13 Apr 2010

Pasembor Penang


Bahan Cucur Udang
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan udang
2 biji bawang kecil
1 sudu besar cili boh
garam
air untuk bancuh tepung
1 1/2 sudu kecil baking powder
1biji telor
Bahan kuah
1 biji keledek sederhana besar (direbus hingga empuk)
2-3 biji bawang kecil
1 sudu besar cili boh (terpulang pada citarasa masing2 kalau nak pedas)
Sedikit kicap
Air untuk kuah
1/2 cawan kacang tumbuk
minyak untuk menumis
gula merah & garam secukup rasa

Bahan lain
3 biji kentang sederhana besar
4 biji telur rebus
4 keping tauhu
1 biji timun
1 biji sengkuang
sedikit taugeh
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1.Bersihkan kulit kentang kemudian rebus kentang bersama kulitnya sehingga empuk. Kemudian goreng kentang tersebut bulat2 sehingga kekuningan (tak payah potong2).
2.Telur direbus, kemudian buang kulit & digoreng bulat2 sehingga kekuningan.
3.Tauhu digoreng sehingga kekuningan.
4.Sediakan cucur udang. Gaulkan semua bahan cucur udang. Bancuhan seperti nak buat cekodok. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan/ masak.
5..Sediakan kuah. Tumis bawang sehingga wangi, masukkan cili. Blend keledek dengan air, kemudian masukkan dalam tumisan. Masukkan juga Kacang, garam & gula. Masukkan juga sedikit kicap (just nak bagi color jerr). Masak hingga mendidih. Kalau nak pekat, boleh letak lebih keledek
6.Cara nak hidang, potong semua bahan2 yang telah digoreng tadi. Timun & sengkuang dihiris. Gaulkan semuanya. Taugeh dicelur sedikit. Tuangkan kuah ke atasnya.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers