24 Jul 2012

Kuih Cara Manis


Assalammualaikum buat semua
Alhamdulillah dah masuk hari ke-5 dah kami berpuasa di sini. Syukur dengan rezeki yang ada dapatlah kita merasa juadah untuk berbuka. Walaupun juadah diperantauan ni ala kadar saja tapi itulah rezeki kita. Kalau nak makan kenalah usahakan masak sendiri dan merajinkan diri masuk dapur. Tapi itulah pengalaman kan kalau dok Malaysia kalau teringin nak makan kuih tu boleh beli jer la kan tapi kami disini tak ada jual.

So...semalam saya pun merajinkan diri jugalah buat kuih cara ni...sebelum ni dah pernah buat banyak kali dah kuih ni tapi kali ni saya cuba resepi dari blog CMG pula. Ada ternampak Kak Shahriah tayang semalam menggunakan resepi yang sama. Memang sedapla kuih ni dan nak buatnya pun mudah sangat. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan semua yang telah berkongsi resepi ni.Saya kongsikan disini pula yer:D


Sumber: CMG,  Kak Nannie
Kuih Cara Manis Resepi Warisan
Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan



Cara Membuat:
  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba.


20 comments:

  1. assalam kak nieza...baru bercadang nak buat kuih ni hujung minggu nanti. sekali, akak dah tayang dulu.

    ReplyDelete
  2. as-salam
    I like the savory ones!!!! yummm..

    ReplyDelete
  3. assalam nieza..coe jer bentuk kuih cara ni, selalu tengok yg cam buah lonjong tu..
    selamat menjalani ibadah puasa bua nieza n hubby

    ReplyDelete
  4. aslmkum nieza.. bila bpuasa mcm2 keinginan nk makan.. bila tgok n3 nieza ni mmg rasa nk terkam jer..

    ReplyDelete
  5. Salam ramadhan nieza..hehe tengok kuih ni time2 ni mmg kecur air liur..hihi..btw selamat berbuka utk nieza!=)

    ReplyDelete
  6. These look so beautiful dear...yummmm :)

    Selamat Berpuasa to you and beloved family dear...

    ReplyDelete
  7. tun suka kuih cara niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~~~~~~~~~~~~~~ dh lama sangat2 x makan.. bukan setakat kat finland, kat bintulu pun susah nk cari nii.. tun nk buat sendiri, acuan dia pun x penah pegang. hihi..

    ReplyDelete
  8. Salam Nieza.. Rajinnya buat kuih ni.. Nur tak pernah buat lagi. Teringin juga nak cuba. Cantik rupa kuih ni.. Warnanya menyelerakan..

    ReplyDelete
  9. salam nieza cyygg..cantik kuih cara tue..fav ank akk tue..tp kami biasanya beli jew la..nk buat tp entah bila la nak rajin nie hehe..selamat berbuka dan bersahur nieza..:)

    ReplyDelete
  10. lawaaa kuih cara akak nie..
    mas juga yang lama dah tak buat kuih cara..
    selalu beli jerkk...

    ReplyDelete
  11. ALHAMDULLILAH.. baru lepas buka.. tak lah terganggu iman.. heee

    ReplyDelete
  12. Assalam kak nieza..kuih cara lama xwat,feberet hb klo yg manis nih,klo cara berlauk sy suka,dia kureng cikit,hehe..Cantik kuih cara akak ..sy da juga bli acuan gini tapi xpernh try wat lagi,takut melekat,duk guna yg lma jer,huhu..

    ReplyDelete
  13. la senang je rupanya nak buat...tp kan kalau js malas nk buat sbbnya byk xmenjadi drp menjadi...hikhik...kalau beli lg cepat kot...muah3

    ***selamat berpuasa awak...

    ReplyDelete
  14. nengok org buat seronok pulak..akak tak pernah buat kuih ni..selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  15. kuih ni senang je kan nak buat. tp saya kureng sbb santan kot..so tak penah buat..tp tengok gamba kak nieza ni kecur jugak..haha :P

    ReplyDelete
  16. asslm Kak Nieza...waduhhh comeiinye kuih cara tu...QH pon suka juga kuih ni...sdh lama xmkn...nk buat sdri ntah bile la agaknye...hihi...

    ReplyDelete
  17. sedapnya nieza, saya biasa beli je hehe sebab kalau buat confirm tak termakan

    ReplyDelete
  18. Laaa nieza, sama lak kuih kita smlm n resepi pun rrsepi yg sama.. Gimme 5! Hehehe

    ReplyDelete
  19. kuih cara ni pun akak suka... lama jugak tak buat.. geram tgk cantik jer kuih cara nieza ni... nak cari gaklah acuan cara cermai ni.... kat rumah ada acuan cara bentuk bujur telur tu je.. hehe...

    ReplyDelete
  20. Masyaallah rajin sungguh Nieza ni kat dapor..kalu dekat boleh nekcik tumpang berbuka ye!!

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers