Bahan-bahan
1 biji telur
5-6 biji buah strawberry kalau suka boleh letak lbh lagi
sedikit pewarna merah
3 sudu kecil butter, dicairkan dan ketepikan hingga sejuk
1 cwn tepung gandum serbaguna
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 cwn buttermilk*
*jika tiada buttermilk boleh diganti pada 1 cwn susu segar dicampur dgn 1 1/3 sbsr cream of tartar. Tunggu 5-10 min hingga hasilnya menjadi berbentil2.
1 sudu kecil baking soda
Cara-cara
1.Di dlm mangkuk, pukul telur, butter yg telah sejuk pada suhu bilik.
2.Ayak tepung dan baking soda bersama kemudian campurkan bersama gula & garam.
3.Campurkan bahan kering tadi bersama telur dan butter yg telah dipukul. Gaul rata.
4.Tambahkan pula buttermilk atau campuran susu segar tadi dan kacau lagi hingga tidak berbentil2.
5. Masukkan sedikit pewarna merah dan buah strawberry yang potong kecil atau dilecek dan gaulkan sebati.
6.Panaskan kuali yg leper dan tuangkan agak sesenduk kecil keatas. Biarkan ia berbuih di tepi2annya sebelum membalikkan.
7.Setelah masak bolehla diangkat dan dihidang bersama dgn strawberry syrup ataupun jem.
Wah pink lagi pancake tu... bile la rajin nak masak best best gini ni... :)
ReplyDeleteijan, saja jer buat colour pink tu lain dr yg lain.....lagipun ada campur strawberry ckit..:)
ReplyDelete