12 Jul 2010

Kuih Talam Kacang Merah


Kuih talam ni dimasak semalam lagi tapi tak sempat nak n3...lebihan kacang merah masa buat kuih lapis kacang merah tu masih ada ....saya pun gunakan saja utk buat kuih talam ni...my hubby pun suka sgt mkn kuih-kuih talam ni...

so ..saya pun cuba2lah resepi kuih talam ni pula..actually ni dah 2nd time la buat sebelum ni pernah buat tapi 3thn lepas masa dok di dhaka...pastu bila blk Msia keja malas dah...sekarang ni pula nak try2 blk...dulu saya gunakan kacang merah dlm tin jer ..tapi sekrng saya gunakan kacang yang mcm kacang hijau...saiz pun sama mcm tu....susahlah sikit tapi kalau nak senang gunakan saja kacang dlm tin saja.
ok  jom kita tgk  resepinya....sumber asal resepi kuih ni saya c&p dr blog kak liza....thanks to chef Hanieliza...resepi yg simple lagi sedap ni...tapi saya ubah suaikan sikit dr segi bahan kacangnya saja....saya tak gunakan yg tin coz susah nak jumpa ....maybe ada jual tapi tak jumpa cari disini.

Bahan-bahan
Lapisan bawah - kacang merah
1 tin kacang merah [425 gm][mesin halus sikit] yg ni saya tukar dan  saya gunakan kacang merah yg kering tu direndam semalaman kemudian direbus dan diblender halus
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi/jagung/tepung kanji
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
pewarna merah

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - santan
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + garam sikit

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang merah tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers