Assalammualaikum..
Bertemu kembali setelah sekian lama blog ni sepi tanpa n3...terpaksa sepikan seketika sebab tuan umah pergi bercuti mkn angin sekejap...:D Terima kasih pada yang sudi singgah sini. Saya pergi bercuti selama 8 hari jer mengembara sambil cuti-cuti dibumi europe. Perjalanan kami bermula dari Helsinki - Munich (transit selama 1jam) - Rome - Ventican City - Pisa - Florence - Venice - Milan - Frankfurt - Paris - Helsinki.
Alhamdulillah selamat sampai rumah pada hari sabtu yang lepas lagi tapi agak lemau nak updatekan blog ni. Dalam masa yang sama nak merehatkan diri sepuasnya dulu sebab masa bercuti tu memang tak cukup rehat. Orang bercuti nak rehatkan diri kan tapi saya bercuti menambahkan sakit pula. Apa nak buat sekali bercuti singgah byk tempat terus tu pasal la jadi mcm terkejar-kejar jer masa tu. Memandangkan mr.hubby keja susah nak cuti lelama sebab tu la kami plan bercuti mcm tu tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada juga kesulitan yang dialami tapi semuanya dapat diatasi. Sementara ada peluang lagi disini baik digunakan untuk tengok tempat orang ni sebab semua tempat ni dekat-dekat jer dari sini naik flight 2-3jam dah boleh sampai. Tapi kalau balik Malaysia nanti tak pasti ada ke tak peluang untuk berjalan mcm ni lagi sebab kalau dah keja nanti busy dan susah pula nak plan cuti bersama.
Actually, plan nak bercuti ke tempat-tempat ni dah lama dirancang dan kalau ikut perancangan tarikh tu lebih awal lagi tapi disebabkan tugasan keja mr.hubby terpaksa ditangguhkan ke tarikh bulan Jun. Bila dah masuk Jun cuaca dah panas kira dah masuk musim panas di semua tempat yang kami melawat tu. Masa musim panas ni pelancong pun bertambah ramai kira semua tempat yang kami singgah memang ramaila orang.

Perjalanan kami bermula dari Helsinki pada 1 Jun 2012 dengan menaiki flight Lufthansa airlines seawal jam 6.30pagi. Memang saya tak tido pun hari tu sebab waktu subuh kat sini masa tu seawal jam 2 pagi kemudian saya siapkan bekalan makanan dan jam 4 pagi kami dah bertolak untuk ke airport. Perjalanan dari Helsinki ke Munich lebih kurang 2 jam setengah. Transit di Munich selama 1 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Rome. Kami sampai di Rome pada jam 11.30 pagi waktu Rome yang mana lewat 1 jam dari Helsinki.
Selepas selesai check in hotel dan merehatkan diri sekejap kami ke restaurant kebab berdekatan untuk mengisi perut. Memang agak mudah mencari makanan halal di Rome ni kerana ramai orang Islam disini. Setelah selesai makan kami berjalan-jalan di sekitar bandar ni. Kemudian mr.hubby mengajak naik bas city tour bagi memudahkan kami utk tgk semua tempat di bandar Rome ni.
Rome atau nama tempatannya Roma adalah merupakan ibu negara Italy. Rome merupakan bandar tertua didunia yang kaya dengan nilai sejarah dan monument sejarah lama. Merupakan pusat peradaban manusia terawal dan pusat kepada agama kristian khatolik yang terbesar didunia.
setiap bangunan mempunyai sejarahnya tersendiri
salah satu jenis bas persiaran di bandar Rome ni
white house di kota Rome
Melihat kesan-kesan sejarah dengan senibina bagunan yang besar dan unik membuktikan tamadun Rom sangat hebat. Segala kehebatan hancur musnah akibat kerakusan pemerintah yang lebih mementingkan kekuasan daripada rakyat.
Castle Sant Angelo
St Peter Basilica di Vantican city.
Vantican city adalah merupakan negara lain dan bukan dibawah pentadbiran kerajaan Italy. Vatican city adalah sebuah negara yang terkecil didunia. .
Blue Dorm atau kubah biru St Peter Basilica . Rumah ibadat ini bukan sahaja digunakan untuk tujuan keagamaan malah menjadi tarikan pelancong.
bergambar kenangan di Piazza de Spagna - atau The Spanish Step dengan rakan sekerja suami yg bertugas di Rome iaitu En. Samad dan isterinya Lina. Seronok dapat jumpa Lina sekeluarga. Terima kasih kerana bawa kami berjalan dan layanan mesra kami disana.
ramai betul pelancong ketika ini
Piazza de Spagna - atau The Spanish Step terdapat banyak anak tangga yang menuju ke gereja Trinita dei Monti
singgah ke pejabat rakan setugas mr.hubby di pejabat kedutaan Malaysia di Rome sebentar untuk solat jamak zohor dan asar sebelum kami meneruskan lawatan ketempat lain pula.
destinasi seterusnya kami dibawa ke Castel Romano yang merupakan designer outlet terkenal di Rome yang memakan masa 45 minit dengan menaiki kereta ke tempat ni.
kawasan sekitar di dalam outlet...memang best shopping kat sini dengan harga barang yang lebih murah daripada harga dibutik yang berbeza sampai 50% daripada harga kat luar.
Sebelah malam pula kami dibawa oleh sahabat disana untuk melawat air pancur atau fountain terkemuka di Rome. Fontana De Trevi yang dikatakan amat luar biasa dan menjadi tarikan utama pelancong di Rome. Setiap hari siang dan malam orang sentiasa ramai disini. Ada yang mengatakan, siapa yang melontar syiling ke dalam pancuran ini dikatakan akan kembali kesini lagi untuk kali kedua.
sekian dulu cerita Rome dan vantican city buat kali ini bersambung pula pada part 2 pula nanti..InsyaAllah:D

Helsinki Time
Georgetown Time