Salam di hari Jumaat...hari yg menjadi penghulu segala hari..our menu masakkan hari ni Asam pedas kepala ikan salmon...nak gunakan kepala ikan lain pun boleh..tapi kat Finland ni nak dapatkan ikan fresh susah sikit..yg senang nak dapat ikan fresh ni ikan salmon dan ada lagi ikan lain yg kecik2 tapi tak sama mcm kita kat Malaysia....kalau nak mkn ikan dr asia kena mkn yg frozenla ada jual dikedai aseanic kat sini tapi tak fresh mcm ni...so bila try salmon msk asam pedas pun sedap juga...lemak2 gitew.
1 ekor kepala ikan salmon dan dicuci bersih
6 biji bendi
1 biji buah tomato dibelah 4
1/2 cawan jus asam jawa
1 tangkai bunga kantan dibelah 2
4 s/b minyak masak
garam
Bahan B (dimesin)
10 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 s/k kunyit serbuk
1/2 inci belacan
1/4 inci halia
sedikit daun kesom
3 cawan air
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa, dan air. masakkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendidih lagi.
4. Masukkan buah tomato, daun kesom,bunga kantan dan bendi.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut.
6. Angkat dan hidangkan
No comments:
Post a Comment
sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)