13 Apr 2010

Totilla Daging


Bahan
Tortilla gandum penuh (3 keping)
Filet daging/boleh juga gunakan daging burger - dipotong kecil (3 keping)
Capsicum hijau dipotong panjang
Capsicum merah dipotong panjang
Keju mozzarella parut (2 sudu besar)
Cheddar - hirisan (2 sudu besar)
Bawang besar  - dihiris nipis (1/2 biji)
Serbuk jintan putih (1/2 sudu besar)
Serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
Garam (1 sudu kecil)
Daun ketumbar - dicincang (1/2 sudu besar)
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Mula-mula panaskan minyak dan goreng daging sehingga bertukar warna.
2. Kemudian masukkan capsicum,  serbuk lada hitam, jintan putih, dan garam.
Seterusnya masukkan hirisan bawang besar. Masak lagi sehingga bawang layu dan ayam masak sebati bersama semua rasa. Apabila siap, ketepikan seketika.
3.Taburkan keju mozzarella dan cheddar di atas kepingan tortilla dan kemudian masukkan daging tadi. Akhir sekali taburkan sedikit daun ketumbar.
4.Lipatkan tortilla tersebut dan panaskan di dalam kuali. Masukkan keju pada bahagian lipatan tortilla tersebut supaya lipatan tidak terbuka.
5. Masak hingga tortilla agak garing dan keju cair.
6.Tortilla daging sedia untuk dihidang

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers