21 Jul 2012

Agar-agar kelapa pandan

Assalammualaikum semua
Syukur alhamdulillah selesai sudah berbuka puasa 1 ramadhan selama 20 jam hari ni. Cabaran berpuasa yang panjang di Finland ni berjaya diharungi dengan juadah yang simple saja. Biasanya  kalau berbuka puasa saya jarang ambil makanan berat sebab nanti sahur dah kenyang tak boleh makan lagi.

 Mr.hubby pun sama berbuka puasa dengan kurma, mee bandung dan agar-agar sajalah hari ni. Nanti masa sahur baru makan nasi. Memang terasa kenyang juga kalau nak makan lagi sebab jarak masa berbuka puasa dengan waktu sahur yang dekat iaitu maghrib jam 10.20malam dan imsak 2.24pagi. Tapi kena makan juga utk alaskan perut sikit.

Oklah resepi agar-agar ni saya ambil dari dapur CMG@Tiffinbiru. Terima kasih CMG dan pernah tgk Kak Nor@SG juga pernah cuba buat agar-agar ni . Saya simpankan jugalah resepi olahan kak Nor untuk mudahkan saya buat rujukan kemudian hari nanti. :D


AGAR-AGAR KELAPA PANDAN
resip asal : CMG@Tiffinbiru

Bahan-bahannya:
5 gram serbuk agar2 
60 gram isi kelapa muda
500 ml air kelapa muda
50 gram gula atau secukup rasa
1 helai daun pandan, simpul
3/4 camca teh pandan pes @ pewarna hijau


Cara membuat:
1. Satukan serbuk agar2, gula, daun pandan dan air kelapa muda, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau selalu. 
2. Sementara itu kelapa muda dihiris halus memanjang dan bahagi kepada 4 bahagian sama banyak.
3. Keluarkan daun pandan dari agar2 tadi, bahagi kepada dua (250ml setiap satu). Satu bahagian biar warna asal dan satu lagi letak pes pandan atau pewarna hijau, kacau rata.
4. Sediakan bekas agar, letak 1 bahagian kelapa muda dalam bekas agar2. Tuang 1/4 bahagian warna hijau. Biar ia sedikit mengeras, toreh2kan permukaannya dengan pisau dan tuang 1/4 bahagian yang tanpa warna, biar mengeras dan toreh2 permukaanya. 
5. Tabur 1 bahagian lagi kelapa muda dan tuang warna hijau, dan lapisan terakhir warna putih. 
6. Lakukan kaedah sama untuk satu bahagian lagi . Akan dapat 4 lapisan, hijau ada hirisan kelapa + putih jernih + hijau ada hirisan kelapa + putih jernih..
7. Biar mengeras sedikit dan simpan dalam peti sejuk hingga betul2 keras. Keluarkan dari acuan dan boleh hidangkan sebagai pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk.

* Nieza tak buat kaedah melapis mcm CMG cuma tuangkan semua sekali jer.


Bagi sesiapa yang tak ada kelapa boleh gantikan dengan nata dcoco seperti resepi dibawah. Resepi dibawah ni saya ambil dari dapur kak Nor @SG...minta izin simpan  dan kongsikan kat sini yer kak Nor.

AGAR-AGAR NATA D'COCO
resipi olahan: K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
10gm serbuk agar2
1200ml air ( air biasa + jus nata d'coco)
gula secukupnya (sbb dah ada rasa manis dr jus nata, jadi kena ikut citarasa masing2)
nata d'coco secukupnya
1 helai daun pandan
sedikit paste pandan dan pewarna hijau

Cara2:
Masak air (air biasa + jus nata d'coco), serbuk agar2, gula dan daun pandan hingga mendidih.
Masukkan paste pandan dan pewarna dan kacau hingga sebati.
Masukkan nata dan biarkan sebentar barulah dipadamkan api.
Basahkan acuan/mould yg akan digunakan.
Tuang adunan agar2 kedalam bekas dan biarkan sejuk.
Bila agar2 dah hilang panasnya barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
Hidangkan bila agar2 dah betul2 sejuk.

26 comments:

  1. salam Ramadhan Nieza,

    lama betul x menjenguk ke sini... Alhamdulillah, dah selelsai 1 Ramadha ya di sana... Kami disini, baru sahaja selesai bersahur utk puasa 1 Ramadhan.. Semoga Ramadhan kita jalani dengan penuh ibadah dan keinsafan ya..

    ReplyDelete
  2. wahhhhhhh rasa segar aje kat tekak nie
    bila tgk pic nie
    rajin nieza buat
    alhamdulillahh buat berbuka sedap gak nie

    ekekek baru je sahur dan fikir berbuka ;))

    ReplyDelete
  3. salam nieza cygg.
    nampak ijau2 terus dtg sini..wahh pnjg btl wktu berpuasa kan..x pernah merasa puasa mcm tu lama..selamat berpuasa yer nieza..:)cantik colur jelly tue

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa Nieza, dah lepas sehari ye? alhamdulillah....20 jam tu lama betul. Tapi ada org 4 hingga 5 hari tak makan pun ok lagi. Dugaan tu...

    Sedap tengok puding tu hijau2 tapi akak ni malas betul nak masak2, mood tak berapa baik.

    ReplyDelete
  5. Selamat pagi Nieza sayangggg....
    kami baru nak mula puasa hari ini,
    tak dapat bayangkan 20 jam berpuasa, tapi syukurlah hari yang mencabar itu telah berjaya dilalui.

    ReplyDelete
  6. salam Nieza..Cm masuk list yang ni dulu..untuk berbuka...sedap ni:)

    ReplyDelete
  7. salam adinda kusss...selamat berpuasa kali pertama di finland..kalu tak slah kak... jenuh 20 jam tuu.. kak ilah ada bercerita kat kwn2 pasal finland seperti nieza habaq tuuu depa pun kagum 20jam bertahan... sedapnyaer tgok agar2 nyioq tuu. kak ilah mohon kemaafan sekiranya ada sebarng kesilapan selama kita berkenalan dn selamat berpuasa semoga sihat bersama suami disana..aminn

    ReplyDelete
  8. nyaman anak tekak ni kalau dpt time berbuka kan nieza.. terasa nak buat lg ler :)

    ReplyDelete
  9. salam nieza...ijo mata den nengok agar2 kelapa ni. hehe!!!subuh2 hari terliur gak tgk. btw mmg masuk dlm list dessert bulan puasa tahun ni sebab buah kelapa muda tgh banyak @pokok....klu @msia mmg beli je @pasar ramadhan kan, huhu tapi terliur punya pasal kena godek2 sendiri le

    ReplyDelete
  10. nieza. slamat berpuasa bersahur n berbuka. ye la kan jarak 4 jam gitu je. kenyang lagi ek nak makan berat2. tapi harus makan nasi jugak sebab lama puasanya. sabo ye nieza.. hehe

    bestnyaa jelly ni. banyak2 jelly, ni antara terbest la.. satu lagi jelly sarang burung [pun best jugak. cume masam2 sikit la. rasa lebih kurang je wangi gitu. tu kalu dapat isi kelapa lembik lembut lagi bestkan nieza.

    ReplyDelete
  11. Salam Ramadhan Nieza.Dah dapat 1 hari ya.Kita kat sini baru bermula..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Niezza

    Alhamdulillah...selesai 1 hari
    Insyaallah
    amalan kita diterima oleh Allah


    Selamat Menjalani Ibadah Puasa

    ReplyDelete
  13. wow menarik tertarik kau mmg da boom la
    lawa nyer kaka
    verangan la nak buat sini isi kelapa mcm ni x der
    nangessss uwaaaaa
    oishii sou

    ReplyDelete
  14. tengah waktu siang panjang ye kat sana...lamanya sampai 20 jam...dah selamat satu hari ye...sedapnya makan puding bulan2 puasa ni..:)

    ReplyDelete
  15. Salam Ramadan Nieza,

    20jam mmg lama tu...tapi bila hari2 20 jam nnt dah terbiasa la kan...sabar ye..
    Jelly tu nampak nyaman sesangat!. Dapat semangkuk pon jdlah...

    ReplyDelete
  16. wahhh .. time panas2 makan ni best.

    ReplyDelete
  17. aslmkum nieza..smlm berpuasa..rasa segar jer tgok jelly nieza ni..

    ReplyDelete
  18. Aduiii..sedapnya...buat buka ni, sejuk je tekak kan..

    Ramadan Mubarak buat nieza n hubby.

    ReplyDelete
  19. Salam nieza..lama kita x bersua..
    Selamat menjalani ibadah puasa N selamat menyambut ramadhan buat nieza sekeluarga. Suka tgk jelly tu..mmg menggoda..mmg ada dlm list cuma x berkesempatan je. Take care ye..nieza.

    ReplyDelete
  20. salam ramadhan gak wat nieza sekeluarga ye!

    ReplyDelete
  21. Salam Ramadhan kak Nieza sekeluarga... wow nyaman dapat makan agar2 utk juadah berbuka kan...

    ReplyDelete
  22. Wah, menarik.. agar kelapa ni.
    Salam Ramadhan al mubarak, kak nieza, ampun dan maaf dipinta atas salah dan silap.

    ReplyDelete
  23. salam rindu nieza...cantiknya jelly ni..sedap nyer kalau leh dapat segelas ntuk berbuka..sejukkk je rasa di tekak..
    selamat berpuasa nieza :)

    ReplyDelete
  24. Salam.. Nieza, wah hijau lagi.. Sedapnya.. terliur Nur dibuatnya. Tentu sedap dimakan sejuk2.. :) Selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  25. hijau di entri ini, hijau di entri atas

    salam ramadhan (^___^)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers