1 Jul 2010

Kuih Lapis Kacang Merah


Di petang hari yg panas di time2 summer  ni....saya pun merajinkan diri melapis kuih lapis kacang merah ni...ni 1st time try buat kuih lapis kacang merah ni...actually kacang merah ni dimasak untuk buat inti kuih pau tapi ambik sikit buat kuih lapis ni...inti untuk pau tu simpan dulu bila ada mood rajin nanti buat kuih  pau kacang merah la pulak. Oklah resepi asal kuih lapis ni saya C&P dr blog kak yatie yg dok jauh di US....thanks kak yatie minta izin C&P resepi yer...sedap resepi ni.

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
3/4 cawan gula
3 1/2 cawan santan
1 s/k garam
Bancuh semua bahan ini dan tapiskan...
Bahagikan sama banyak dan masukkan dalam 2 mangkuk... {mangkuk [1] dan [2]

Bahan B
1/2 cawan kacang merah rebus(yg dah rebus dan lecek sikit)
Pewarna merah
1/4 cawan air
Masukkan Bahan B dalam mangkuk [1]
Gaulkan rata dan ketepikan

Bahan C
1/4 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
Masukkan Bahan C dalam mangkuk [2]
Gaulkan rata dan ketepikan

Cara memasak
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang saiz bulat 8 inci atau 8 inci x 8 inci .
2. Masukkan 1 cawan lapisan merah dan kukuskan selama 5 minit.
3. Masukkan pula 1 cawan lapisan asal [warna asal] dan kukuskan 5 minit.
4. Buat sehingga lapisan habis dan setiap kali nak tutup semula tudung kukusan hendaklah dilapkan kering
5. supaya air tidak menitik.(atau balut dngn kain penutup kukus)
6.Untuk lapisan akhir sekali, kukus selama 15 minit.
7.Bila telah masak sejukkan betul2 dan potongkan dengan pisau plastik supaya kelihatan cantik.

2 comments:

  1. Salam Nieza,
    Tahniah menjadi dan cantik kuih lapis pisang ni....sedapkan...ada lagi tak....klau dpt rasa betul2 ni best...

    ReplyDelete
  2. Salam kak Yatie...hehe bkn kuih lapis pisang la akak...kuih lapis kacang merah..colour nak sama tapi rasa berbeza...apapun tima kasih la atas resepi akak tu..kalau dkt memang nak kasi rasa tapi jauh beribu lemon plak...:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers