu :D

    ReplyDelete
  4. tu la pasal kan...mcm nak sambut raya depavali pulak....kihkih..zarin, daging kambing ni kalau pandai cuci dan tau cara msknya dia takkkan bau...saya beli yg frozen jer kat sini import dr luar...kalau daging fresh kekadang berbau...try la msk nanti..:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers