Semasa di Penang Airport bersama mak,mak mertua,kakak ipar, adik ipar dan anak buah,abg dan adik yg datang menghantar saya balik di airport.
mak bersama cucu....anak adik saya
bergambar bersama ana dan anaknya
oklah berbalik semula pada ceta travel semasa saya balik ni....pada jam 12 tgh malam waktu Malaysia saya pun terbanglah ke Amsterdam...perjalanan diatas flight ni memakan masa 13jam tanpa henti...memang terasa lama sgt dan kaki pun sampai bengkak sebab duduk terlalu lama.tapi apa nak buat kan sabar jer lah. so..selamat tiba diAmsterdam airport pada jam 6.10pagi waktu Amsterdam...kalau kat Malaysia time tu dah jam 1petang dah. Kalau ikutkan jadual penerbangan saya terpaksa transit di Amsterdam lbh kurang 6jam saja dan flight balik ke helsinki pada jam 12tgh hari tapi disebabkan flight kesana delay dan dimaklumkan saya terpaksa tunggu flight kesana pada jam 6.50ptng pula. ini bermakna saya terpaksa melepak di Amsterdam airport selama 12 jam....amatlah membosankan.bukan saja terpaksa menunggu saja tapi terpaksa mengambil beg yg telah di check in dr sana semula dan terpaksa keluar melalui kastam sana dan menunggu pula untuk check in balik pada jam 4ptng. Kena pula soal jawab dgn kastam sana....biasalah kastam tu kalau tgk kita ni warga asing mcm2lah disoalnya....beg pun dia nak check...actually saya bukan nak masuk Amsterdam pun cuma transit saja disana.....saya pun guna jugalah kesempatan yg ada saya tunjukkan pada kastam tu dilpomatik pasport saya...memang saya gunakan pasport diplomatik pun sebab my hubby bertugas diluar .....dan dia pun tgk dan dia ckp dia percayakan saya dan tak jadilah dia nak check beg. Actually saya tak kisah kalau dia nak check pun bknnya ada bawa senjata pun tapi malaslah nak simpan kalau dia dah start punggah barang nanti satu masalah pula saya nak kemas. Semasa transit ni pula saya tak dapat untuk menghubungi my hubby untuk bertanya dan maklumkan keadaan saya masa tu disebabkan no hp yg digunakan tak dapat dihubungi. tapi nasib baiklah suami dapat menghubungi sendiri pihak Finnair Airlines di Helsinki dan mereka telah memaklumkan pada my hubby flight saya delay dan waktu yg saya akan tiba di helsinki nanti pada my hubby. Semasa di airport saya diberi kupon mkn yg berharga 14.50euro saja...so apa yg boleh dimakan hanyalah roti dan minum air saja...kalau ikutkan lapar memangla lapar tapi apa nak buat mkn halal tak ada jual kat sana..itu sekadar untuk mengalas perut saja. Finally dapat juga saya berlepas dr Amsterdam airport ke Helsinki pada jam 6.50ptng waktu sana dan pada masa itu jam 2 pagi waktu Malaysia. Perjalanan ke Helsinki hanya 2jam diberikan roti dan minuman tapi saya tak ambil pun roti tu sebab ada daging yg tak Halal..saya hanya minum air saja..pada masa ni badan pun terasa latih sgt...ya la selama 12 jam di Amsterdam saya tak berani nak tido sebab takut juga seorang diri dgn bawa beg lagi.
ni ler mini museum yg ada didalam airport Amsterdam
barang2 yg dipamerkan
shopping souvenir saja la...
view di luar airport Amsterdam
time ni pulak tgh berjalan mencari pinta gate 35...dok dihujung sekali penat jugalah kaki ni..
Lastly saya selamat juga tiba di Helsinki airport pada jam 10mlm waktu Finland dan 4pagi waktu Malaysia...masa turun flight tu kaki dah terasa sakit sgt coz kaki saya bengkak dan pakai kasut pun terasa ketat dan saya berjalan juga perlahan2 untuk mengambil beg dan keluar. hidung pun sampai berdarah maybe badan terlalu panas sama. Masa keluar tu dah nampak dah my hubby dah tunggu...syukur alhamdulillah dapat juga berjumpa dgn hubby setelah sekian lama terpisah...terpisah buat sementara waktu saja....so saya pun balikla kerumah.
Inilah pengalaman berharga yg tak pernah lagi saya lalui...perjalanan yang memakan masa hampir 34 jam dah dekat 1 setengah hari.....macam-macam perasaan saya rasa pada masa itu....hanya Allah saja yg tau tapi saya kena kuatkan semangat saya.....ya la berada ditempat orang seorang diri pula tapi Allah ada bersama saya....saya berdoa semoga saya akan sampai dgn selamat. inilah ujian dan dugaan yg saya kena tempuhi. Ini hanyalah sekadar berkongsi suka duka pengalaman saya semasa travelling...pengalaman travel walaupun seorang diri ni kita kena pandai bawa diri...kalau tak tau apa2 janganlah malu2 utk bertanya. sekian sajalah cerita suka duka saya dalam perjalanan yg jauh balik ke sini.
No comments:
Post a Comment
sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)