19 Apr 2010

Lemak Cili Api Ikan Salmon


Bahan
4 ketul ikan Salmon
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 batang serai [ketuk]

Bahan mesin
20 biji cili api
2 ulas bawang merah
3 sm kunyit hidup
garam

Cara.
1. Ikan salmon  dibersihkan dan direndamkan dengan garam dan asam limau. Bilas dan toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan masak dengan api perlahan.
3. Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak.
4. Bila nampak kuah nak mendidih masukkan santan pekat dan rasakan garam.
5. Kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minyak.
6. Bila mendidih tutup api dan boleh hidangkan.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers