3 Oct 2010

Open House Aidilfitri Gathering

Alhamdulillah... dah selesai dah majlis open house di rumah pada hari sabtu 2 Okt jam 2ptng semalam .....syawal belum abis so...masih di mood raya lagila kan. Actually ni ler our 1st time gathering sejak saya dan suami posting kat sini...raya last year tak sempat nak buat open house coz masa sampai sini 2 minggu jer lagi nak raya pastu time tu barang dlm kontena pun lum sampai cuma bawa beg pakaian saja so tak dapatlah nak buat open house. dah setahun kat sini baru lah  berkesempatan untuk jemput kawan-kawan dan kenalan-kenalan malaysian dan finnish yg tinggal disini.Majlis ni kira 2 in 1 juga lah coz buat open house dgn house warming sekali coz baru jer berpindah ke rumah baru ni 4 bln.

oklah ceta pasal majlis semlm terasa meriah sgt...ramai juga tetamu yg hadir kira-kira tu lbh kurang dlm 60 orang tetamu yg hadir termasuk dewasa dan kanak-kanak....alhamdulillah makanan pun cukup. Saya memasak makanan dan dibantu oleh suami...terasa penat juga tapi bila sekali sekala buat mkn2 terasa seronok juga penat pun dah tak rasa. Masa di Dhaka dulu saya dan suami dah biasa dah buat jamuan mkn2 ni...memang kerap juga kami buat mkn2 bkn saja open house hari raya tapi dihari2 lain juga....lagipun kat sana barang semua murah dan senang untuk dapat...org malaysian pun ramai senang jugalah nak dapatkan stok barang dr Malaysia kalau nak kirm saja diorang yg selalu blk tolong belikan. kalau  nak msk2  ada pula maid yg dapat bantu saya didapur...kat sini tak bawa maid so..semua kenalah buat sendiri. Tapi inilah pengalaman hidup...tapi bila semua kena buat sendiri satu kepuasan juga sebenarnya.oklah layan gambar2 lah dulu.

ni ler menu utama yg disediakan....ada mutton beriyani, kari daging, rendang ayam, salad, acar timun dan nenas, nasi himpit kuah kacang,ketupat palas segera dan lemang yg dibuat sendiri guna daun pisang dikukus dan dibakar oven jer......bolehlah kan...sejak dok kat dhaka mcm tu la cara yg saya selalu buat..bungkus mcm buat kuih lopes tu. Nasi beriyani tu cepat abis compare dgn nasi putih....nampaknya org lbh suka nasi yg berempah tu rasanya  masak dah byk dah 8 cup..pastu nasi putih pun masak lagi. Lega juga bila tgk dah abis tu tapi kesian pula tgk org yg datang terlewat tak sempat pula nak rasa..tak pa lah next time kalau buat lagi kena tambah lagilah tu. menu lain pada tu ada juga makanan org finnish....sup ikan salmon yg dimakan dgn roti ni saya tempah khas drp kak mastura org Malaysia yg berkahwin dgn org sini....alhamdulillah ramai juga org yg suka mkn...sedap.



sepatah dua kata ucapan drp my hubby
bergambar bersama kwn Laimes,isteri tuan rumah dan jiran






makcik ni 1st time mkn ketupat ni




sessi bergambar bersama kawan-kawan di Finland...meriah betul bila berkesempatan berjumpa ramai2 mcm ni.



ni pula bergambar bersama tuan rumah dan jiran di sebelah rumah.





ada juga yg berkaraoke 




ni ler rupanya nasi beriyani kambing yg saya masak 

kari daging ni buat 3kg jer...alhamdulillah cukup 

rendang ayam ni pula saya masak 51/2 ekor...ni pun cukup dan ada lbh sedikit saja 

salad
 kuih lapis

 cornflakes madu

 puding roti

 bingka ubi kayu

 cheese cake

 kuih lapis pisang

 agar-agar marble coklat

pandan  chiffon cake

 blueberry pie

ni ler antara dessert yg dihidangkan...ada yg dibuat sendiri dan ada yg kawan-kawan bawakan

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers