18 Oct 2010

Kuih Talam Keladi


Kuih talam keladi ni buat weekend lepas masa kwn2 kat sini datang umah....dah lama nak buat kuih ni tapi asyik tertangguh jer..lagi pun kalau buat utk mkn 2 org tak abis pula kena buat time ada org datang umah...so tak adalah membazir terbuang kalau tak abis mkn tu kan. 

Resepi asal kuih talam ni saya ambik dari buku resepi turun temurun Rubiah Suparman tapi diubah suaikan sikit mengikut citarasa sendiri...biasalah lain dr yg lain...hehe yg lainnya talam keladi mengikut gambar resepi tu colour purple tu diatas dan yg putih dibawah tu ubi keladi...tapi saya buat ni terbalik pula....ubi dan colour purple pula dibawah....actually ada ceta skit pasal tu...cetanya  ubi keladi yg saya beli kat sini memang colour purple...saya beli yg frozen di kedai aseanic yg diimport dr Thailand coz kat sini lum pernah jumpa lagi ubi keladi ni dijual dimarket Finland ni...apapun tak kisahlah kan.

Bahan-bahan
Lapisan Bawah
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kanji
4 cawan santan
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji keladi (dipotong dadu dan direbus)
sedikit pewarna ungu

Lapisan Atas
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 cawan santan
1/2 sudu teh garam

Cara Membuat Lapisan Bawah:
1. Campurkan semua bahan lapisan bawah hingga rata.
2. Kacau atas api dan masukkan keladi
3. Bila sudah agak pekat, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.

Cara Membuat Lapisan Atas:
1. Campurkan ke semua bahan...kacau hingga rata dan tapiskan agar tidak bergentel...nak senang masukkan dlm blender.
2. Masak atas api dan kacau rata hingga pekat
3. Kemudian barulah dituangkan atas bahan lapisan bawah yang telah dikukus tadi. Kukus sekali lagi....bila sudah masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers