16 Jul 2010

Kuih Pau Kacang Merah

Kuih Pau ni actually dah lama sgt nak buat tapi tak terbuat2...so..hari ni baru  merajinkan diri buat coz inti kacang ni dah buat lama dah. Pau ni lain dr yg lain sikit....special sikit bentuknya....cara buat pau ni saya belajar dr sorang kakak yg dok di Brunei semasa tu kami sama2 ikut husband bertugas di Dhaka ...so sempatla saya belajar kuih ni tapi lepas belajar tu saya tak pernah try pun...coz dah blk keja bz sajala. ni ler 1st time try buat....kurang cantik skitla compare masa akak tu tunjukkan pada saya mula2 dulu...saya pun dah hampir terlupa teknik yg mcm mana yg betul coz hampir 3 thn yg lepas masa belajar tu. Tak kisahla mcm mana cara sekali pun ...asalkan  boleh dimakan.

Bahan-bahan
500 gm tepung pau/ gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yeast
2 sudu besar shorterning
250 gm air suam

Cara-cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin (sampai tak lekat di tangan) ni saya gunaka mixer jer...
4. Tutupkan dengan kain lembab dan biarkan naik sampai 2 x ganda.
5. Tumbukkan adunan, dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan masukkan inti mengikut kegemaran ...ni saya gunakan inti kacang merah
7. Lapikkan adunan di-atas kertas yang di gunting bulat.
8.Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9.Panaskan kukusan. Masukan adunan dan masakan selama 10 min.
Bila sudah masak buka kan tutup kukusan perlahan2 supaya air tidak
menitis ke kuih.

Bahan buat inti
1/2 kilo kacang merah (bentuk cam kacang hijau tapi warna merah)
2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula putih
sedikit garam
Daun pandan

Cara
1. Rendam kacang merah sehari semalam
2. Cuci bersih dan rebus hingga kembang. Masukkan sekali daun pandan.
3. Bila dah kembang tutup api dan biar suam atau sejuk sedikit.
4. Blend kacang yang dah direbus bersama air rebusan hingga hancur.
5. Masak semula bersama2 gula dan garam sehingga inti kelihatan likat.
6. Tutup api dan sedia untuk digunakan.

2 comments:

  1. salam, nieza buat lah lagi pau tu tunjuk cara membentuknya..ada pau tu org cina buat bentuk yg berkedut di atas..cam2 ye.

    ReplyDelete
  2. akak, mcm mne ble buat btingkat2??? sangat2 menarik.. nak try

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers