25 Jul 2012

Murtabak Daging for Iftar


Assalammualaikum dan salam ramadhan
Menu iftar hari ke 5 semalam saya buat murtabak daging. Dari semalam nak buat tapi tak terbuat juga..dah keluarkan doh yang siap uli ni tapi inti lak malas nak buat pastu simpankan balik. Hari ni tak leh nak tangguh lagi kena buat jugalah.

Bulan puasa ni masa saya agak terhad sikit utk bw dan update pun terpaksa terkejar-kejar...kira mana yang sempat lah yer. Mana taknya lepas jer berbuka jam 10.15malam terus solat maghrib, lepas maghrib terus ke masjid untuk terawih sampai jam 12.40am baru balik umah sebab isyak sini masuk lewat so..terawih pun start lewat jam 11.30malam. Tu pun imam buat 8 rakaat jer sebab masa puasa ni agak panjang mungkin nak kasi rehat sama. Balik solat terawih terus siap utk bersahur pula sebab subuh nanti jam 2.46am. Biasanya tido pun kekadang kul 3pagi. Memang agak letih juga bila terkejar masa gini tapi kalau nak solat kat umah rasa mcm tak seronok pula kalau berjemaah lagi bagus kan. Lagi pun masjid yang kami pergi tu masjid org tatar yang asal dari Russia..makcikx2 muslim kat sana pun baik..seronok lak rasa bila solat kat sana. Itulah serba sikit pengalaman masa ramadhan kat sini. Sekadar berkongsi cerita saja.

Oklah berbalik pada n3 hari ni...murtabak ni dah banyak kali dah buat sejak dok sinilah sebab mr.hubby pun suka sangat mkn murtabak. Saya pun sama gak...kalau bulan puasa kat Msia memang wajib la ada murtabak untuk berbuka. Tapi bila dok sini kenala merajinkan diri buat juga. ok jom semak resepi kat bawah.


Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Kulit murtabak
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar marjerin
air+ garam ( agak-agak dlm 1 cwn)

 Bahan untuk inti murtabak
200g daging kisar
2 bawang besar-potong dadu
3 bawang putih-potong dadu
4 sb rempah kari
garam+gula secukup rasa
2 bawang-potong nipis2
4 biji telur-atau secukupnya
2 biji kentang dipotong dadu
1/2 inci halia
sedikit air asam jawa

Cara-cara menyediakan kulit murtabak
1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hingga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit.
3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
4. Bulat-bulatkan spt sebesar bola tenis....dan sapu sedikit marjerin ataupun minyak supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)

Cara-cara menyediakan inti
1. bawang kecil, bawang putih dan halia dikisar.
2. kentang direbus. potong dadu ataupun lenyekkan ia setelah empuk.
3. Panaskan minyak dalam kuali.... setelah itu masukkan bahan yang telah dikisar. setelah kekuningan masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan sedikit air.
4. tunggu sehingga rempah kari masak dan masukkan air asam jawa.
5. masukkan daging dan kentang yang telah dilenyekkan tadi.
6. masukkan garam secukup rasa. masakkan sehingga inti kering.


Cara-cara mencanai
1. Canaikan setiap bebola ini nipis2....cara canai ni saya buat mcm mencanai roti canai....saya gunakan talam dan tarikkan doh tu ke tepi dan jgnlah terlalu nipis...boleh rujuk disini. Kemudian campurkan inti dengan telur supaya inti itu tidak terburai apabila makan nanti.
2. Bubuhkan inti di tengah-tengahnya. kemudian lipat dan goreng dalam kuali panas dgn api yg perlahan sehingga kekuning-kuningan.
3. sedia dihidang bersama kuah bawang merah.

20 comments:

  1. Assalamualaikum Nieza,

    selamat menjlnkan ibadah puasa,moga sentiasa dlm rahmatnya....wah murtabak...rajin Nieza buat...hari tu pun kak Nur berbuka ngan murtabak tapi beli aja...hehehe.

    ReplyDelete
  2. kak nieza....
    rajinnya buat murtabak...
    mas klu bulan puasa..
    memang selalu sangat beli murtabak....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Nieza dan salam ramadhan, mmng menjadi kenangan indah berpuasa di perantauan....waktu dan masa yg berbeza, btw murtabak ni sungguh menyelerakan..dulu masa akak kat oberC mmng inilah menu wajib buat sendiri, skrng tidak lagi...beli je..he3...kuih cara kat bawah ni pun sedap sngt, menu kegemaran akak juga ni...rajin Nieza..

    ReplyDelete
  4. Kalau nieza nak tahu kakak pun suka murtabak. The first day puasa abang dah belikan utk kakak dan anak-anak. Tengok murtabak nieza menggoda kakak heee...

    ReplyDelete
  5. sedappp
    nak2 buat sendiri ..
    rajin adik buat ! ;))

    ReplyDelete
  6. Subhanallah... panjangnya waktu berpuasa di Finland yer... semoga Nieza sabar segala ujian berpuasa di negeri orang...
    Rajinnya buat murtabak... sedap tuh!

    ReplyDelete
  7. Salam Nieza..
    nampak sangat sedap la murtabak daging itew..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Nieza..

    waduh2 sedapnya murtabak.. anak2 akak pun suka murtabak.. tp faham2 sajalah kalau dah byk gerai jualannya.. mmg beli ajelah kat sini.. hehe.. agaknya kalau dok oversea mcm Nieza terpaksa jugaklah akak membuatnya sbb mmg semua sukakan murtabak.. cantik sekali murtabak tu & nampak sedap!

    panjang betul waktu puasa kat sana ye... waktu berbuka & bersahur jaraknya jd dekatlah pulak...

    ReplyDelete
  9. Sedapnye..Thanks for the resepi..
    nanti nak cuba.. :D

    Supian Mustapa Menulis Tentang: Antara Kad Kahwin Kreatif terhangat di Malaysia.

    ReplyDelete
  10. eeii cantiknya cam kat kedai! Rajin akak buat yek! Kite beli je kot! Hehe...
    My latest Entry :)
    JJCM: Day 4 Ramadhan 1433

    ReplyDelete
  11. Yumyum ;)
    rajinnya buat murtabak..=)

    ReplyDelete
  12. sedapnya Nieza murtabak buat sendiri boleh suka hati tambah apa2 fav kan akak pernah buat sekali je murtabak ni tapi bila tengok yg Nieza ni macam ada semangat balik nak buat insyaallah tunggu mood dulu baru boleh buat cantik gambarnya lah Nieza..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Nieza:)
    Salam Ramadhan;
    Pandainya Nieza buat Murtabak...Kak Lin selalu main beli jer...tgk Murtabak ni teringin pulak nak berbuka puasa dengan Murtabak..

    ReplyDelete
  14. hai nieza.. selamat berpuasa. bila baca pengalaman nieza tu maksudnya masa berpuasa tu panjang la ya? ke macam mana... apapun moga nieza sekeluarga sabar berpuasa dirantauan. saya baru semalam ambil resepi murtabak..entah bila nak diprojekkan... :)

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Nieza...amboii menebar murtabak rupanya diaa...rajinnnyaaaa....nampak sungguh sedap...akak makan murtabak pasar malam dpn rumah je la hari ni Nieza....sedap dgn bwg cuka gitu.. ^__^

    ReplyDelete
  16. Salam Nieza...kak Zai belum pernah buat murtabak,nak juga mencuba. Kalau buat sendiri rasa dia lebih sedap kan.

    ReplyDelete
  17. seronok jika dapat berterawih kat masjid kan.Meriah..wah..panjangnya masa berpuasa.Tak apa satu pengalaman yang boleh dikenang apabila balik ke Msia nanti.

    Murtabak mmg kegemaran kami apabila berpuasa.Sedap.Tak jemu jemu.

    ReplyDelete
  18. wahhh k.nieza, sedap2, senang rupanya nak wat, ingat ssh..huhuuu, nnti ble try la, thanks share resepi k.nieza:))

    ReplyDelete
  19. Assalam nieza, sambil2 baca cerita nieza, sambil2 akk bercerita pada anak2, lama masa berpuasa tu...jawapan dia org....bapak lama heheh. Yg sulung boleh la jawab dh garis masa lain heheh. Mencabar betul ya nieza berpuasa lama, tapi nieza dh biasa ok je lah kan, tq nieza berkongsi ilmu di rantauan ini.

    Sedap murtabak nieza tu , akk kat mesia ni pun tak buat dan juga tak beli, kalo beli mmg takbest la byk bebawang je dlm tu. Sedapnya

    ReplyDelete
  20. bila merantau semua jadi pandai kan!!

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers