1 Jul 2010

Ayam Masak Hitam

Masakkan ala-ala mcm masak hitam di kedai nasi kandar....ni belajar ngan MIL dulu tapi dah lupa apa lagi bhn tambahannya...yg mana ingat sajala yer....ni ler rupanya....boleh dimakan dengan nasi putih ataupun roti.

Bahan
1/2 ekor ayam dipotong kecil
15 biji cili kering dimesin atau boleh juga gunakan serbuk cili
10 ulas bawang merah dimesin
3 ulas bawang putih dimesin
1 inci halia dimesin
1 sudu kecil jintan manis dimesin
1 sudu kecil jintan putih dimesin
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
Minyak masak
½ cawan kicap pekat
2 sudu besar kerisik
3 keping asam keping ataupun boleh gunakan sedikit air asam jawa jika suka
2 sudu mkn rempah kari ayam
2 susu makan sos tomato
2 sudu mkn sos tiram
garam dan sedikit lada hitam

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan bawang putih.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak.
3. Masukkan bahan mesin dan ayam. Biarkan sehingga lembut.
4. Bila sudah lembut masukkan kicap dan kerisik, sos tiram,sos tomato dan serbuk lada hitam.
5. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak. perisakan garamnya.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers