10 Jun 2010

Roti Canai Telur

Menu sarapan pagi hari ni masak roti canai telur....actually doh ni nak buat murtabak tapi masak roti canai dulula coz dohnya sama jer...nanti bila free boleh buat murtabak pula.
kalau kat kedai org tebar siap lambung2 lagi tapi tak pandai plak nak buat mcm tu...tebar doh atas talam jer lah..ni pun tgk mak buat masa dulu-dulu mcm ni....ikut jer lah.....pastu tarik doh tu ke tepi jgn terlalu nipis coz nanti terkoyak pula.

ni ler cara yang digunakan utk tebar roti canai.....pastu masukkan telur dan masaklah diatas api.

ok dah siap utk dimakan...resepinya seperti dibawah..

Resepi Roti Canai
bahan-bahan
4 cawan tepung gandum
1 biji telur utk diletakkan dlm doh
1 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)
sedikit minyak masak
3 biji telur - dipukul(saya gunakan 1 biji telur untuk 2 keping roti canai)

Cara-cara
1. Campurkan tepung, garam dan susu pekat. Gaul sebati.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung hingga doh tidak melekat di tangan.

3. Masukkan pula minyak/marjerin/mentega. Uli hingga menjadi doh yang lembut.(Jika doh lembik, tambahkan sedikit tepung) bab menguli ni saya guna kitchen aid mixer jer...nak gunakan tangan pun boleh juga.

4. Tutup doh dengan kain lembab/´cling film´ selama 30 minit.

5. Bahagikan doh tadi kepada 6 bebola kecil. Salutkan setiap bebola kecil tadi dengan marjerin/mentega supaya doh tidak melekat. Simpan beberapa jam sebelum digunakan ataupun semalaman.

6. Sapukan minyak/mentega di meja kerja dan di tangan. Ambil sebiji bebola, leperkan dan tebar/tarik menjadi bentuk 4 segi. ni saya tebar guna talam seperti gambar diatas...pastu letakkan telur yang telah dipukul di tengah-tengah. Balutkan.

7. Goreng dengan api sederhana dengan sedikit minyak sambil dibalik-balikkan hingga masak.

8. Sesuai dihidangkan bersama kuah dal dan sambal ikan bilis. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers