10 Aug 2012

Kuih Ketayap Berinti Lempuk Durian


Assalammualaikum semua
Juadah berbuka entah hari ke berapa puasa hari tu dah lupa. Rasanya lepas buat kuih tepung bungkus hari tu kot saya buat kuih ni sebab lebihan inti tepung bungkus tu saya tambahkan sikit lempuk durian dan gunakan untuk buat inti kuih ketayap ni. Memang sedap sangat bila inti kuih ni dibubuh lempuk durian tu. Kebetulan memang nak abiskan lempuk durian yang dah lama tersimpan tu. Sekarang ni tgh operasi untuk abiskan stok makanan yang ada.

Rasanya dah banyak kali juga saya buat kuih ketayap ni tapi tak pernah lagi simpan dalam blog..kuih yang simple dan mudah ni rasanya semua orang boleh buat kan tapi kali ni resepinya ada kelainan sikit So... saya sharekan lah disini. Terima kasih pada tua empunya resepi asal dan Mamasya yang berkongsi resepi ni. Bagi yang suka makan durian bolehlah mencuba.

Kuih Ketayap 
Sumber
 resepi asal sini
sumber: DapurMamasya
Bahan2 Inti
1/2 biji kelapa parut putih - guna 2 cwn kelapa kering
Gula biasa/ gula melaka secukupnya - letak 1/2 kpg kecil gula melaka + 1/2 cwn gula biasa
1/2 cawan air - air perlu tambah sbb guna kelapa kering
1 sudu besar tepung gandum 
1-2 sudu besar lempuk/durian
1 helai daun pandan ~ basuh & simpulkan

Bahan2 Dadar
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan/susu segar - guna santan
secubit garam
esen pandan/4 helai daun pandan- tak letak
pewarna hijau secukupnya
1 biji telur
sedikit minyak

Cara Menyediakan Inti
1. Masak air bersama gula biasa / gula melaka hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali.
2. Pastu masukkan kelapa parut,daun pandan dan lempuk/durian ke dalam air gula dan masak hingga inti menjadi agak pekat.
3. Bancuh tepung gandum dengan 2 sudu air kemudian masukkan ke dalam inti . Kacau2 rata sampai inti agak2 kering dan macam lekit2 sikit(lekit sebab ada isi tepung..nak ganti tepung jagung pun boleh)

Cara Menyediakan Dadar/kulit
1. Bancuhkan kesemua bahan2 sehingga sebati kalau guna daun pandan.. mesin pastu tapis ambil airnya.
2. Tapiskan bancuhan.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana lalu lengserkan sedikit minyak(kalau guna non stick pan takyah pun takpe) . 
4.Masukkan sesenduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali hingga menjadi dadar yg agak nipis. 
5. Biarkan kuih dadar masak. kuih tak perlu dibalikkan. Angkat & letak dalam pinggan. Ulang proses no. 4. 6. Sementara nak tunggu dadar ke 2 masak segera masukkan intikan kat dadar/kulit yang pertama td dan gulunglah kuih . Habiskan kesemua bahan2 & lepas tu bolehlah dihidang


16 comments:

  1. Salam....
    Bestnya...sedapnyaaaaaa....alahai kecur sungguh :-)
    Patut ler lempeng tu nmpk licin je kulitnya....upenya kena tapis ek hihihihi baru tahu hah :-)

    ReplyDelete
  2. Assalam nieza, lembut nampak kulit ketayap tu, mesti lagi sedap ni boh lempuk durian..

    ReplyDelete
  3. Asslmkum Nieza.
    Bulan puasa ni sue pun duk menghabiskan stok mkn dlm esbox jg. Kebetulan sue pun ada sikit lg lempuk durian. Hehehee. . Duk mesia pun i import tau lempuk. Import dr kampung lagi tuuuu. .

    ReplyDelete
  4. Sedap nnpk kuih ni..kalau mkn tu mesti tak cukup satu...

    ReplyDelete
  5. Sedap ni bubuh lempuk Nieza.... lempengnya pulak cantuk sempurna! kalau di tempat kakak kuih ni dipanggil kuih lenggang.

    ReplyDelete
  6. Rajinnya Nieza ni menggulung yer...terlior pulak k.gee

    ReplyDelete
  7. waaahhhh... sedap tu nieza...

    ReplyDelete
  8. assalam nieza..betul kata rosa..nampak lembut ketayap ni terus rasa teringin nak buat

    ReplyDelete
  9. Assalamualaykumwbh Nieza Dear....

    Just drop by to say hi....how's everything gurl?
    Maaf sbb ayu sibuk n tak dan bw.....kerja n at home really2 mass my time management:) hu3!!!

    Anyway....xsabar nak nengok cookies nieza tahun ni.....
    Raya kat mana dear?

    ReplyDelete
  10. salam nieza,

    nampak sedap dan gebuss gitu...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Nieza Sayang,
    Sedapnya kuih ketayap berinti lempuk durian ni...
    Alhamdulilah walau tak dapat rasa tapi dapat resepinya...
    Terima kasih Nieza.

    ReplyDelete
  12. Salam Nieza.sama2 juga buat Nieza...
    ketayap inti lempuk doyan mmg sedap...akak minggu lepaspun buat ketayap inti lempuk utk potluck berbuka majlis yg husben hadiri. esokpun buat lagi sbb ada org order...
    byk kuih Nieza yg akak terlepas....nanti lapang dtg tengok lagi...

    ReplyDelete
  13. As salam Nieza,

    Cantik je tgk kuih ketayap Nieza tu... mesti nieza ni cermat & teliti orgnye... saya ni jenis cincai boncai...ahaks! :)))

    ReplyDelete
  14. Salam Nieza.. Cantiknya kuih ketayap Nieza.. Nur panggil kuih ni lempeng gulung.. :)

    ReplyDelete
  15. sedapnye kak nieza.. tp manis sgt kan?

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers