24 Sep 2010

Kek Marble Pelangi

Salam aidilfitri lagi...bulan syawal belum lagi berakhir so...masih mood raya lagi la....Setelah sekian lama tak update n3 masak-masak ni....hari ni barulah berkesempatan nak update...sebelum ni bknnya tak masak....masak juga tapi masa balik Malaysia hari tu bz sgt tak sempat nak ambil gambar masakan pun...dah tak berupdate ler blog ni...so dah blk ke sini episod lama pun berulang kembali....masak saja jer lah kejanya.

Actually buat kek ni pun untuk dibawa ke rumah kawan disini yg buat open house esok...so fikir punya fikir apa lah nak dibawakan....buat yg senang dan simple sajalah....tapi buat kek marble pelangi tak juga senang sgt pun coz kena juga kerajinan untuk membuat pelbagai colour tu kalau tak rajin tak ada lah colour yang meriah mcm ni kan. .mood rajin terlebih pulak hari ni so terbuatlah kek marble  2 version pulak satu yg dibakar dan satu lagi  yg dikukus....adunan yg sama cuma cara saja yg berlainan...saja jer cuba mencuba..dua2  cara itu mempunyai rasa yg tersendiri..kalau nak tau kena lah mencubanya sendiri!


ni ler rupanya kek marble pelangi yang dibakar nampak sedikit garing ditepi-tepi kek itu

ni pula kek marble pelangi yang dikukus....teksturnya nampak lebih lembut

Resepi kek ni asalnya saya dapat dr majalah...dah lupa majalah apa ... dah lama dah tapi saya ubah suaikan dengan citarasa sendiri dan yg kukus tu memang saya saja mengubah teknik masakan saja. Boleh juga kalau nak mencuba.

Bahan-bahan
11/2 Cawan gula halus
11/2 cawan mentega
3cawan tepung gandum
1 sudu tea baking powder
5 biji telor
sedikit esen vanilla
pelbagai pewarna....ni terpulang berapa warna yg kita suka...kalau tak suka byk letak 2-3 pewarna pun dah ok. saya letak banyak juga warna ada warna  merah,biru,hijau,purple,coklat dan kuning.
3 sudu besar susu manis.
5 sudu besar fresh milk
1 sudu tea ovalett ni pun saya letak tapi kalau tak nak letak pun tak apa.

Cara membuat:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan di pukul lagi
3. Masukkan tepung,vanila dan baking powder, ovalett, susu manis dan fresh milk.
4. Kemudian  bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan dan tuangkan ke dalam loyang dengan berlapis-lapis.
5. Bakar selama 35-45 minit.
6. Biarkan sejuk dan bolehlah dipotong.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers