13 Jul 2010

Sotong Hitam Manis

Hari ni masak lauk simple dan senang jer....sumber resepi masakan ni drp majalah wanita keluaran thn bila dah lupa dah....tak kisahlah kan apa yg penting resepi ni mudah dan senang nak sediakan...tambah pulak kalau msk sotong ni sekejap jer dah masak...oklah resepi seperti dibawah..:-
Bahan-bahan
10 ekor sotong sederhana besar dipotong bulat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar cili blender
5 ulas bawang merah- dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halis - dikisar
2 sudu kecil kerisik
Garam secukup rasa

Cara  memasak
1.Tumis bawang merah,bawang putih,halia dan cili blender sehingga garing dan naik bau.
2.Masukkan sos tiram,kicap,kerisik,dan garam.
3. Gaul rata dan tumis lagi.
4. Masukkan sotong, gaul sebati dan biarkan kuah mendidih sehingga pekat....kalau nak berkuah janganlah dimasak terlalu lama...lagipun msk seafood ni 8-10 minit dah masak dah....angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers